Mr ABC Miss Hati Batu
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
131

Bacaan






FASHAletakplastik berwarna merah berisi makanan di atas meja. Dia pergi ke peti ais lalubuka. Air sejuk dikeluarkan. Gelas di atas rak dicapai. Air dituang ke dalamcawan. Fasha terus teguk hingga habis. Penat berjalan di pasar malam tadi belumhilang. Dek Kak Leen mengidam nak makan laksa, terpaksa Fasha pusing satu pasarmalam.

            KakLeen yang baru keluar daripada tandas terus menghampiri meja. Senyum garis dibibir melihat bungkusan makanan itu. Mangkuk di atas rak diambil. Laksa bersamakuahnya dituang ke dalam mangkuk. Setelah siap, dia angkat muka memandang Fasha.

            “Anumbaru balik ke?” soal Kak Leen.

            Fashamengangguk. Dia beredar ke ruang tamu. Remotecontrol di atas sofa dicapai, lalu TV dipasang. Beberapa kali dia kalihsiaran. Kot-kotlah ada cerita menarik malam ini. Bolehlah dia layan hingga kepagi.

            KakLeen meninggalkan dapur lalu lalu ke ruang tamu. Mangkuk diletakkan di atasmeja. Dia duduk di sebelah Fasha.

            “Lupaakak nak cakap. Tadi Shahir datang kedai,” beritahu Kak Leen.

            KakLeen yang tengah makan, Fasha pula yang tersedak. Lekas dia bangun lalu laripergi dapur untuk minum air. Lepas teguk air sehingga habis, dia pergi depanbalik. Hilang mood Fasha nak tontonTV. Sibuk saja si Shahir ni.

            “Kenapatiba-tiba dia datang kedai? Dia nak apa?” Rasa loya semacam tekak Fasha dengarnama Shahir. Anti betul dia dekat Shahir. Bukan apa, Shahir tidak habis-habiskejar dia. Rimas dia dibuatnya!

            KakLeen tiba-tiba saja ketawa.

            Fashatercengang melihat tawa Kak Leen. Dia ketawa pula. Pelik. Entah apa hebat siShahir tu? Kenapa Kak Leen berkenan sangat dengan Shahir? Shahir memang pandaiambil hati Kak Leen. Agak-agak, dia guna prinsip ni kot. Nak pikat hati adik,kena pikat hati kakak dulu.

            “KenapaAnum tak suka Shahir. Anum untung sebab Shahir suka Anum. Shahir tu kacakbergaya dan segak penampilan. Anum saja yang jual mahal. Anum nak cari apa? Nakcari Datuk yang boleh bagi duit pada Anum ke? Anum nak duduk senang-lenang dangoyang kaki saja?” sindir Kak Leen.

            Fashamendengus. Sah. Shahir memang dah sogok Kak Leen. ‘Sanggup Kak Leen belot padaaku, adik dia sendiri? Cis,’ bentak hati Fasha.

            “Hisy,tak adalah sampai macam tu,” bentak Fasha.

            “Habis,apa kurang Shahir?” serkap Kak Leen.

            Fashagaru kepala. Sebenarnya, Shahir tak ada kurang apa-apa pun. Pakej lengkapidaman wanita. Cuma, dia saja yang belum sedia untuk terima mana-mana lelaki.Dia kan nak jadi kaya. Nak buka hotel dan restoran mewah di alam semesta.Cinta? Tolak tepi dahulu.

            KakLeen tersenyum sinis.

            “Anumtak ada jawapan kan?”

            “Akakni nak sindir Anum pula. Akak tu. Kenapa suka sangat dengan Shahir? Dia dahjampi serapah hati akak ke?”  Fashamenyindir Kak Leen.

            “Akaksuka Shahir sebab dia hensem,” jawab Kak Leen.

            Fashaterjegil mata. Gatal Kak Leen ni.

            “Dah.Dah. Kenapa Shahir cari Anum?” Fasha terus tukar topik.

            KakLeen bangun lalu menghampiri meja telefon. Sepucuk surat berlipat dua diambillalu diserahkan kepada Fasha.

            Fashaberkerut dahi melihat surat itu.

            “Suratapa ni, kak?” soal Fasha hairan.

            KakLeen tersenyum-senyum.

            “Bacalahsendiri. Anum boleh mengeja kan?” balas Kak Leen.

            Fashamengecilkan bola mata. Senyum-senyum ni, ada apa-apa ke? Surat itu dibuka laludibaca.

           

Buahtembikai warna merah,

Semerahhati Shahir pada Anum,

JanganlahAnum marah,

Shahirnak ajak Anum dating esok.

Bolehtak?

 

-MuhammadShahir-

 

            Fasharasa macam nak pitam. Pergh, sweet talkerbetul dia ni. Bukan setakat itu saja, main utus-utus surat. Persis pencintaZaman Klasik.

            “Diatulis apa?” tanya Kak Leen.

            “Diaajak Anum dating,” jawab Fasha.

            “Pergilah,”balas Kak Leen.

            Fashamemang dah agak. Ayat itu mesti akan keluar daripada mulut Kak Leen.

            “Taknak. Apa kata kalau akak saja yang pergi? Akak menyamar jadi Anum. Barulah rare.” Nah. Tidak memasal Fasha bagiayat sentap. Suka sangat kenen-kenenkan dia dengan Shahir.

            Berubahwajah Kak Leen. Merah padam.

            “Akakpula? Anumlah,” marah Kak Leen.

            Fashapura-pura menguap. Konon-konon sudah mengantuk. Padahal, dia mahu mengelakdaripada terus bercakap perihal Shahir.

            “Anumnak tidur. Esok nak pergi kedai awal. Anum masuk bilik dulu, ya? Selamat malam,kakak sayang.” Fasha bangun lalu beredar meninggalkan Kak Leen. Biarlah dia nakmembebel sebab Fasha tinggalkan dia. Lantaklah. Siapa suruh cakap pasal Shahir?

            “Anum,akak belum habis cakap lagi,” panggil Kak Leen.

            Fashabuat pekak.


-------------------------


HABIS tanda buku anak-anak murid, Shahirbangun lalu beredar ke dapur. Peket Milo 3 in 1 yang tersusun di dalam muk kacadi sebelah rak pinggan diambil satu. Serbuk milo 3 in 1 itu dituang ke dalammuk. Sementara menunggu air masak, Shahir ke depan. Telefon bimbit di atas mejadicapai. Dia balik ke dapur semula.

            Diabuka aplikasi whatsapp. Jarinya bermain di skrin untuk mencari nama Fasha.Senyuman terbit di bibir. Lekas dia hantar mesej kepada buah hatinya itu.         

 

Shahir: Assalamualaikum, adik manis. Anum tengah buat apa tu? Shahir rindu Anum.

 

            Airyang dimasak di dalam cerek elektrik akhirnya siap. Shahir bergerak ke arah mejayang terletak cerek elektrik itu. Diangkat kemudian dituang ke dalam muk. Suduyang terdapat di dalam bekas sudu ditarik kemudian milo 3 in 1 itu dikacausehingga sebati. Baru hendak minum, tiba-tiba telefon bimbit bunyi bip. Dialetak muk di atas meja. Lalu mengambil telefon bimbitnya. Whatsapp yangditerimanya daripada Fasha segera dibuka lalu dibaca.

 

Fasha: Hua… malas nak layan. Aku mengantuk.

 

            Shahirketawa membaca whatsapp Fasha. Siap menaip, dia terus hantar.

 

Shahir: Awal Cik Anum tidur. WhatsApp la dengan Shahir dulu. Shahir rindu kat CikAnum.

 

            Shahirambil muk lalu minum. Seminit… dua minit… tiga minit… beberapa minit kemudian…Tiada tanda-tanda Fasha akan jawab whatsapp dia. Shahir segera membukawhatsapp. Terjongket sebelah kening dia apabila melihat blue tick yang bertanda di bahagian mesejnya itu.

            Shahirtersenyum.

            “Oh…Anum jual mahal, ya? Tak apa… tak apa… Shahir takkan berhenti dari terus buatAnum ucap tiga kata tu pada Shahir,” katanya.

            Diataip mesej berbunyi,

 

Shahir: Oh My Darling, I Love You. Good night. Aisheteru.

 

            Laluhantar kepada Fasha. Muk dan telefon kemudian dibawa ke depan. Dia mahumenyediakan bahan pengajaran yang bakal diajar kepada murid-murid prasekolahesok. 

 

LENA Fasha terganggu apabila telefonbimbitnya berdering tanda ada panggilan masuk. Dengan mata yang kabur, diameraba-raba meja di sebelah katil. Terasa tengah pegang sesuatu, dia segeraambil. Dia mencelik mata. Melihat nama siapa yang tunak di skrin. Nama mak,Puan Nadia. Dia terus bangun. Hilang terus rasa kantuk.

            “Assalamualaikum,mak.” Sebenarnya, Fasha tidak sebulu dengan mak. Tetapi dia sebolehnya berusahajaga hubungan kekeluargaan ini.

            “Akunak duit.” Mak tidak jawab salam Fasha. Dia terus memberitahu tujuansebenarnya.

            Fashatergamam.

            “Makcall Anum semata-mata untuk mintaduit? Mak nak buat apa dengan duit sebanyak tu?” soal Fasha.

            “Bayarhutang,” balas mak.

            “Hutangapa lagi, mak? Mak beli barang kemas lagi ke?” Fasha penat kerja siang danmalam. Mak pula tahu habiskan duit saja. Dia bukan berkira dengan mak. Tapikalau dah selalu minta duit, kayaplah dia.

            Makmendengus.

            “Akuni mak kandung kau. Dah jadi tanggungjawab kau sara hidup aku. Kau dah lupadengan amanat ayah kau yang suruh jaga aku dulu? Aku ni tak ada anak lain. Kauseorang saja anak aku.”

            “Anumbukan tak nak bagi, tapi…” Fasha serba salah. Mak memang pandai guna ayat yangboleh lenturkan kekerasan hatinya.

            “Takpayah bagilah! Kau memang anak tak guna satu sen pun. Dari dulu lagi. Sia-siakami bela kau, dasar anak tak kenang budi!” tengking mak.

            Mak!”marah Fasha.

            Makketawa di hujung talian.

            “Takbetul ke cakap aku ni?” sindir mak.

            Fashamelepaskan keluhan.

            “Okey,Anum bank in RM1000 kat mak pagiesok. Tapi mak jimat-cermatlah guna duit tu. Anum kerja keras untuk kesenangankita. Anum pun ada cita-cita dan impian Anum. Anum harap mak faham.” Fashaakhirnya mengalah. Kalau apa isu yang berkaitan dengan mak, dia memang tidakmampu menolak.

            “Bagus…bagus…” Lain pula yang terbit daripada bibir mak.

            Fashatersenyum hambar. Seperti biasa, mak hanya buat pekak telinga saja. Biarlah,dia sanggup buat apa saja demi kebahagian mak. Talian diputuskan. Dia sambungtidur balik.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku