DIRGAHAYU TUANKU
PROLOG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Mei 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
240

Bacaan






PROLOG 


     Alam menyambut kehadiran jalur putih di kaki langit dengan hening sebagaimana istana Melaka meraikan kehadiran tetamu terhormat dari dalam dan luar Melaka. Ketika itu, tak sepatah bicarapun dapat didengari melainkan alunan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan dengan suara perlahan. 


    Sida Utama kelihatan berlarian ke balairong lalu mendapatkan Tun Sailendar. Orang kanan Tun Bija Utama itu diiringi ke kamar Sang Raja. Tak seorangpun dibenarkan memasuki bilik peraduan utama tatkala Tun Sailendar dijemput baginda Raja Iskandar Syah, pemerintah kerajaan Melaka yang pertama supaya mendekatinya. 


     Dalam cemas, Tun Sailendar dekatkan cuping telinga ke mulut Raja Iskandar Syah. Pada hematnya, hayat Sang Raja yang masih berbaki sudah mendekati penghujung. Satu persatu bisikan Raja Iskandar Syah didengari. Tak sedar tangannya mula saling menggenggam erat, menahan kegigilan. Tatkala diangkat tubuh menjauhi Raja Iskandar Syah, wajah Tun Sailendar pucat lesi bagaikan mayat. Amanat terakhir Raja Iskandar Syah kini sudah terpikul dibahunya. Ketika Raja menghembuskan nafasnya yang terakhir, terasa bagaikan riwayat hidupnya juga turut sama tamat. 


    Gong besar Istana dipalu bertalu-talu, membawa tanda telah berakhirnya satu era pemerintahan dan bermulanya tampuk penguasaan yang baru. Seisi istana mula meratapi pemergian Raja mereka yang agung, yang mengabdikan dirinya dalam pencarian sebuah negara yang makmur dan memayungi rakyat jelata dengan daulatnya. Sedangkan di dalam kamar DiRaja, Tun Sailendar masih bersandar lemah di dinding istana dengan kedua tangan memangku kepala.


Lebih kurang 50 tahun kemudian.


Gong Besar Istana dipalu lagi. Seluruh isi istana gempar dengan berita yang baru sahaja diterima. Putera Mahkota sudah mangkat, mengembari orang mengamuk di Kampung Keling. Di atas singgahsana DiRaja, Raja Perempuan Besar Melaka, Raden Galuh Cendera Kirana jatuh terkulai. Manakala Sultan Mansur Syah duduk meratap hiba di atas pemergian anakanda yang paling akrab di hatinya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku