Antara Mawar dan Kaktus
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Mei 2017
Terbitan Mei 2017 #alaf21 #cintaromantika
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
321

Bacaan






DI LUARhospital, jururawat Natasya berlari anak bersama payung berwarna merah jambusedondon dengan baju uniformnya. Hujan yang turun lebat itu sedikit sebanyaktelah membasahi uniform yang dipakai.

Jammenunjukkan 1.30 petang. Dia terus melangkah ke arah lif  untuk naik ke tingkat Wad Mawar. Dia haruscepat, agar sampai 15 minit lebih awal sebelum waktu bertugas pukul 2.00petang. Setelah pintu lif terbuka, jururawat Natasya bersama staf yang lainmelangkah masuk. Angka lif terus bergerak. Jururawat Natasya sentiasa pekadengan perubahan angka lif itu.

“Ting!”Pintu lif terbuka setelah angka empat tertera. Jururawat Natasya melangkahkeluar.

Sebelummelangkah ke dalam wad, jururawat Natasya membaiki tag namanya di depan cerminyang disediakan. Kelihatan tudungnya sedikit senget dan dia terusmemperbetulkan tudung yang dipakainya agar nampak kemas. Cermin itu dipandangdengan senyuman manis. Nafasnya ditarik lalu dihembuskan perlahan-lahan agaraura positif dapat singgah ke dalam jiwanya.

“Selamatbertugas staff nurse (SN) Lisa AmiraNatasya!” Dengan senyuman yang masih menguntum di bibir, Lisa melangkah menujuke Wad Mawar. Langkahnya nampak begitu bersemangat.

Senyumanyang terukir telah memperlihatkan lesung pipit manis dipipinya. Secara tidaklangsung, wajah itu telah mempamerkan kecantikan semula jadi yang dimiliki.Itulah rutin harian Lisa sebaik sahaja masuk bekerja. Cermin itu wajibdipandang setiap kali mahu melangkah masuk ke dalam wad. Bagi Lisa, cara inimampu meningkatkan keyakinan dirinya untuk memulakan tugas pada hari itu.Betullah apa orang kata, senyuman mampu memberikan satu impak semangat yangluar biasa. Segala aura positif dengan serta-merta mampu meresap ke dalam jiwauntuk nampak lebih berkeyakinan.

Tanpa Lisaketahui, setiap hari ada mata yang selalu mengintainya disebalik cermin itu.Senyuman yang Lisa lemparkan pada cermin itu, telah menambat hati seseorang disebalik cermin. Tapi siapa? Lisa tidak mengetahuinya.

 

 

IRFAN memasukikafeteria hospital yang agak lengang daripada orang ramai. Makanan yang dijualsetiap satu diperhatikan Irfan. Sesekali dia melihat telefon pintarnya, bimbangjika mamanya ada menghantar mesej. Setelah melihat makanan yang ada di situ,tiada apa yang berkenang di hati. Perutnya masih terasa kenyang. Irfan berjalanmenuju ke bahagian jualan air lalu Irfan memesan minuman yang diminta PuanElinna dan untuknya dia memesan teh panas.

Dalambeberapa minit sahaja, minuman yang diminta siap dihidang. Bebola mata Irfanmemerhati ke sekeliling mencari tempat duduk yang sesuai. Penjuru kafe yangmenghadap kolam ikan menjadi pilihan Irfan kerana tempat itu tidak dipenuhiorang.

“Bismillahirahmanirrahim.”Minuman di dalam cawan dihirup.

“Hmm...lega rasanya tekak ni...”

Riak airkolam yang agak kacau itu diperhatikan Irfan. Di permukaan kolam, Ikan Koiberenang ke sana ke mari bersama ikan sejenisnya. Semuanya gemuk-gemuk belaka.Terleka sebentar Irfan memandang pergerakan ikan comel itu. Air di atas mejakembali dihirup Irfan. Dia termenung seketika memandang rintik-rintik hujanmenghiasi cermin-cermin kafe yang lut sinar.

FikiranIrfan mula teringatkan peristiwa pagi tadi. Album gambar di dalam telefonpintarnya dibuka.

“Kaulemparkan mi goreng kat kereta aku? Perempuan ni memang berani! Nanti kau, kautak kenal lagi siapa aku. Dahlahbuat macam tu, berani pulak dia tumbuk aku?” Hati Irfan mula terasa panas.

“Mogahujan yang turun dah mencuci kereta aku tu. Terima kasih ya ALLAH,” ujar Irfanmemandang rintik hujan diluar.

Telefonpintar yang berdering mematikan lamunanya seketika.

Terteradi skrin telefon pintarnya perkataan MYMUM.

“Assalamualaikum,ma.”

“Waalaikumussalam.Irfan, papa dah balik ke bilik dah ni.”

“Okey,ma… Irfan pun dah nak habis minum ni.”

“Yalah,jangan lupa limau ais mama tu tau.”

“Ya,ma... Irfan dah belikan ni.”

“OkeylahIrfan... assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Irfansegera menghabiskan baki minuman yang ada. Jam tangan dikerlingnya, sudahmenunjukkan pukul 1.45 petang. Irfan bingkas bangun dan segera mengatur langkah.

Sebaik sahajatiba di bilik Mawar 25, Irfan melihat mama dan papanya sedang rancak berbual.Nampak kebahagiaan di wajah mereka. Hati Irfan begitu senang melihat suasana begitu. 

“Papa,macam mana hari ni? Sihat?” tanya Irfan sambil melemparkan senyuman padapapanya.

“Macam nilahIrfan… tapi hari ni papa rasa lebih baik daripada semalam,” kata Tuan Iskandarsambil menepuk bahu anak terunanya.

Tanpamereka sedari, jururawat Natasya sedang memerhatikan gelagat pesakitnya.

“Ma,Irfan dah belikan limau ais ni. Nah, ni airnya.”

“Oh,terima kasih… nah, ini untuk abang.” Puan Elinna menghulurkan air kepadasuaminya.

“Okeylahmama, Irfan nak ke tandas kejap. Papa, Irfan mintak izin guna tandas kejap ya.”

Setelahitu, Tuan Iskandar terus  minum airminuman kegemaranya itu.

Tok!Tok! Tok!

Kedengaranpintu bilik diketuk. Jururawat cantik mula melangkah masuk ke dalam bilik Mawar25.

“MaafTuan Iskandar, tuan tak dibenarkan minum air sejuk. Nanti batuk Tuan Iskandarlambat pulih. Selain itu, makanan pedas dan berempah jugak tidak dibenarkanmakan buat masa ini. Makanan-makanan ni semuanya akan menggalakkan batuk,”jelas jururawat Natasya dengan nada tegas, tetapi senyuman masih terukir diwajah.

“Eh,suami saya tak ada masalah batuk nurse.Lagipun ni minuman kegemarannya.Saya rasa tak salah kalau dia minum.” Puan Elinna hairan, sejak bila suamiyabatuk? Elok sahaja dia tengok.

“Maaf  puan, tetapi di dalam rekod kami, TuanIskandar akan mengalami batuk yang teruk, terutamanya pada waktu malam. Taksalah untuk minum jus limau ni, tapi seeloknya minumlah air limau suam. Ini kerana, air suamdapat mencairkan kahak dan dapat melegakan batuk yang dialami,” terangjururawat Natasya.

“Yalah…terima kasih ya, nurse.” Puan Elinnatersenyum mesra.

“Kalaumacam tu saya beredar dulu. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh ke kaunterjururawat ya.”

Pintubilik dibuka lalu jururawat Natasya melangkah keluar dari bilik itu.

“Eh,awak ni!” marah Puan Elinna sambil mencubit lengan suaminya.

“Kenapa?”tanya Tuan Iskandar terkejut.

“Kenapatak cakap awak batuk?”

“Habistu, minuman kegemaran saya dah ada depan mata saya. Takkan saya nak tolak,kan?” Tuan Iskandar tersenyum nakal.

“Hmm...kalau macam tu tak bolehlah abang makan gulai kari saya. Mesti jururawat tuterhidu kari saya, kan? Sebab tu dia terus nasihatkan abang supaya tidak makanmakanan pedas dan berempah.”

“Patutlahsaya bau kari... rupa-rupanya awak yang bawa.”

“Ingatkannak makan sama-sama kat sini,” kata Puan Elinna.

“Takapalah... saya berpantang. Bila sembuh nanti saya boleh makan lagi.”

Sementaraitu, jururawat yang bertugas sibuk melakukan tugas masing-masing. Pada masayang sama, kemunculan doktor muda yang segak dengan kot putihnya sedikitsebanyak telah mencuri pandangan jururawat di wad itu. Doktor muda inimengenakan baju kemeja berwarna hijau lumut dan bertali leher hitam. Rambutnyadisikat rapi dengan membuat belahan tepi. Stetoskop dibiarkan berjuntai dibahunya. Senyuman tidak lekang terukir di bibir.

“Selamatpetang, nurse,” sapa Dr. Haikalkepada stafnya.

“Selamatpetang, doktor. Amboi, Doktor Haikal bukan main ceria hari ni,” usik ketuajururawat.

“Ha... ha...ha... biasa-biasa aje. Macam mana pesakit saya petang ni? Ada sebarang masalahtak?”

“Setakatini, tiada pesakit yang semakin teruk masalahnya. Semua pesakit menunjukkanperubahan yang positif. Rawatan hari ni dijalankan sepertimana yang telahdirancangkan.”

“Oh, yadoktor... pesakit bilik Mawar 20 iaitu Encik Fazil bin Mamat bernomborpendaftaran Mw 3421 098 telah dirancangkan untuk menerima dua pint packed red blood cell hari ni. Tetapi apa yang menjadi masalahnya,dia mengalami ketidakserasian dengan bloodtransfusion di mana suhu badannya meningkat secara mendadak dan kami dengansegera telah menghentikan tranfusi darah ini,” jelas ketua jururawat.

“Can I read the report?”

“Sure, doctor.”

Faillaporan pesakit bertukar tangan. Dr. Haikal mula membaca apa yang sudahdicatatkan.

“Baiklah,saya akan ke biliknya sekarang untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.”

Staff nurse Natasya, sila ikut Dr.Haikal untuk membuat rondaan pemeriksaan pada pesakit,” arah ketua jururawat.

“Baiklah,sister.”

Makabermulalah sesi rondaan di dalam wad itu. Semua pesakit ditanya kesihatansemasa dan rancangan rawatan diubah mengikut keperluan rawatan yang diperlukanoleh pesakit.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku