Mr ABC Miss Hati Batu
PROLOG
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
131

Bacaan






NURFASHA DANEA. Dialah pujaan hati Muhammad Shahir.

            Fasha.Orang kampung menukar namanya kepada Anum kerana selalu demam ketika masihkecil. Dek gagal di dalam SPM, dia bekerja di kedai dobi Kak Leen, kakakangkatnya di Kajang. Berbekalkan trademark‘gagal SPM bukan bererti gagal segala-galanya’, dia menanam impian untukmengumpul banyak harta. Mahu buka hotel lima bintang dan restoran mewah,katanya. Biar orang kampung gelar dia ‘Cik Anum Kaya’.

            Shahir.Bekerja sebagai Guru Prasekolah di SK Seri Sekamat. Kacak dan jadi kegilaanguru-guru wanita yang masih bujang di sekolah. Seorang yang garang, tetapimudah tersentuh hati. Apabila melihat anak muridnya menangis, dengan dia sekaliakan menangis. Jenuh Kak Leha, pembantu di prasekolah memujuk dia.

            Dijadikancerita, Shahir dan Fasha berkenalan buat kali pertama di kedai dobi. Ketikaitu, Shahir mahu menghantar baju seragam konvo prasekolah untuk dibasuh. Tidakberkedip mata Shahir memandang Fasha. Jatuh cinta pandang pertama. Sejak itu,hari-hari Shahir pergi kedai dobi. Bukan nak hantar baju, tetapi untuk mengoratFasha.

            Fasharasa rimas yang amat. Hari-hari Shahir berikan coklat dan bunga. Ada satu hariitu, Shahir pasang lagu Hindustan. Lagu‘OhMy Darling, I Love You’. Tidak memasal Shahir dikejar Fasha di sekelilingkedai dobi dengan menggunakan batang penyapu. Tahu pula Shahir takut?

            Sudahberbuih mulut Fasha kata tidak suka. Tetapi Shahir tetap tidak faham bahasa.Masih terkejar-kejarkan Fasha. Lagi Fasha lari, lagi Shahir mendekat. Maka,Fasha mengisytiharkan sesi main kejar-kejar bermula. Antara dia dan Shahir.

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku