AKU
Bab 5
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Mei 2017
Wajah Rasyid yang terbakar terlayar di hadapan kaca mata Naaila. Dia tidak mahu membunuh lagi. Namun perilaku Ehsan, apa yang telah lelaki itu bisikkan pada mama dan papanya membuatkan dia mahu lelaki tersebut mati. Dia betul-betul benci dengan Ehsan. Naaila mengeluh panjang. "Ya Allah, aku dah cuba. Kenapa aku masih lagi berada ditempat yang sama?" tanya Naaila bersendirian. Hati ini selalu diluka hingga tiada rasa dalam jiwa, untuk aku ketawa gembira seperti dahulu kala. Hati aku ini dipagut rasa kecewa, hingga tiada lansung belas rasa apa dalam jiwa, semua; aku rasa kosong. Dia permainkan semua yang aku ada; segala apa yang aku pernah ada. Naaila menutup buku nota tersebut. Dia bangun dan meletakkan buku nota tersebut ditepi bantalnya. Dia rasa bersyukur kerana dia seorang manusia yang telah dikurniakan bakat dalam bidang penulisan. Dia tidak perlu risau akan sesiapa yang mungkin akan membaca buku nota tersebut. Kata-kata yang dia gubah semuanya berbelit, tidak mungkin hanya akan membuahkan satu maksud. Dia cuba untuk menutup matanya, namun tidak mampu. Wajah Danish bermain-main di dalam mindanya. ~~~~~~~~~~~~~~ "AKU" berkenaan seorang wanita yang bernama Naaila. Dia mengalami depresi yang teruk akibat perbuatan jahat bekas teman lelakinya. Dia cuba untuk mencari agamanya, mengukuhkan tiang hidupya, namun tidak mampu. Dia selalu rasa mati; dia mahu mati. "AKU" bukan kisah cinta biasa. "AKU" kisah duka seorang wanita yang membunuh kerana rasa cinta pada lelaki yang betul-betul menghargai dirinya.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
186

Bacaan






Hari-hari aku bagaikan hari yang tiada nada indah dari dia yang aku..

“Kakak?” panggil Najihah perlahan.

Penulisan Naaila terhenti. Dia menoleh kearah kirinya.

“Kenapa, Jihah?”

“Jihah tengok kakak macam tak ok je?”

“Eh, kakak ok je. Jihah lapar ke?” tanya Naaila perlahan.

Najihah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Dah nak pukul 6 ni. Nanti mama risau. Kita balik ya?”

Naaila tersenyum kearah Najihah. Dia mengangkat punggungnya dan berjalan membuntuti langkah adiknya. Dia mengeluh.

“Kakak ok ke ni?” tanya Najihah lagi sekali.

“Ya, kakak ok.”

**

“Kakak tak ok, Jihah pasti 100 peratus!”

“Lah, kenapa?” tanya Naaila. Fokusnya tidak terganggu.

“Selalunya bila Jihah ikut kakakdatang Port Dickson ni, kakak lain sikit. Harini macam entah. Lagi lain pulak.”

“Lah, apa salahnya kakak jadi laindari yang lain?”

“Bukan tak salah, cuma eeeiii! Kakakni sengaja. Malas Jihah nak cakap.” Rajuk Najihah. Dia memuncungkan bibirnya.

Naaila ketawa perlahan. Tangankirinya mencubit pipi kanan Najihah.

“Ya, kakak dengar ni. Jihah naktanya apa?” tanya Naaila.

“Masalahnya Jihah tak tahu apa yangnak ditanya.”

“Dah tu, marah kakak?”

“Sebab Jihah tak tahu nak tanya apa!”

“Kakak tak faham,” Naaila ketawa.

“Kakak saja je,” rajuk Najihah.

Naaila menyambung tawanya. Diamembiarkan Najihah merajuk buat beberapa ketika.

“Kakak dah lama tak nampak AhmadDanish tu.”

“Oh? Cookie Man? Dia kerja kat Port Dickson ke?”

Najihah duduk menghadap Naaila yangfokus memandu.

“Pakai seat belt tu Jihah. Bahaya.”

Naaila tidak lansung meneruskanceritanya. Dia mengeluh sebelum mengulang sekali lagi arahannya kepada Najihah.

“Macam mana kakak nak cakap eh..”

“Kakak suka dia ke? OH MY GOD!” jerit Najihah tiba-tiba.Matanya dibuntangkan. Kedua-dua belah tangannya mengipas-ngipas dirinyasendiri. “How? Oh my God, oh my God, ohmy God!” sambungnya lagi.

Naaila menyekeh kepala adiknyaperlahan.

“Diamlah.” kata Naaila. Mukanyamemerah.

“Seriuslah kakak? Siapa Ahmad Biskutni?” tanya Najihah dengan nada serius.

“Haihh.. Apa bendalah Jihah ni.”

Naaila menggeleng-gelengkankepalanya perlahan.

“Dia tiba-tiba hilang macam tu je.Kakak je perasan.” luah Naaila perlahan.

“Tak. Jihah rasa mesti ada sebablain. Dia takkanlah buta, nak ignore kakakJihah ni. Cun melecun kot!”

“Kecantikan tu bukan pada parasrupa, Jihah.”

Najihah terdiam. Dia memandangkearah luar. Dia tahu dia harus mengunci mulutnya.

“Tapi, dia berjaya menjentik hatikakak. Tuhan tu tak kejam. Mesti Dia ada planuntuk masa depan kakak.”

“Mengada. Menjentik-menjentik bagai.Bukan main lagi dia,” ejek Naaila.

“Cerita please.”

Well,as you know, nama dia Ahmad Danish. Dia tengah tunggu panggilan kerja untukjadi cikgu. Sementara tu dia jual yong tau foo.”

“Kakak dengar tak apa yang kakakcakap sendiri? Dia tengah tunggu panggilan kerja. Kan? Mungkin dia pergitemuduga ke apa. Kita mana tahu. Kakak tu je yang suka overthinking.”

Naaila tidak memandang kearahadiknya. Dia hanya senyum sendiri.

‘Mungkin,’ detik hati Naaila.

**

Naaila berjalan sendirian  di tepi pantai kegemarannya lewat petangSabtu. Sesekali dia menghentikan langkah kakinya dan memandang jauh kearahlautan yang kelihatan tiada penghujungnya.

‘Naaila!’

Naaila menoleh kebelakang. Diamemejamkan mata dan menggeleng-geleng beberapa kali. Suara tersebut yangacapkali memanggil namanya tidak dapat dia hapuskan. Naaila mengeluh. Diakemudiannya tersenyum sedikit.

“Kalaulah aku dapat jumpa kau lagisekali, aku mintak aje nombor telefon kau, Biskut.”

“Biskut,” bisik Naaila perlahan.

Perilaku Danish sesuai benar dengannama samaran yang telah dia berikan. Sekejap ada, sekejap tiada. Sudah tigaminggu lamanya dia menunggu kedatangan lelaki tersebut. Lori miliknya tiadajuga kelihatan.

“Dia ada masalah ke eh?” tanyaNaaila, masih lagi sendirian.

“Hai,”

Naaila menoleh kearah belakang. Diamengerdipkan matanya beberapa kali.

“Naaila?”

“Oh, awak! Adik Danish?”

Naaila menghulurkan tangan kanannyatanda ingin beramah mesra. Huluran tangannya disambut baik oleh Dariya.

“Saya Dariya. Nabihah Dariya,”

“Saya..”

“Saya tahu. Nur Naaila.” Dariyasenyum.

Naaila hanya memberikan senyumankepada Dariya tanpa ada tanda ingin melanjutkan bicara.

“Selalu datang sini ke?”

“Ya, selalu.”

“Abang kata awak hari-hari datangsini,”

Naaila senyum.

‘Oh,’

“Kalau hari-hari ada masa, sayadatang sini. Cari ilham.”

“Oh..” jawab Dariya pendek.

“Err.. Saya nak tanya sikit. Dah takmeniaga ke?”

Dariya mengerutkan keningnyasedikit.

“Meniaga je. Cuma dah pindah tempat.Kat sana,” tunjuk Dariya.

**

Sulitnya mengaku cinta

Kerana dia selalu leka

Tidak pernah endah dengan kata

Punjangga yang aku tulis sentiasa

 

Walau panjang berjela

Takkan mampu mengungkap segala

Mengapa dirinya aku cinta

Walhal dia menyakiti aku sentiasa

 

Bodohkah aku

Kerana terus membisu

Membiar diri terus sendu

Kerana dia memberi irama pilu?

 

Naaila menutup matanya rapat. Diamasih lagi dapat mendengar suara Dariya dan Khadijah yang menyakitkan hatinyapetang tadi. Dia memukul kepalanya sendiri dengan buku nota yang baru sahajadia coretkan dengan baris-baris kata yang hanya dia fahami isinya.

“Ya Allah, kenapa aku sakit hatisangat ni?!” marah Naaila kepada dirinya sendiri.

Sinar aku sirna, segala wasilah bersama si dia pudar.Adanya dia yang lainnya datang menitip rasa hati aku yang kian gusar. Mengapa,bila aku cuba mencapai, tangan dia dilangit tingginya? Bagaimana aku mahuberlari, jika dia ada disini, tapi melangit tinggi?

Naaila menghela nafas berat. Diacuba untuk menulis rasa hatinya.

Danish..

Lama Naaila memandang kearah tulisantangannya sendiri. Berkali-kali dia tanya pada dirinya mengapa, namun tiadajuga jawapan atau titip-titip petunjuk akan mengapa wajah tersebut bermaindilayar matanya. Dia mengeluh.

Naaila meraup wajahnya perlahan.

“Tidur lagi bagus,”

Tanpa menutup lampu bilik, Naailamenyembamkan mukanya dibantal. Dia cuba tidur, tidak mahu mengingati apa punperihal Ahmad Danish.

**

“Hai, you ni Nala ke?”

“Hi, Naaila.”

Naaila menghulurkan tangan kanannyauntuk berjabat mesra dengan wanita di hadapannya.

“Kenapa nama you macam nama India sikit ye? Macam mamak-mamak pun ada,”

Naaila mengerutkan dahinya.

Really?What’s yours then?

“Khadijah. Panggil I Khatty.”

Naaila mengetap bibirnya. Diamenggigit bibir bawahnya. Dia geram benar mahu ketawa.

“Oh.. Khadijah. Kenapa nama awakmacam kampung-kampung sikit ya?” tanya Naaila bersahaja. Yong tau foo disuapperlahan ke dalam mulutnya. Dia tersenyum dengan mulut penuh.

“Entah. I bukan suka pun nama I ni. Nasib badan.”

Naaila tersedak.

‘Serius ke ni makwe Danish?’ Naailaketawa terbahak-bahak dalam hatinya.

“Kenapa Khatty?” tanya Naaila.

“Nampak modern sikit.”

“Ada apa pada nama yang modern kalau fikiran masih dalam sebuahkotak kedap, ye tak? You should live upto your name, Khadijah.”

“Apa-apa jelah. Kenapa you ni tak pakai tudung ek? Mak bapak you tak bising ke?”

SERIOUSLY?YOU B.. Sabar Naaila. Sabar,’

“Kenapa pun saya tak pakai tudung?”

“Entah, bagi I you macam nak menunjuk sangat yang you ni cantik.”

“Terima kasih puji. Sayangnya sayatak boleh nak puji balik. Sebab saya tahu, saya memang cantik.” jawab Naaila.Dia ketawa kuat.

Yousuka Danish ke?” tanya Khadijah tiba-tiba.

‘Ya Allah bodohnya perempuan ni....’

“Ha?”

Yousuka Danish ke?” tanya Khadijah lagi sekali.

“Awak suka Danish ke?” tanya Naailakembali.

“Mestilah suka. Dia handsome.

Naaila tersedak. Dia terbatuk-batuk.Dariya disebelah dipandang lama.

“Ini ke girlfriend abang awak?” tanya Naaila selamba. Dia sudah tidak dapatmenahan nafsu ingin tahunya lagi.

“Yelah. Kak Dijah ni baik. Mestilahabang suka.”

“Betul ke Ya? Abang kau dah sukaakak?”

Naaila mengangkat keningnya sebelah.

“Dah suka? Sebelum ni tak suka ke?”tanya Naaila. Dia mula bersimpati dengan dua insan terdesak di hadapan matanyasekarang.

“Dia suka. Tapi sebab dia selalutengok awak, dia jadi suka kat aw..” Dariya menutup mulutnya sendiri.

“Oh, jadi abang awak selalu tengoksaya ke? Dia suka saya eh?”

Khadijah sudah buat muka terhegeh-hegeh.Dariya membatukan diri.

“Saya tahu awak tak suka saya,cuma.. jujurlah lain kali ya. Yang memandang tu abang awak. Bukan saya.”

 

Naaila bangun. Dia mahu pergi darisitu. Hatinya meluap-luap.

“Eleh, macamlah bagus sangat,” ejekKhadijah.

Naaila memusingkan badannyamenghadap Khadijah.

Foryour information, Miss Khadijah. I am better than you. In fact, I am betterthan you in many ways. Pakai tudung untuk tutup aurat, bukan untuk tutupotak!” marah Naaila.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku