Mr ABC Miss Hati Batu
Bab 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
510

Bacaan






SETELAHmemberilatih tubi kepada anak-anak murid, Shahir bangun lalu bergegas ke dapurprasekolah. Kak Leha yang tengah masak nasi goreng cina untuk kudapan pukul10.00 ini, membiarkan Shahir dengan tingkahnya. Sesekali dia kerling untukmelihat tingkah Shahir. 

Shahir berjalan ke petiais. Pintu peti ais dibuka. Plastik berisi buah epal hijau dibawa keluar laludiletak di atas meja. Pisau dan tempat pemotong diambil lalu dibawa ke meja.Dia mula memotong buah itu. Kemudian meletak ke dalam bekas bersegi empatberwarna biru.

            KakLeha mula segan dengan tingkah Shahir.

            “EhShahir, biarlah akak yang potong. Tukan kerja akak,” tegah Kak Leha.

            “Ala,biarlah Shahir tolong akak. Setakat potong buah saja. Kerja senang. Lagipun,akak kan kelam kabut nak masak untuk budak-budak. Dahlah hari ini adaperhimpunan. Jenuh akak terkejar-kejar,” balas Shahir, tetap meneruskan kerjamemotong buah itu.

            “Tapi…”

            “Taksalah kalau Shahir tolong kan? Shahir tak anggap akak tu pembantu Shahir. Akakdah macam famili Shahir. Lagipun, famili Shahir jauh. Akak dan Abang Man sajayang Shahir ada,” potong Shahir.

            KakLeha tidak terkata. Hanya mampu membiarkan Shahir meneruskan kerja. Siap masak,Kak Leha cedok nasi goreng ke dalam bekas. Bekas itu kemudian dibawa ke tempatpenyediaan makanan. Kak Leha menghampiri Shahir. Dia duduk di hadapan guru mudaitu.

            “Terimakasih tolong akak, Shahir,” ucap Kak Leha, terharu dengan pertolongan Shahir.

            “Sama-sama.”Ringkas jawapan Shahir.

            Siappotong, Shahir bangun lalu membasuh tangan di sinki. Kemudian duduk ditempatnya balik.

            “Akak,macam mana cara nak pikat hati Fasha?” Directsoalan Shahir.

            “Shahirdan Fasha orang muda. Akak ni dah tua. Zaman kita lain. Jodoh akak dengan AbangMan ditentukan orang tua. Jadi, kami bercinta lepas kahwin,” balas Kak Leha.

            Shahirbetulkan duduk.

            “Bercintalepas kahwin? Cuba akak bagi tips Abang Man goda akak dulu. Boleh Shahirpraktikkan untuk pikat Fasha,” balas Shahir beriya-iya.

            KakLeha tergelak.

            “Haipp.Orang kahwin dengan bujang ni lain. Anak dara jual mahal. Si teruna kenaberusaha bersungguh-sungguh untuk menangi hati si dara. Macam akak dengan AbangMan pula, kami tinggal sebumbung. Kalau hari-hari asyik pandang muka yang sama,mustahil tak terbit rasa cinta di hati kami,” balas Kak Leha.

            Shahirgaru kepala.

            “Akak,hari-hari Fasha tengok muka Shahir. Tapi, kenapa dia susah nak sukakan Shahirya?” balas Shahir.

            KakLeha cuit hujung hidung mancung Shahir.

            “Tutandanya usaha Shahir masih belum cukup lagi. Shahir sendiri cakap yang Fashatu hati batu dan tak ada perasaan. Tadi semasa di perhimpunan, Shahir cakapyang Fasha dah curi hati Shahir kan? Jadi, Shahir kena usaha lebih untuk curihati Fasha pula. Tak adillah hati Shahir ada kat dia seorang saja. Tamak Fashatu tau. Hati dia tak nak bagi kat Shahir. Hati Shahir pula dia curi,” balas KakLeha.

            Shahirketawa.

            “Sebabdia tamaklah, Shahir nak rampas hati dia. Apa pun jadi, Shahir nak dia jatuhcinta pada Shahir,” tegas Shahir.

            KakLeha mendekatkan mukanya ke muka Shahir.

            “Macammana Shahir nak buat?” Kak Leha seperti mencabar Shahir.

            Shahirmemuncung bibir.

            “Akakni. Shahir tanya pendapat akak. Akak tanya Shahir balik. Tak boleh tolong tau,”bebel Shahir.

            “Dahakak tak tahu nak tolong macam mana,” balas Kak Leha selamba.

            “Macamnilah. Apa kata kalau Shahir cuba berkawan dengan Cikgu Fateha dan CikguAmelina tu. Kenali hati mereka secara lebih mendalam. Manalah tahu kalau-kalauhati Shahir terpaut pada salah seorang daripada mereka,” cadang Kak Lehabersungguh-sungguh. Tidak salah kalau Shahir beri peluang kepada mereka untukdekati dirinya.

            Shahirmendengus. Bab-bab nak mengenenkan dia dengan dua cikgu itu, Kak Leha memang superb.

            “Shahirtak nak, kak. Shahir cuma mahukan Fasha saja,” balas Shahir serius.

            KakLeha mencemik. Lalu mula menyenduk nasi goreng ke dalam mangkuk. Susun di atastempat penyediaan makanan.

            Shahirdiam. Memerah otak mencari idea bagi memikat hati Fasha. Tiba-tiba matanyaterpandang bahan bantu mengajar berbentuk keretapi dimana setiap gerabakterpamer huruf ABC besar dan kecil yang bertampal di dinding, di atas tingkapkelas. Dia tersenyum. Mula mendapat idea daripada huruf-huruf itu.

            “Akak?”jerkah Shahir tiba-tiba.

            Terlepassenduk dari tangan Kak Leha. Dia angkat mula lalu merenung geram Shahir.

            “Shahirni buat akak terkejut saja,” marah Kak Leha.

            “Shahirdah dapat satu lagi cara untuk pikat hati Fasha,” beritahu Shahir tanpa pedulidengan bebelan Kak Leha.

            KakLeha tercengang.

            “Caraapa?” soal Kak Leha. Hilang rasa marahnya.

            Shahirtersenyum-senyum.

            “Adalah.”Shahir kenyit mata.

            KakLeha menjeling.

            “Hisy,baik tak payah bagitahu apa-apa kat akak,” bebel Kak Leha.

            Shahirbuat tak dengar. Dia bangun.

            “Okeylahkak, Shahir nak pergi masuk kelas. Dah lama Shahir kat dapur ni. Nanti takpasal-pasal ada yang jadi Ultraman dan Superman dalam kelas tu,” tukas Shahir.Bimbang pula tinggal anak-anak murid tanpa pengawasan dia di dalam kelas. Lebihbaik dia ambil langkah berjaga-jaga sebelum terjadi perkara yang tidakdiingini.

            “Haa…berani jadi Ultraman dan Superman dalam kelas. Akak jadi Naruto nanti,” sambungKak Leha.

            Pecahtawa Shahir. Lucu mendengar ayat Kak Leha.

            “Macam-macamlahakak. Dahlah, Shahir nak pergi masuk kelas.” Dia beredar tinggalkan dapur dan masukkelas.


-----------------


PUAN WATIE terus bersiap untuk ke pekanapabila menerima panggilan telefon daripada Fasha. Anaknya sudah bank in duit ke dalam akaunnya. Bergegasdia ke kereta. Seusai masuk ke dalam perut kereta, enjen terus dihidupkan. Diamemandu menuju ke pekan. Setelah mengeluarkan kesemua duit itu, dia pandukereta menuju ke pusat beli-belah. Mahu berbelanja barang yang dia impikan.

            Masukbangunan pusat beli-belah itu, Puan Watie tersenyum lebar. Satu demi satu kedaidimasuki. Ada saja yang dibeli daripada kedai itu. Pakaian, beg tangan, minyakwangi dan sebagainya. Membeli-belah tidak ingat dunia. Pesanan yang dititipkanoleh Fasha semalam juga sudah dilupakan. Dia hanyut di syurga dunia itu.

            Telefonberdering. Langkah Puan Watie terus mati. Lekas dia menyeluk beg tangannya.Telefon bimbit ditarik keluar. Terpamer nama Fasha di layar skrin. Diaserta-merta mendengus.

            “Dianak apa?” bentak Puan Watie.

            Namundia tetap jawab panggilan itu. Bukan apa, dia haruslah berlakon di hadapananaknya itu. Konon-konon tidak akan menghabiskan wang yang baru sahaja dibank in Fasha. Manusia kan penuh dengantipu helah.

            “Hmm…kau nak apa?” soal Puan Watie seusai menjawab panggilan itu. Kasar suaranya.

            “Maksihat?” soal Fasha.

            “Sihat,”jawab Puan Watie sepatah.

            “Fashaada bank in duit dekat akaun bank makpagi tadi. Mak dah dapat?” balas Fasha.

            PuanWatie mendengus.

            “Kauingat aku ni mata duitan ke? Ada ke patut tanya aku soalan sebodoh tu?Pagi-pagi buta nak pergi bank semata-mata nak cek sama ada aku dah dapat ataubelum. Kau yang bank in ke akaun akukan? Takkanlah keluar nama orang lain pula?” Padahal, dia sudah hampir separuhdia guna duit itu.

            “Fashatanya saja, mak. Salah ke?” Fasha bela diri.

            “Salah!Sebab tanya soalan bebal macam tu, buat apa?” tengking Puan Watie garang.

            Fashadiam. Tidak mahu memanjangkan pergaduhan mereka.

            “Kaudah habis cakap?” Puan Watie serta-merta bersuara.

            Fashamelepaskan keluhan.

            “Sebenarnya,Fasha…”

            “Dah?Okey, kalau macam tu aku matikan talian. Aku nak pergi masak. Aku lapar.Daripada aku melayan anak tak guna macam kau ni, lebih baik aku pergimencekik.” Puan Watie memotong percakapan Fasha.

            “Mak!”marah Fasha.

            Tutt,talian terus dimatikan. Telefon bimbit disumbat ke dalam beg tangan. Puan Watietergelak. Fasha mudah ditipu hidup-hidup oleh dia. Ah, buang masa saja diafikir perihal Fasha. Lantas, dia mengorak masuk di dalam sebuah gedung pakaian.Tidak puas shopping lagi.


--------


PUKUL 11.40, SHAHIR melepaskan anak-anakmuridnya untuk pulang. Kanak-kanak itu jalan di dalam keadaan berbaris melaluilaluan kaki lima bangunan dewan makan menuju ke pondok di belakang dapurprasekolah. Shahir mengetuai di bahagian hadapan. Manakala Kak Leha pulamembuntuti daripada belakang.

Tiba di pondok, Kak Lehamengarah kanak-kanak itu untuk duduk dan menunggu kedatangan ibu bapa, vansekolah dan pengasuh taska. Mula-mula mereka tidak mahu dengar kata. Dek takutjelingan tajam Shahir, mereka pun duduk di kerusi yang tersedia di pondok itu.Shahir dan Kak Leha mengambil tempat duduk berhadapan dengan laluan keluarmasuk pagar kecil. Raihal, anak murid Shahir mendekatinya untuk belajar kadsuku kata. Shahir terus melayan anak muridnya itu.

            Suasanahiruk-pikuk kedengaran memenuhi suasana. Tidak kurang juga dengan kehadiranmurid arus perdana sesi petang yang baru tiba di sekolah. Bahkan ada yangbermain kejar-kejar di sekeliling pondok. Sesekali Shahir menegur apabilamelihat mereka bergaduh. Setelah ditegur Shahir, mereka pun bersurai danbermain di tempat lain pula.

            “Shahir?”panggil Kak Leha.

            Shahiryang sedang ralit melayan anak muridnya membaca kad suku kata yang diberisewaktu di dalam kelas, tersentak mendengar teguran Kak Leha. Sempat diamengarah kanak-kanak lelaki itu untuk baca sendiri sebelum memandang Kak Leha.

            “Ya,kak?” balas Shahir.

            “Tu…”Bibir Kak Leha terjuih ke arah pagar.

            Berkerutdahi Shahir.

            “Apa?”soal Shahir hairan.

            “PeminatShahir, Wanie tengah jalan ke arah kita,” beritahu Kak Leha.

            Shahirkalih pandangan ke pintu pagar. Buntang matanya melihat seorang gadis gempal berkulitcerah yang sedang mendekati mereka. Gulp, dia teguk liur. Itu lagi satu bala. Aduh.Lain yang dia kejar, lain pula yang mengejar dia.  

            “Alamakakak, Shahir nak lari, boleh?” pinta Shahir.

            “Taksempat, Shahir,” perli Kak Leha.

            “Hai,Cikgu Shahir?” sapa Wanie sambil tersengih-sengih dan tersipu malu memandangShahir.

            “Hai.”Terpaksa Shahir melayan walaupun hati tidak rela.

            KakLeha di sebelahnya hanya memerhati gelagat Wanie yang terliuk-liuk manja dihadapan Shahir. Ramai benar peminat Shahir. Susah juga jadi orang kacak ni,fikirnya.

Kelihatan Raihalmemasukkan kad suku kata itu ke dalam beg sekolah. Lalu bangun dan menghampiriWanie. Tangan Wanie dipegang. Wanie tidak peduli kehadiran adiknya itu. Dialebih tertarik dengan Shahir sebenarnya.

            “Err…Nah, bekal untuk Cikgu Shahir. Wanie masak lebih masak lemak pucuk paku tadi.Wanie bekalkan nasi sekali di dalam bekal tu. Nanti cikgu makan tau.” Waniemenyua plastik berisi bekal makanan kepada Shahir.

            Shahirmengukirkan senyuman sinis. Dia tenung bekal yang masih di tangan Wanie.

            “Sayatak makan rasuah, Wanie,” sindir Shahir.

            Mujurtawa Kak Leha tidak lepas. Dia pandang muka Wanie. Terus kelat muka bulat itu.Terasa hati dengan kata-kata Shahir kot.

            “Wanietak ada niat nak rasuah cikgu. Wanie suka Cikgu Shahir. Wanie buat semua nisebab Wanie ikhlas mahukan cikgu,” balas Wanie.

            Shahirpandang ke arah lain.

            “Sayatak pernah suruh awak buat benda gila ni untuk saya. Saya dah cakap dulu. Sayatak ada apa-apa perasaan pada awak. Awak kakak kepada Raihal, anak murid saya.Setakat itu saja hubungan kita,” tegas Shahir. Penjelasan macam mana lagi yangdia harus beri pada Wanie supaya mengerti? Bebal betul.

            “Takboleh ke kalau cikgu beri peluang pada saya?” Wanie raih perhatian Shahir.

            “Sayatak sukakan awak. Macam mana saya nak beri peluang tu pada awak?” bidas Shahir.Lurus dan tidak belok. Berkata benar mengenai perasaannya.

            Wanieterkesima.

            “Cikgu,saya…”

            “Awakbagi bekal tu pada Kak Leha saja. Saya bukan tolak rezeki, cuma tak naktermakan budi. Maaf, saya tak terima,” potong Shahir tanpa memandang mukaWanie.

            “Argh!”Wanie mendengus. Lalu hentak kaki dan mengheret Raihal keluar dari kawasansekolah. Bekal yang mahu diberi kepada Shahir turut dibawa bersamanya.

            SebaikWanie dan Raihal hilang daripada pandangan mata, Shahir picit dahi. Kak Lehajadi kasihan apabila melihat Shahir.

            “Shahirokey ke?” tegur Kak Leha.

            Shahirangkat muka memandang Kak Leha. Dia angguk sebagai jawapan.

            KakLeha tepuk bahu Shahir.

            “Sabarlah,Shahir. Anggap ni semua dugaan Shahir.” Hanya itu yang mampu Kak Leha kata.

            Shahirtersenyum hambar.

            “Biarlah,kak. Malas Shahir nak fikir. Dia yang jatuh cinta pada Shahir. Shahir bukan adamagik yang boleh padam perasaan dia. Suatu hari dia akan faham keputusanShahir,” balas Shahir dengan positif.

            “Pandaiadik akak,” puji Kak Leha.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku