SHIA
Bab 6
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 20 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
636

Bacaan






Kalau dipanjangkan jadi novel... ini sambungannya 😊


"Kau takde kawan lain ke Adam? Asyik ikut aku je dari dulu?"


Adam tak menyahut. Hanya kedengaran nyanyian serangga hutan mengiringi mereka. 


"Aku serba salah betul. Kadang-kadang nak tegur, nak bersembang dengan kau tengah-tengah orang ramai pun tak berani. Dah lah rupa aku buruk, nanti orang ingat aku sewel pulak cakap sorang-sorang."


"Shia! Janganlah halau aku."


Shia tayang sengih. Ruang pandangannya masih sempit seperti dahulu biarpun tubuhnya telah menginjak dara. Kalau orang dulu-dulu agaknya dah beranak tiga di usia ini.


"Aku tak pernah ada niat macam tu. Menjemput pun tidak. Kau suka, kawan je la. Dah boring nak tinggalkan aku, pergi je la. Aku tak kisah sangat. Walaupun..."


'Eh! Tepat pula Adam pandang ke sini. Dah lah makin handsome. Pandai je Adam ubah rupa ikut membesar macam aku.' Hati Shia menyampuk elok-elok dia nak menyambung ayat.


"Walaupun aku mesti rindukan kau nanti."


Mendengar kata-kata Shia, Adam ketawa mengekek. Terlalu kuat sehingga melayang semua daun kering dan sampah hutan ke arah Shia. Shia lindung wajah dengan kain tudung. Aish! Dia ni laa... tak sedar dunia kalau dapat ketawa. Tu belum dia ketawa sepenuh hati. Satu hutan bergema dengan hilai Adam. Tak senonoh betul. 


Hampir separuh hari menghabiskan masa di hutan, Shia pulang ke rumah dengan fikiran yang lapang dan hati riang. Si kecik Aish menyambutnya di halaman. Kereta kecil ditolak begitu laju dengan kaki halusnya.


"Ummi mana?"

Aish hanya memaku mata. Faham ke tidak budak ni?


"Dalam umah." Senyuman manis anak kecil yang  sentiasa menjadi penawar hati Shia dibalas. 


Terdengar suara Cikgu Rahimah yang kini bagaikan ibunya dari dalam rumah.


"Dah balik Shia. Boleh tolong Ummi jaga kedai sekejap."


Shia menyahut laungan. "Baik Ummi."


Ustaz Rafei membuka kedai runcit di bangunan kayu yang dibina berkembar dengan rumahnya. Di situlah Shia sering menghabiskan masanya sambil membuat kerja-kerja sekolah. Bergilir-gilir dia menjaga kedai dengan Ummi dan Abi. Kedai runcit itu tak sebesar mana. Akan tetapi barang yang dijual mencukupi untuk membekalkan keperluan harian orang-orang kampung. Kedai runcit yang besar di pekan terdekat jauh juga. 


"Hoi! Mana kau letak tepung pulut? Dah tiga kali aku pusing satu kedai ni tak jumpa. Senang-senang je kau tinggalkan kedai tak berjaga. Kena curi nanti baru padan muka."


Sapaan kasar mengalu langkah kakinya memasuki kedai. Shia hanya tersenyum mendengar suara lelaki itu.


"100 kali kau pusing pun tak jumpa. Dah habis atas rak. Nanti aku ambil dalam stor."


Shia kembali ke ruang utama dengan sebuah kotak.


"Haah... ambik banyak mana kau nak. Tapi jangan lupa bayar." Ketawa halus bertamu di bibir Shia. Lelaki itu mencebik sambil mengeluarkan tiga bungkus tepung.


Selonggok barang-barang yang hendak dibeli diletakkan atas kaunter. Bulat terjojol mata Walid sambil meninggi suara.


"Dah! Tak payah nak renung aku lama-lama. Dari dulu aku tak pernah terpikat dengan kau. Kau juara Kuiz Pintar peringkat negeri ke, kau menang rancangan Who Want to be a Millionaire ke... sikitpun aku tak tergugat. Kira barang-barang ni cepat! Mak aku dah kecoh kat rumah. Dia nak masak untuk jamuan sambut DO baru malam ni. Tak larat dah aku nak menjawab di handphone."


Macam tembakan peluru mesin gun, Walid membebel. Shia sengih sahaja. Ayat-ayat kasar macam tu dah lali di cuping telinga. Bukan setahun dua mereka satu kelas. Dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Semua feèl Walid dia dah hafal termasuklah angin puting beliungnya.


"Kedekut betul kau ni. Nak pandang pun tak bagi. Aku minat je. Bukannya suruh kau balas perasaan aku pun."


"Hiish cepatlah. Malas dah aku nak layan kau. Buang masa aku je."


Shia lajukan ketukan di mesin pengira. Lekas-lekas lelaki itu mengeluarkan wang membayar harga seperti yang tertera di skrin mesin.


"Kirim salam dekat mak kau. Hati-hati naik motor. Dekat pokok buluh depan tu maghrib-maghrib ni banyak hantu."


Terkesan juga Walid dengan usikan Shia. Riak ketakutan sedikit terbias di wajah kacaknya. Shia ketawa kuat.






Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku