Kata Bisa
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 25 Mei 2017
Kemana tumpahnya kuah, jikalau tak ke nasi. Begitulah perangai yang diwarisi Shida yang banyak ikut Yusuf walaupun kedua mereka saling tidak setuju dan berselisih pendapat dalam beberapa perkara. Setiap yang keluar dari mulut ibu bapa adalah doa untuk anak-anaknya. Jadi, bagaimana jika yang keluar dari mulut ibu bapa adalah sesuatu yang tidak elok, walaupun tanpa niat? Adakah ianya dikira doa juga? Hubungan keluarga harus dijaga kerana ia tuntutan Islam.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
380

Bacaan






PAKSA


“Saya tak kira. Kalau betul awak nakkan saya, datang juga jumpa ayah, SEGERA dan kita kahwin. Kalau tak, lupakan hubungan kita ni.” kata Shida.


Akibat desakan daripada Shida, Majid menjadi semakin berani untuk pergi ke rumah Yusuf. Dengan hati yang kuat ingin memperisterikan Shida, Majid beranikan diri.


“TAK BOLEH!”


Yusuf menolak mentah-mentah niat Majid itu. Sudahlah tiada adab caranya, kasar pula. Siapa yang ingin bermenantukan lelaki seperti itu, bisik hati Yusuf geram.


Seperti sudah menjangkakan permintaanya ditolak Yusuf, Majid menggunakan cara halus untuk memaksa lelaki itu izinkan.


“Kau jangan ingat aku tak tahu hubungan kau dengan anak kau tu, bukannya baik sangat pun.” Majid memerli. Yusuf sakit hati mendengarnya.


“Kau ingat kau buat macam ni, anak kau tu akan hormat kau lagi sebagai ayah dia?” sambung Majid lagi.


“Cis, tak guna! Kau jangan nak ugut-ugut aku. Aku tau apa yang aku buat untuk anak aku. Kau tak payah sibuk!” marah Yusuf.


“Aku tak ugut. Aku nak kau fikir sendiri. Bila kau buat macam ni, lagi anak kau jauh dari kau. Tapi kalau kau ikut kehendak dia, mana tau, dia akan sayang kau sebagai ayah dia.” Majid cuba ‘brainwashed’kan minda si Yusuf.


“Aku tahu anak aku. Kau tak payah nak ajar aku. Dah, kau balik!” Yusuf menghalau Majid.


Yusuf sedikit tidak gentar dengan ugutan Majid itu. Dia yakin anaknya akan terima kasih kepadanya apabila menyelamatkannya daripada menjadi isteri kepada lelaki tidak beradab itu.


Sudahlah penyebab hubungannya dengan Shida semakin keruh, lagi mahu diugut, fikir Yusuf.


Majid pulang dengan hati yang hampa. Dia cuba  pula menghasut Shida.


“Ayah awak tak terima saya. Dia kata saya dengan awak macam langit dengan bumi. Dia kata lagi yang awak tu anak dia, suka hati dia nak buat apa dengan awak. Macam mana ni?” Majid menghasut. Dia menokok-nambah cerita yang tidak betul bagi membuat hati Shida semakin membenci ayahnya.


Shida yang tidak fikir panjang, membuat keputusan sendiri. Dia ingin menyedarkan ayahnya bahawa bukan setiap yang dilakukan ayahnya adalah betul, semakin geram dengan ayahnya.


“Tak apa, awak tunggu. Saya akan buat sampai ayah setuju.” janji Shida. Shida hanya menggunakan Majid bagi menjayakan rancangannya sahaja. Dia belum sedalam-dalam mencintai lelaki itu.


Akibat cetek akal, Shida merancang sesuatu rancangan yang bakal menjeratkan dirinya sendiri. Bagi memaksa ayahnya untuk bersetuju, Shida telah menghilangkan diri beberapa kali dengan bermalam di luar.


Yusuf yang sudah letih melayan kerenah anaknya itu, berhadapan dengannya dan menyuarakan isi hatinya.


“Kakngah, sudah-sudahlah buat perangai budak-budak. Tolong faham ayah. Ayah buat semua ni demi kebaikan Kakngah.” pinta Yusuf. Shida tidak mahu mendengar. Dia masih dengan pendiriannya mahu mengahwini Majid.


Keputusannya itu telah membuat fikiran Yusuf serabut. Dia sedaya upaya untuk mengawal perasaan marahnya. Dia tidak mahu membuat sesuatu yang bakal membuat hati anak-anaknya membenci dirinya.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku