Memori Berkasih
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 16 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
229

Bacaan






Naufal terpisat-pisat melihat skrin telefonnya. Panggilan daripada Aqeela, segera matanya segar. Pukul 4 pagi sekarang. Mungkin hal mustahak. Naufal mengangkat panggilan Aqeela dan memberi salam.


“Naufal, Sabrina dah tinggalkan saya. Dia dah tinggalkan saya,” suara Aqeela menangis teresak-esak di hujung talian. Aqeela tidak tahu lagi kesedihannya boleh dikongsi dengan siapa. Lantas tangannya mendail nombor Naufal.

“Saya datang sekarang.” Naufal segera ke bilik air untuk bersiap. Dia tahu Aqeela memerlukan seseorang sekarang.

 



Pengebumian Sabrina berjalan lancar. Aqeela tidak menunggu kenduri arwah di rumah Sabrina memandangkan kelasnya sudah banyak ditinggalkan. Begitu juga Naufal. Menemani Aqeela sehingga selesai upacara pengebumian lalu menghantar Aqeela kembali ke asrama.

“Terima kasih untuk semuanya. Allah saja mampu balas budi awak. Saya naik dulu.” Naufal hanya angguk.


 

Aqeela duduk di atas katilnya. Mengumpul kekuatan untuk menjalani hari-hari selepas ini tanpa rakan baiknya di sisi. Dia harus kuat, dia tahu yang Sabrina juga tidak suka jika dia lemah. Aqeela bertekad untuk bersemangat demi rakannya.


Aqeela bersiap untuk membersihkan diri. Dia perlu tidur selepas ini. Letih badannya, 2 hari tidak berehat. Asyik menangis sahaja. Aqeela membuka pintunya mahu menuju ke bilik air. Keluar daripada bilik, ada seorang pelajar yang mencarinya.

“Saya, Aqeela. Kenapa?”


“Ni ada nasi untuk akak. Kawan akak minta saya hantar ke bilik. Saya tak kenal. Tapi lelaki. Dia pun tak bagitahu nama.” Tak ada orang lain. Aqeela mencapai bungkusan nasi tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada si penghantar makanan.

 

 



Aqeela kini berseorangan. Tiada lagi teman baik disisnya. Sedikit sebanyak, tawanya juga semakin pudar. Persahabatan bersama Sabrina selama hampir 4 tahun sejak mereka di kolej matrikulasi tidak mungkin dapat dihilangkan kenangannya begitu sahaja. Pemergian Sabrina begitu menyentap jiwanya.


Ada juga rakan jurusannya cuba untuk rapat dengan Aqeela tetapi Aqeela tidak ingin seperti dikatakan menagih simpati. Aqeela sering mengelak daripada terlibat dalam sebarang aktiviti dengan alasan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya.


Aqeela bersendirian di perpustakaan daripada pagi. Banyak kerja yang harus disiapkan sehingga dia terleka dengan masa yang sudah berlalu. Sekilas dia melihat jam tangannya. Sudah setengah jam waktu Zohor masuk, segera Aqeela mengemas barangnya untuk menuju ke surau.

“Saya tolong jaga barang awak. Pergi lah solat dulu,” Naufal senyum ke arah Aqeela. Aqeela terkejut dengan kehadiran Naufal. Aqeela berhenti mengemas, dia pun malas nak angkut semua barang ke surau kerana selepas ini dia akan kembali ke perpustakaan juga. Aqeela mengucapkan terima kasih kepada Naufal dan berlalu ke surau.

 



“Kenapa macam nak lari dari saya?” Soal Naufal. Aqeela hanya menggeleng. Matanya hanya tertancap pada laptop sedari tadi, ingin melarikan pandangan daripada Naufal.


“Saya ada buat salah?” Sekali lagi Aqeela menggeleng. Sungguh dia tidak mampu untuk berkata apa-apa kala ini. Aqeela pasti, dia akan menangis jika menjawab soalan Naufal itu.


“Then? Tell me, Aqeela. Saya cuma nak kawan dengan awak. Tapi awak lari daripada saya. Awak tahu tak saya terkejut bila tahu awak drop subjek Biotek? Bila saya cuba tanya awak, awak diam. Apa sebenarnya salah saya. Pasal insiden dulu tu saya minta maaf. Memang salah saya. Saya ingat awak dah maafkan saya.  Tapi sampai macam ni awak lari.” Mata Aqeela sudah berkaca. Tidak, bukan salah Naufal. Naufal tidak bersalah langsung.


“Bukan salah awak,” Aqeela bersuara sebak. Naufal pula hanya mendengar. “Melihat awak membuatkan saya terlalu merindui Sabrina. I don’t know why. Mungkin dia tempat saya bercerita pasal awak atau awak salah seorang yang membantu ketika arwah meniti hari akhirnya.” Aqeela menekup muka ke meja dan menangis. Sebilangan pelajar di perpustakaan melihat ke arah mereka namun tidak mahu ambil pusing.


Naufal pula berasa bersalah kerana tersalah anggap terhadap Aqeela. Tidak tahu bagaimana dia ingin memujuk Aqeela. Naufal hanya membiarkan Aqeela reda menangis.


“Aqeela, let me be your friend. Saya mungkin tidak sebaik Sabrina tapi saya akan cuba, in my own way.”




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku