Teman Wanita
Bab 3
Nur
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2017
Apabila wanita yang dicintai membawa petaka...
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
276

Bacaan






Raraberjalan terus. Di tangannya ada sebatang lilin. Lilin itu dihalakan kesekeliling. Menyuluh di belakang, kiri dan kanan. Dia melihat semak samun yangtebal. Dalam pekat malam itu, pandangannya menangkap satu lorong kecildihadapannya. Laluan yang sedikit lapang berbanding kawasan sekeliling.Rumput-rumput di lorong itupun, kelihatan sudah ranap dan mati. Seperti laluanyang selalu dilalu orang.

"Ayah...Ayah..."Hampir menangis Rara. Ketakutan mula hinggap. Sunyi hutan itu membuatkan diamenggeletar. Hanya wajahnya Pak Jabek bermain di matanya. Hanya ayahnya sajayang dia ingin panggil.

Rarahairan. Mengapa dia berada di sini? Dia bingung. Terpinga-pinga dia sendirian.Kakinya yang tidak berlapik, terasa sejuk memijak rumput dan dedaun kering yangdibasahi embun malam. Getar di badannya kian kuat. Nafasnya sudah berpusu-pusukeluar masuk dengan laju. Kedua tangannya mulai sejuk. Menggigil. Dadanyaterasa sempit dan sesak. Hutan yang mengelilinginya terasa begitu asing.

"Manajalan balik ni? ayah...ayah...Datanglah ambil Rara. Rara takut ni.Ayah..." Rara menjerit lagi.

Srap,Srap.

Jeritannyaterhenti bila mendengar derap kaki seseorang mengheret daun-daun kering. Bunyiitu betul-betul dihadapannya.

"Siapatu? Janganlah main-main. Siapa tu?" Lilin dihalakan ke depan. Dalamsamar-samar cahaya, berdiri seorang gadis membelakanginya.

Raramara setapak. Lilin makin terang menyuluh. Rara nampak gadis tinggi kurus itumemakai baju kurung kain cottonberbunga-bunga kecil. Rambutnya, rambutnya panjang. Terlalu panjang hinggamencecah tanah. Habis daun-daun kering melekat di hujung-hujung rambut kasaritu.

Rasamengundur. Gigil di tubuhnya makin kuat. Dia tahu di hadapannya itu bukanmanusia. Tetapi, dia tidak pula pasti makhluk yang berdiri itu adalah apa.

 

"Rara..."Gadis itu berpaling. Wajahnya sama seperti wajah Rara. Cuma cara diamenyeringai, kelihatan hodoh dan gerun. Giginya tajam-tajam. Hitam. Lidahnyabasah, terjelir panjang.

"YaAllah..." Rara tidak kira. Nampak atau tidak, dia hanya ingin lari. Laridan lari sekuat mungkin. Lilin yang dibawanya terpadam. Dia tetap berlari.Semakin kuat Rara berlari, semakin dia rasa gadis tadi hampir.

Rarahanya ingin keluar dari situ. Kakinya sudah pedih disiat duri dantunggul-tunggul kecil.

Sriappp!

Bajunyadi bahagian bahu terkoyak terkena pokok berduri. Tetapi, laju langkahnya tidakkurang. Lalu ada jemari panjang yang tajam mencengkam belakang Rara. Merobeklapisan bajunya. Kulit dan isinya. Dia terasa sakit. Sakit yang teramat.

"Arghhhh..."Rara menekup dada. Dia segera bangun dari pembaringan. Nafasnya mencungap laju.Dia meraba-raba bahunya yang sakit. Juga belakangnya.

"Apadah jadi ni?" Rara tersentak bila baju yang dipakainya benar-benar carikdi bahagian bahu. Kulitnya pun tercalar. Berdarah sedikit.

"YaAllah...Ya Allah...Allahuakhbar! Allahuakhbar!" Rara menggigil. Segera diameraba-raba rambutnya yang kusut. Ada daun-daun kering yang melekat dirambutnya yang masih diikat.

Raraketakutan. Belum pernah dia mimpi seburuk itu. Belum pernah jugak dia mengigauhingga luka-luka begini. Mungkin kerana dia terlelap tanpa mandi. Baju kurungkain cotton yang dipakai semasaberkerja siang tadi, masih tersarung dibadan.

"Ayah...Ayah..."Rara selak selimut. Entah mengapa, tiba-tiba dia rasa seperti adaberpuluh-puluh manusia yang sedang mengintip dia di dalam bilik itu. Kini diarasa biliknya tak ubah seperti hutan di dalam mimpi tadi. Sungguh, dia hanyamahu berlari jauh-jauh.

 

"Arrghhhh..."Rara terduduk di lantai bila melihat kakinya penuh dengan tanah dan daun-daunkering. Juga ada luka-luka kecil dan calar balar. Kali ini, Rara menangisketakutan. Segera dia berlari ke bilik mandi. Membuka pili shower dan tanpa menanggalkan bajunya. Dia membiarkan badannyabasah. Dia menggosok seluruh badan. Kasar. Dirungkai ikat rambutnya dan diamenggosok kakinya yang penuh dengan tanah. Badannya bergongcang bila esaktangisnya semakin kuat. Mata pula meliar ke sekeliling yang dirasakan sepertiada orang sedang memandangnya. Mengongoi dia sendiri dalam tanda tanya.

Kemudian,dia membuang satu-satu daun kering yang terlekat di hujung rambutnya, dan saatitu Rara terpaku melihat rambutnya yang meleret hingga ke lantai bilik mandi.

"Arghhhhhh..."Dia menjerit nyaring. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku