Mr. Penguin Tunang Aku
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 18 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
435

Bacaan






BAB 2

 

“Macammana Haji. Ada tak yang bersetuju dengan permintaan kami” TuanJohari kedengaran seperti sudah tidak sabar untuk menerima menantu.


“Saya serahkan pada budak-budak tu Tuan. Hal ni tak boleh paksa-paksa.Lain jadinya nanti. Bagi diaorang sedikit masa. Nanti saya maklumkan. Jemput minum dulu air tu.”


“Minta maaflah Haji, sebab datang secara tergesa-gesa ni. Cuma kami berharap benar dapat berbesan dengan Tuan Haji. Thaif pun dah tak mampu nak menolak usul kami. Dia pun dah memberi lampu hijau untuk mencari calon lain.Selain dari Kristina la, anak si Hambali tu”


“ Benci betul dia kat budak perempuan tu.”


“Bukan benci Haji. Cuma dia tak boleh kahwin dengan perempuan yang dianggap macam adiknya tu. Walaupun Kristina memang sukakan dia dari dulu”


“Hmmm..Tak sangka. Memilih jugak si Thaif tu. Kalau dengan budak di rumah ni pun. Belum tentu okey”


"Ish..Kita usahakan dulu Haji. Jadi ke tidak biarlah diaorang sendiri yang tentukan"


Puan Aida mencicip kek yang disediakan oleh tuan rumah.


“Kalau ikutkan, Thaif masih tak mahu kahwin lagi. Nak selesaikan hal bisnesnya dulu, katanya. Sebab dia banyak habiskan masa untuk bangunkan bisnes. Tapi bila dengar yang Hambali nak berkunjung ke sini. Baru dia panik. Banyak juga projek dia dengan Hambali tu. Tambahan pulak, Si Kristina tu pasti nak tengok siapa isterinya sekarang”


“Ya lah. Salah kami jugak sebab mengaku yang Thaif tu sudah berpunya masa ditanya dulu” Akui Puan Aida.


Haji Hanafi tersenyum.


“Pening kepala kalau kita campur hal budak-budak ni” Gumamnya.



 

“Dah dapat ke Along!” Tanya Nurliena kepada kakaknya. Mata Nurlieza kelihatan bersinar.


“Mengaku jugak dia akhirnya. Kalau tak dipaksa, sampai bila-bila la dia kunci mulut” Bentak Nurlieza.


“Siapa Along?”


“ Fariq, Bila kena ugut yang akak akan dipinang malam ni. Baru terhegeh-hegeh berani nak telefon Abah.”


“Kan Angah dah cakap. Dia memang sukakan Along”


“Ya lah. Suka dalam diam tak ada gunanya. Tapi sekurang-kurangnya Along dah lepas bala yang datang ni. Kau pulak?”


“Susahlah Along. Orang yang nak mintak tolong ni pun tak angkat telefon.Sah-sah tengah layan bola tu. Angah kena tanya dia. Betul ke apa yang dia cakap bulan lepas. Harap-harap dia balas Wasap ni.”


“ Bulan lepas!!! Siapa?”


“ Hendra”


“Budak Indon yang satu kolej dengan Angah tu ke?”


“Ya. Dia pernah cakap sukakan Angah. Tak Angah tak jawab apa-apa pun”


“Angah betul-betul sukakan dia ke..atau saja nak lepaskan diri dari Abah”


“Biar suka ke tidak Along..janji lepas dari bala ni. Sekurang-kurangnya hati budi mamat indon tu angah dah tahu 50 persent. Biarlah apa abah nak kata,yang penting ada yang sudi mengaku sukakan kita. Lepas ni terpulanglah apa nak jadi”


Bunyi di telefon bimbit membuatkan Nurliena tersenyum. Mesej yang diberikannya tadi kepada Hendra mendapat input positif.


“Ucu”


“Ha..ha…lepas ke tidak Ucu kali ni. Mungkin sekarang dia menyesal sebab memanjang maki budak laki-laki yang telefon dia”


“Yang ni mesti lucu banget. Kalau jadi la, Si Ucu mesti kena kahwin sebelum Ramadhan ni. Angah rasa macam kita raya awal jer tahun ni!!!!!”


Nurlieza terkekek ketawa hingga berhamburan air mata. Mereka tahu yang Nuraifa pasti sukar mencari teman lelaki seperti yang dimaksudkan oleh Abah mereka.

 

Nuraifa menekan-nekan kekunci di telefonnya. Bukan dia tidak mempunyai kawan-kawan lelaki untuk meminta tolong, Cuma… Cuma dia malu sangat dengan ketegasannya terhadap mereka. Semua kawan-kawannya tahu bagaimana cara dia berhadapan dengan lelaki. Kalau tidak kena maki, sudah tentu ayat-ayat menghiris jiwa yang dihamburkan dari mulutnya. Itu cuma untuk lelaki yang lebih dari sempadan yang ditetapkannya. Yang berbaik dengannya, baik juga layanan diberikannya.


“Ah! Akhirnya aku juga yang akan terkena. Macam mana aku nak cari lelaki yang boleh tolong aku ni?”

Tangannya menekan pantas kekunci telefonnya.


“Hi All, need help. Any guys, please help me  by talking to my Abah, hold me from gettingengage tonight. Please be my special buddy for a while.”


#Nakpinjamkasihsayangsekejap


Taipnya pantas di status FB.

 

Nurliena memandang telefonnya seketika melihatkan status Nuraifa yang baru dimuatnaik. Mukanya merah menahan tawa.


“Along..Ucu buat hal lagi. Baca status terbaru dia ni” Katanya menghulur telefon kepada Nurlieza.


Nurlieza menyambung tawa sebelum memegang semula telefon.


“Rasanya boleh viral tak?”


“Ish! tak baik la mintak macam tu. Ni sejam punya status je..”


“Kita reply dulu!”

 

“Good luck Sis!”


#Kamidahselamat 

 

“Kita tengok siapa yang dah reply jap. Ada lagi lima belas minit je ada sebelum Abah datang”


Komen-komen yang ada kebanyakannya bertanyakan apa yang terjadi…Kecuali satu. Seorang lelaki dengan profile picture seekor penguin.

 

“Boleh bagi saya cakap dengan ayah awak? PM phone number please!”


 “Hah!..Ucu diselamatkan oleh Mr Penguin”


Berhamburan lagi tawa mereka berdua.

 



Haji Hanafi memandang jam sebelum berjumpa dengan anak-anaknya.


“Sekarang macam mana?” Tanya dia sebaik berjumpa dengan ketiga-tiga mereka.


“Kami semua dah ada orang Abah” Balas Nurlieza. “Kejap lagi ada yang telefon …”


Belum sempat Nurlieza menghabiskan ayatnya. Telefon Haji Hanfi sudah berbunyi. Tenang sahaja dia menjawab panggilan itu, sengaja  dia menjauh sedikit dari anak-anaknya.


Usai menjawab panggilan itu, satu panggilan lagi juga masuk.Kedua-duanya dijawab dengan baik. Muka jernih Haji Hanafi membayangkan penerimaannya terhadap pemanggil.


Dia masuk semula berjumpa dengan anak-anaknya.


“Dah..Liena dan Lieza..pandai kamu cari kawan cover ni.”Ujar Haji Hanafi sambil tersenyum.


“Ucu pulak?”


Nuraifa mencuka sambil menekan kekunci di telefon bimbitnya.


“Kenapa? Mr. Penguin belum tunaikan janji ke?” Ejek Nuraifa.


“ Ha..siapa Mr. Penguin?” Tanya Haji Hanafi sebelum telefonnya berdering lagi. Sekali lagi dia menjawab panggilan yang masuk itu.

 

“Ok. Terima kasih.” Ayat akhir dari Haji Hanafi sebelum mematikan talian.


“Sekarang macam mana ayah?”


“ Sekarang ni kamu semua pergi tidur. Esok ayah nak buat jamuan sikit.Ada orang nak datang”


“ Siapa pulak nak datang?”


“ Semua lelaki yang telefon Abah tadi la…”


“Ya Allah…kenapa Abah jemput mereka semua..Mati la camni. Tadi Abah kata, kalau tak cari kawan lelaki yang sukakan kami, abah nak kawinkan dengan anak kawan Abah tu. Sekarang dah lain pulak..”


“Abah janji tak kahwinkan dengan anak Tuan Johari tu je. Tak janji pun tak nak jumpa dengan kawan lelaki kamu semua”


“Abah ni..hisshhh…”

 



“Kenapa Ucu ?” Tanya Nurlieza kepada adiknya. Muka Nuraifa jelas runsing.


“Mr. Penguin tu..entah sapa-sapa pulak. Kalau dia yang datang jumpa Abah esok macam mana ek?”


“Itu yang dirisaukan ke. Ucu buat le macam biasa kat lelaki..marah je la dia tu kalau tak suka”


“ Baru terasa Along. Selama ni main marah jer kat semua lelaki, sampai masanya, kita perlu jugak lelaki dalam hidup. Sekurang-kurangnya dapat hidup macam Mak dengan Abah..”


“Ha..dah lembut pun hati tu…Along pun sebenarnya risau dengan si Rafiq tu.”


“ Apa yang nak dirisaukan?”


“ Tu la…sebelum ni Along dengan dia kawan rapat kan…esok, mesti kekok kalau kami nak berbual”


“Ha..ha..dah up ke fasa baru ni..kekok la sekejap. Nanti Ok la tu” Nuraifa pula memegang bahu kakaknya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku