Mr ABC Miss Hati Batu
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
128

Bacaan






SHAHIRmembelokkereta yang dipandunya itu memasuki kawasan sekolah. Dia parkir kereta disebelah kantin. Melihat Kak Lela yang terkocoh-kocoh ke pejabat, diatersenyuum. Enjen kereta dimatikan. Dia keluar dari perut kereta, lalu menghampiriKak Leha.

            “Selamatpagi, Kak Leha,” tegur Shahir.

            KakLeha tersengih-sengih memandang Shahir.

            “Shahir,akak minta maaf. Akak terlambat pagi ni. Si kecik Hani demam panas. Jenuh akakdengan Abang Man gilir-gilir jaga dia.” Terpamer riak serba salah di wajah KakLeha.

            “Laa…kesiannya si kecik tu. Dah bawa dia pergi klinik?” Shahir begitu mengambil beratperihal Hani, kanak-kanak berusia setahun lebih itu. Sayang benar dia dekatanak Kak Leha. Tatkala teringat peristiwa Kak Leha yang sakit hendak bersalindi dapur prasekolah dahulu, dia tergelak lucu. Kak Leha yang nak bersalin, diapula yang kelam kabut.

            “Dah.Sementara nak sembuh, gitulah dia,” balas Kak Leha.

            “Akakminta maaf tau. Mesti budak-budak kita dah bertenggek di pondok. Entah-entah,ada yang lari sana sini. Argh…” Kak Leha takut memikirkan reaksi Shahir. Shahirmemang baik dan boleh bertimbang rasa. Tetapi dia tidak mahu dicop ambilkesempatan di atas kebaikan Shahir.

            “Takapa, kak. Shahir pun lambat. Sibuk stalkFacebook Fasha.” Shahir berkata jujur.

            LangkahKak Leha terus mati. Begitu juga dengan Shahir. Dia tertarik dengan perkataan ‘stalk’. Terlupa yang dia sudah lambatuntuk punch card.

            “Shahirtekad nak tawan hati Fasha, ya? Fasha awal-awal dah tolak Shahir. Kalauakaklah, memang akak malu nak dekati dia lagi,” balas Kak Leha. Bukan niat dianak masuk campur perihal Shahir. Cuma, dia tak nak tengok Shahir kecewa kelak.Shahir sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

            “KalauShahir cakap nak, Shahir akan dapatkan walau apa pun yang berlaku. Pertama kalipandang dia, Shahir tahu yang dialah jodoh Shahir. Shahir suka dia. Bukansetakat suka, Shahir dah jatuh cinta pada dia. Dan lagi satu. Orang yang takkuat semangat macam akak aje yang akan rasa malu untuk usaha dapatkan apa yangdiigini. Prinsip Shahir, selagi dia belum jadi hak orang, selagi tulah Shahir pikatsampai dapat.” Biarlah orang nak cakap Shahir muka tak malu. Dia tidak kisah.

            KakLeha tenung muka Shahir. Shahir raba muka. Kot-kotlah ada yang tak kena dimukanya.

            “Apasalakak pandang muka Shahir?” soal Shahir.

            KakLeha tersenyum.

            “Shahirdah dilamun cinta. Akak boleh nampak melalui mata Shahir,” kata Kak Leha.

            Shahirketawa. Tepat! Dia memang dah jatuh cinta. Angau. Fasha punya pasallah. Buat hatidia berdebar saja.

            “Adikkesayangan akak ni dah jumpa miss perfectdia. Akak doa supaya Shahir dapat naik pelamin dengan Fasha. Shahir dah taksabar nak kahwin. ‘Aku terima nikahnya Nur Fasha Danea…’ Pergh!” Shahirberangan lagi.

            KakLeha ikut sama ketawa.

            “Parahadik kesayangan akak dengan Abang Man ni,” kutuk Kak Leha.

            Shahirsengih. Ketika itulah dia terlihat kelibat guru prasekolah, Puan Zahratergesa-gesa ke pejabat. Buat Shahir tepuk dahi. Penyakit angau buat Shahirlupa dunia. Bukan dia seorang saja, dengan Kak Leha sekali lupa dunia. Sampai punch card pun boleh lupa.

            “Kak,jom kita ke pejabat. Dah lambat nak punchcard ni,”  ajak Shahir.

            “ALLAH…Macam mana boleh tak sedar ni?” Kak Leha lari pecut meninggalkan Shahir. Tidakmahu lewat. Seminit pun amat berharga bagi dia. Dia mahu jaga rekodkedatangannya.

            Shahirmenggeleng melihat telatah Kak Leha. Lalu jalan menuju ke pejabat.


--------------------------------


SETELAH memastikan tiada pelajar di dalamkelas, Shahir dan Kak Leha pergi ke perhimpunan pagi. Tiba di tapak perhimpuan,Shahir mengarahkan anak-anak muridnya beratur. Kak Leha pula membelek pakaiandan kasut anak-anak murid satu per satu. Memastikan penampilan mereka kemas.

            Shahirmeletak kedua-dua belah tangannya ke belakang. wajahnya terpamer riak garang.

            “Cikgukira satu, dua, tiga. Kalau ada yang masih bercakap atau bergerak, cikgu suruhberdiri di atas pentas. Biar abang-abang dan kakak-kakak tahu yang kamu nakaldan tak nak dengar kata,” ugut Shahir.

            “Satu…dua… tiga…”

            Tiadaseorang pun yang bersuara.

            “Hands up.”

            Merekamengangkat tangan lalu letak di bahu orang hadapan. Kemudian bergerak kebelakang untuk meluruskan barisan.

            “Hands down.”

            Mereka menjatuhkantangan ke sisi.

            “Okey,duduk dalam keadaan diam. Cikgu tak nak dengar suara kamu,” arah Shahir lagi.

            Merekamelabuhkan punggung di atas lantai.

            KakLeha muncul bersama dua buah kerusi yang diambilnya di dalam kelas. Satu daripadanyadiberikan kepada Shahir. 

            “Terimakasih, akak sayang,” ucap Shahir.

            “Sama-sama,adik sayang,” balas Kak Leha.

            Merekamelabuhkan duduk di sebelah murid-murid prasekolah. Sementara menunggukedatangan Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan, mereka mengambil kesempatanuntuk berbual-bual.

            “Shahir,akak tak puas hati lagilah.” Kak Leha menyuarakan ketidakpuasaan hatinya.

            Berkerutdahi Shahir.

            “Kenapapula?” soal Shahir ingin tahu.

            “KenapaShahir masih terkejar-kejarkan Fasha? Tu…” Bibir Kak Leha terjuih ke arahguru-guru wanita yang masih bujang itu, tersengih-sengih dan tersipu malumemandang Shahir.

            “Cubatengok Cikgu Fateha dan Cikgu Amelina. Mereka berdua tergila-gilakan Shahirtau. Siap ada cikgu yang nak kenen-kenen salah seorang daripada mereka berduadengan Shahir. Akak rasa kalau ada cikgu perempuan yang posting ke sekolah kita lagi, mesti ada yang terkena panahan matamenggoda Shahir ni. Persoalannya, Shahir tak berkenan ke dekat salah seorangdaripada mereka?” sambung Kak Leha panjang lebar.

            Shahirketawa. Dia pandang ke hadapan. Tatkala mata bertentang dengan Cikgu Fateha danCikgu Amelina, dia senyum. Senyuman killer.Dua cikgu itu apa lagi? Tertunduk-tunduk sambil tersenyum-senyum. Shahir hanyamenggeleng melihat telatah dua cikgu itu.

            “Shahir,akak tanya ni,” marah Kak Leha.

            Shahirpandang Kak Leha. Sengaja dia meredupkan pandangannya. Tepat mengena ke anakmata Kak Leha. Kak Leha segera kalih muka ke tempat lain. Nyaris dia tergodadengan ketampanan Shahir. Mujur imannya masih utuh.

            “Akaktak tergoda dengan Shahir ke?” soal Shahir dengan suara lunak.

            KakLeha kembali pandang muka Shahir.

            “Habis,Abang Man Shahir tu nak campak mana?” bebel Kak Leha.

            Shahirketawa.

            “Cepatlahjawab soalan akak,” desak Kak Leha.

            TawaShahir mati. Diganti dengan senyuman pula. Penyakit angau buat Shahir asyik naktersenyum saja.

            “Tak,Fasha dah curi hati Shahir. Macam mana Shahir nak beri hati Shahir ni padasalah seorang daripada mereka berdua?” jawab Shahir.

Shahir menyandarkantubuhnya di belakang.

“Shahir pelik, kak. Shahirdapat buat mereka angau kat Shahir, tapi tidak pada Fasha. Fasha tu hati batu.Terlampau kejar kekayaan. Sampai tak nampak cinta Shahir ni,” sambung Shahirbersama bibir muncung.

            KakLeha mencebik.

            “Dahtahu dia hati batu. Lagi Shahir nak dekat dengan dia kan? Ada orang nak, tapijual mahal,” sindir Kak Leha.

            “Dahhati Shahir tak nak dekat orang tu, kenalah jual mahal.” Shahir sindir Kak Lehabalik.

            KakLeha menjeling geram.

            “Susahlahnak cakap dengan Cikgu Muhammad Shahir ni. Ada saja jawapannya,” bentak KakLeha.

            Shahirbuat pekak. Tahu Kak Leha marah.

            “Shahir,akak…”

            Belumsempat Kak Leha habis kata, Encik Zulkifli, Guru Besar bersama GuruPenolong-penolong Kanan muncul lalu duduk di barisan paling hadapan, di ataspentas. Memandangkan majlis bakal bermula, mereka semua bangun. Termasuk Shahirdan Kak Leha.


---------------------------------------- 


SEPERTI yang dijanjikan, Fasha ke CIMBBank untuk bank in duit ke dalamakaun mak. Selagi dia tak bank in, selagitulah mak akan WhatsApp dia tanpa henti. Jenuh dia nak balas satu per satu. Makfikir, rumah dia berdekatan dengan pekan kot. Mujurlah ada motor kapcai.Dapatlah dia merempit ke pekan.

            Setelahurusan selesai, Fasha bonceng motor pergi ke kedai dobi. Sempat Fasha singgahdi kedai mamak. Beli roti sardin, air milo ais kesukaannya, dan sirap limaukegemaran Kak Leen. Tiba di kedai dobi, dia mematikan enjen motor. Kuncidicabut. Langkah diatur menuju ke dalam. Dia menghampiri Kak Leen yang sedangtekun tekan kalkulator.

            “Akak?”jerkah Fasha.

            Tegaktubuh Kak Leen. Apabila melihat Fasha yang sudah tertawa di hadapannya itu, KakLeen mendengus geram. Dia cekak pinggang.

            “Takreti bagi salam dulu ke?” marah Kak Leen.

            Fashasengih.

            KakLeen hanya mampu menggeleng melihat tingkah nakal Fasha.

            “Nah.”Fasha meletak bungkusan makanan di atas meja.

            “Jommakan. Anum laparlah,” rengek Fasha sambil mengusap perutnya yang sudah dendanglagu lapar.

            KakLeen tersenyum, lalu mengangguk.

            Merekabangun lalu beredar ke pantri. Sambil makan sarapan, mereka berbual.

            “Anum,akak nak tanya sesuatu. Akak harap Anum tak marah.” Kak Leen memohon keizinansebelum menyatakan soalannya.

            Fashayang tengah sedut milo ais itu angkat muka memandang Kak Leen.

            “Apadia, kak?” soal Fasha ingin tahu.

            “Anumbank in duit dekat mak Anum lagi ke?”Kak Leen bukan berniat hendak mencampuri urusan Fasha. Cuma dia berasa kasihan.Kerja penat-penat cari duit. Puan Watie pula tahu minta duit saja. Langsungtidak fikir tentang anaknya.

            Fashaberubah wajah.

            “Akakminta maaf kalau buat Anum tersinggung.” Lekas Kak Leen meminta maaf.

            Fashatersenyum hambar. Lama-lama barulah dia angguk sebagai jawapan pada soalan KakLeen.

            “Berapabanyak?” soal Kak Leen lagi.

            “RM1000,”jawab Fasha.

            KakLeen menjegil mata.

            “Banyaknya.Dia nak buat apa dengan duit sebanyak tu?” balas Kak Leen. Terkejut.

            “Bayarhutang, katanya,” balas Fasha.

            “SampaiRM1000? Hutang apa?” balas Kak Leen.

            Fashajongket bahu. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.

            “Anumterpaksa bagi duit tu pada mak. Abah dah amanahkan mak di bawah tanggungjawabAnum. Sebagai seorang anak, Anum wajib tunaikan apa yang mak mahukan,” balasFasha lemah.

            KakLeen melepaskan keluhan.

            “Tapi,akak…”

            “Dah.Jom kita makan. Anum lapar ni,” potong Fasha, lalu sambung makan balik. Fikirmasalah mak, sampai bila-bila pun tidak akan habis. Lebih baik dia mengisiperut sehingga kenyang.

            KakLeen terdiam apabila mendengar kata Fasha. Dia hanya tenung wajah Fasha bersamarasa prihatin. Kasihan Fasha. Pelbagai dugaan yang menimpa hidup dia. Namun,dia tetap tabah mengharunginya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku