Mr. Penguin Tunang Aku
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 18 Mei 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
378

Bacaan






BAB 1

 

Jam di atas meja hiasan menunjukkan tepat pukul sepuluh malam.

Suara tawa di dalam bilik kedengaran hingga ke luar. Nurliena melangkah masuk ke bilik adiknya untuk menyiasat apa yang berlaku. Nalurinya kuat mengatakan yang dia sedang ditertawakan.

                                             

Kelihatan kakak dan adiknya, Nurlieza dan Nuraifa sedang tertawaberdekah-dekah di atas katil.


“Apa yang seronok sangat ni, Along, Ucu ?”


Nurlieza yang mahu menjawab masih tergagap-gagap kerana tawa yang masih belum berakhir. Nuraifa pula membenam muka pada bantal. Masih lagi ketawa.


“Woi!!! Cerita la. Dua-dua dah macam kena sampuk ni! Panggil Abah mari kang, baru tau!” 


Mendengar nama “Abah”, barulah reda sedikit tawa mereka berdua. Nurlieza memandang Nurliena dengan mata membulat.


“Kau tu memang. Sikit-sikit Abah. Sikit-sikit Abah. Memang sah kau ni anak bapak”


“Jangan nak ejek orang sangat. Cerita la apa benda yang buat korang gelak sakan ni?”


Gelak mereka masih bersisa dengan Nurliena mengambil tempat untuk turu tberbaring di atas katil itu.

 

“ Tu, Ucu. Curi dengar Abah dengan tamu kat luar bersembang. Masa dia hantar air minuman tadi” Termengah-mengah Nurlieza menjawab. 


“Haa..Siapa yang datang?..Apa yang lucunya..?”


“ Siapa tu, Ucu tak tahu.. Yang datang tu, laki bini yang dah berumur..Lucu ker sedih tak tahu la…Tapi Ucu terdengar dengan selamba jer tetamu yang perempuan tu cakap anak-anak perempuan Abah semuanya tak laku. Sebab sorang pun tak ada yang dipinang lagi” 


“Itu menghina kita bertiga, Ucu. Habis, Abah cakap apa?”


“Ucu tengok Abah tenang jer. Ucu pun sebenarnya terbakar juga masa dengar ayat tu. Tapi ayat dia lepas tu memang Ucu akan ingat akan sampai bila-bila..”


“ Dia kata, dia nak merisik salah seorang dari kita malam ni jugak..kononnya macam nak settlekan masalah kita bertiga ni lah. ayat final dia, bagi la anak kamu laku sikit…”


“Hah!!” Nuraifa buat muka ternganga. “Tak lucu la”


“Memang tak lucu sangat pun, Cuma …agak-agaknya siapa yang akan kena kalau Abah terima permintaan dia orang tu”


“Sah-sah lah Along yang kena. Takkan kami berdua nak langkah bendul kot…”


“No..no..no.. belum tentu. Kita semua ada peluang yang sama rata tau…tengoklah nanti”


“Kami berdua Ok lagi. Along dah hampir-hampir ke kategori terlajak tau..”


“Terlajak otak kau. Umur sekarang ni lah, perempuan betul-betul matang..” Bela Nurlieza.


“Matang ke malang!!”


Ayat dari Nurliena membuatkan Nuraifa terbahak-bahak dengan bantal menutup muka sekali lagi. Bantal di tangan Nurlieza pula, menghentam belakang Nurliena.

 


“ Ha..ha..ha…siapa lah jejaka malang tu. Tiba-tiba sahaja nak kena kahwin..”


“Ntah..dekat dah bulan puasa..Nak kahwin ke nak puasa?”


“Yang kita ni sibuk-sibuk kenapa? Biarlah Abah yang tentukan”


"Ya. Biar Abah tentukan. Matang ke malang"


Ketawa dua beradik itu masih berbaki.



 

Bunyi pintu diketuk dari luar. Nurliena yang hampir terlelap bangun memulas tombol pintu bilik.


“Laa…semua kat sini rupanya. Patutlah Abah try telefon seorang pun tak jawab”


Semua di dalam bilik itu membetulkan duduk sebaik mendengar suara Haji Hanafi. Suara Abah yang mereka hormati selama ini membuatkan mereka terkejut.Jarang sekali Abah mencari mereka hingga ke bilik.


“Kenapa Bah?” Tanya Nurliena.


“Ada perkara yang Abah nak tanya kepada anak-anak Abah ni. Siapa di antara kamu yang sanggup kahwin sebelum Ramadhan ni?”


“Dengan siapa Abah?” Soal Nurlieza. Tekaknya kelat menelan air liur. Cerita Nuraifa tadi bermain-main di kepalanya.


“Dengan anak kawan Abah, Tuan Johari”


“Takkan nak kahwin tiba-tiba macam ni je Bah. Abah yakin ke lelaki tu elok budaknya”


“ Budak tu Abah pernah jumpa. Cuma masa tu dia masih di kolej. Sekarang dah pun bekerja. Tapi Insha Allah, abah yakin Tuan Johari tu berjaya didik anak”


“Kenapa tiba-tiba jer, Bah?”


“Ni la kalau orang dah tersalah cakap. Dulu Tuan Johari tu pernah cakap kat kawannya di Australia tu, Anak lelakinya tu dah berkahwin. Dia sebenarnya nak elak dari berbesan dengan kawannya tu, sebab dia tak suka sangat dengan anak dara dia tu…Tup..tup..kawannya tu nak datang sambut Ramadhan di sini. Jadi dia kenalah kahwinkan anaknya sebelum kawannya tu sampai…”


“Ya Allah Bah. Takka lelaki tu tak ada calon langsung. Sampai Abah pulak yang nak kena tolong…Dan kami ni…salah seorang pulak nak dijadikan mangsa”


“Ish..tak baik cakap macam tu. Mungkin jodoh salah seorang dari kamu datang dengan cara macam ni”


“Bagi kat Along je lah Bah. Dia yang paling tua kan”


Nurlieza memuncungkan bibir.


“Tak adil Bah..Diaorang berdua ni pun dah boleh kahwin.” Bantahnya.Hampir sahaja berlaku pertengkaran sebelum ditenangkan Haji Hanafi.


“Macam ni la..to be fair. Abah bagi korang satu jam. Dalam satu jam tu, dapatkan seorang lelaki yang boleh janji nak terima kamu. At least yang betul-betul nak jaga kamu…Minta dia bercakap dengan Abah”


“Hah! Abah…satu jam.. biar betul. Mana ada orang buat macam ni?” Bantah Nuraifa.


“Tak Aci” Sambut Nurliena pula.


“Satu jam tu bermula dari sekarang!”


Mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain dan kemudiannya sibuk mencari telefon untuk menyahut cabaran Haji Hanafi.



 

Haji Hanafi kembali ke ruang tamu dan bertembung dengan Puan Maisara dipertengahan jalan.


“Macam mana Bang?” 


“Dalam proses” Jawab Haji Hanafi ringkas. Meninggalkan Puan Maisara kebingungan sebentar.


“Hah, Apa dalam prosesnya! ”

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku