BISIKAN DENDAM
Bab 18
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Mei 2017
SETIAP KEINGINAN ADA SYARATNYA,KAU AKAN SENTIASA CANTIK SELAGI KAU BERPEGANG PADA JANJI.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
504

Bacaan






Seri melumurkan darah hanyir ke wajahnya. Pertama kali dia melakukan seperti itu dia hampir termuntah. Namun, setelah seringkali melakukan upacara seperti itu ia telah menjadi ritual sebati dalam dirinya. Dia hanya perlu melakukannya demi sebuah perjanjian. Perjanjian yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Setelah wajahnya dilumuri darah gadia sunti, Seri membaca mantera. Bau kemenyan dan hanyir darah bersatu. Kemuadian, timbul susuk makhluk serba putih di hadapannya. Seri tahu, makhluk gemala ular itu sedang berada di hadapannya. Suasana rumah itu gelap apabila api lilin terpadam. Angin malam menerobos masuk melalui ruang-ruang terbuka yang terdapat di dalam rumah itu menyapa tubuh Seri. Sejuk dan menyeramkan.

   "Aku telah laksanakan segala keinginanmu." Seri berkata-kata sambil memejam matanya.

   "Aku tahu kau seorang yang menepati janji. Engkau akan menjadi seorang yang lebih kuat. Tiada sesiapa yang dapat menandingimu."

  Seri dapat merasakan wajahnya di hembus angin malam yang sejuk. Api lilin yang terpadam kembali menyala. Seri membuka mata memandang sekeliling ruang rumah. Seri mencapai cermin lalu melihat wajahnya. Garis-garis kedutan di wajahnya telah hilang. Darah yang dilumur di wajahnya juga sudah tiada. Darah di dalam bekas juga sudah juga licin tidak bersisa. Wajah Seri kembali cantik. Kemudian, Seri menuju kebilik air yang terletak di bilik yang menjadi tempat istirehatnya. Air mandian tujuh jenis bunga telah disediakannya. Lalu Seri menjirus air yang dipenuhi bunga ke tubuhnya. Usai melakukan segala syarat yang perlu dipenuhi, Seri segera masuk ke dalam rumah agamnya. 

  Senah yang ketika itu berada di dapur untuk minum air terkejut melihat basah kunyup. Seri hanya mengatur langkah tanpa menghiraukan kehadiran Senah. Sebaik saja Seri masuk ke bilik, Seri menukar pakaian dan berbaring di atas katil empuk. Dia terlalu mengantuk. Seri berasa Senah adalah ancaman baru yang perlu dihapuskan. Semenjak kebelakangan ini, Senah dilihat sudah berani melanggar arahannya. Seri tahu Senah sudah beberapa kali mengintainya ketika dia berada di rumah kecil yang menjadi tempat dia untuk melakukan segala ritual di situ. Seri juga tahu segala aktiviti Senah. Cuma Seri perlukan masa sesuai untuk mengajar Senah. Seri terlena saat kokokan ayam jantan mula bersahut-sahutan mengejutkan isi alam.

***

Program yang dianjurkan pihak kampus berjalan lancar. Penghuni Pusat Permata Qasidah gembira menerima kehadiran Mawar dan ahli persatuan yang lain. Ketika mereka sedang sibuk melayani kerenah anak-anak Pusat Permata Qasidah, Mawar dan Qalisya di dihampiri Puan Nur dan seorang wanita yang berusia lewat 40-an. Di sisi wanita berusia lewat 40-an terdapat seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.

  "Mawar, Qalisya! Ini Puan Junaida anak pengasas Pusat Permata Qasidah. Tuan Osman tidak dapat hadir."

  Mawar dan Qalisya menyambut huluran tangan Junaida. Judaina tersenyum gembira menerima tetamu yang prihatin terhadap pendidikan penghuni di Pusat Permata Qasidah.

  "Saya minta maaf bagi wakil ayah saya. Ayah saya tiba-tiba rebah dan dimasukkan di hospital kerana tekanan darah tinggi. Jadi, buat masa ini saya akan gantikan ayah saya. Ini anak saya Syafa."

   Syafa menyembunyikan diri di belakang Junaidah. Huluran tangan Qasidah dan Mawar tidak bersambut. Setelah ditegur Syafa cepat-cepat menyalami tangan Qalisya kemudian berlari berlindung di belakang Junaida.

   "Maaf ya! Syafa memang begini."

   "Tak mengapa. Budak-budak biasalah Puan Junaida. Kami faham." Mawar melihat wajah Junaidah serba-salah akan kelakuan anak kecilnya.

   "Nanti kalau saya ada kelapangan saya datang lagi. Saya perlu ke hospital semula. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk Puan Nur."

Junaida segera berlalu meninggalkan mereka dengan Nur. Syafa pula menarik kuat tangan Junaida.

  "Mama..mama..cepatlah jalan."

   "Mama tengah berjalanlah ni Syafa. Kenapa Syafa tak salam tangan  Kak Mawar?"

Syafa berlari termengah-mengah. Junaida dab Syafa berjalan masuk ke pintu utama pejabat. Syafa duduk di atas sofa empuk manakala Junaida sedang sibuk menyusun beberapa fail yang perlu dibawa pulang.

   " Syafa bukan tak nak salam tangan akak tu. Syafa takutlah mama."

   "Takut apa?" 

   "Muka akak nama Mawar tu buruk..menakutkan sangat mama."

Junaida menoleh kearah Syafa. Syafa turun dari sofa menuju ke meja Junaida dan mengambil sekeping biskut yang berada diatas meja.

   "Muka akak tu berulat mama..lidah terjelir dan mata akak tu merah. Syafa takut mama."

  Syafa mencelup biskut ke dalam air kopi yang masih panas yang disediakan oleh salah seorang staf Junaida.

  "Mama jangan dekat dengan akak tu ya!" 

Junaidah memandang tajam merenung wajah Syafa. Semenjak kebelakangan ini Syafa sering bercerita perkara-perkara pelik yang meremangkan bulu roma orang yang mendengarnya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku