MAKE ME LOVE YOU
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Mei 2017
MENGISAHKAN tentang seorang penulis yang hidup umpama kisah dalam novelnya, dilema dalam percintaan antara dua lelaki. Follow saya di: Blog : karyapenaputra.blogspot.com Facebook : Pena Putera Happy reading!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
192

Bacaan






BALIK dari makan di luar, jumpa lagi seorang mamat gila. Patut ke aku panggil dia gila bila dia itu ada latar belakang pendidikan sains? Tapi, masalahnya duduk merenung seorang diri dekat luar rumah itu dah kenapa? Elok aku turun dari kereta, dia ambil peluang untuk menegur.


“Baru balik daripada jalan-jalan, ya?” Dia tanya dengan ramah.


“Haah. Kamu ini duduk dekat luar malam-malam ini buat apa?” Kak Lin pun ramah bersembang. Aku nak masuk rumah ini, tetapi nanti Kak Lin mesti tegur aku. Katanya, dengan jiran, kena beradab. Haih… masalahnya dengan mamat ini aku tak boleh beradab.


“Saja nak ambil angin malam. Sejuk. Boleh release tension sekali.”


“Masalah di sekolah?”


“Biasalah, kak. Kalau tak ada masalah, bukan kehidupan namanya.”


“Apa panggil kak pula? Panggil Kak Lin la. Nampak mesra sikit.”


Damien angguk saja. Alahai, cepatlah habis.


“Miya, kenapa macam tak senang berdiri itu? Ada masalah ke?” tanya Damien memandangku. Aku larikan mata ke arah lain.


“Adik Kak Lin ini memang macam ini. Dia kalau dengan orang yang dia tak berapa nak rapat, memang susah sikit nak berbaik.” Kak Lin menjawab sambil tergelak kecil. Bahagian manalah yang kelakar itu?


“Ya ke? Saya ingat kami dah cukup rapat selepas berkenalan antara satu sama lain”


“Kenal tak sampai seminggu, mana boleh kata rapat.” Selamba aku berkata.


“Tetapi kenapa saya pula terasa kita dah rapat?”


“Manalah saya tahu.” Malas aku nak melayan.


“Kami masuk dululah. Karang nanti angin si Miya ini boleh jadi puting-beliung pula. Sebelum itu terjadi, baik Kak Lin bawa dia masuk ke dalam rumah,” ujar Kak Lin memegang lengan aku dan mengheret masuk aku ke dalam rumah. 


Sebelum masuk ke dalam rumah, aku sempat menangkap Damien kelipkan sebelah matanya kepadaku.


Ini dah berapa kali dia buat macam itu pada aku?


Apa maksud kelipan itu sebenarnya? Aku benar-benar tidak faham.


“Cubalah baik sikit dengan Damien itu. Malu Kak Lin dengan perangai kamu itu. Cubalah bawa berubah sikit. Berbaik dengan jiran kita itu, bukan ke lebih bagus?” Kak Lin tegur perangai aku sebentar tadi.


“Miya tak sukalah dia. Tengok muka pun annoying tau.”


“Muka hensem macam itu kamu kata annoying? Kalau kawan Kak Lin dengar, memang dia pulas mulut kamu itu. Muka si Damien itu boleh jadi bahan cuci mata kawan-kawan Kak Lin, tau?”


“Kak Lin tak join sekali?”


“Kak Lin tak minat sangat muka jambu macam itu. Kak Lin minat muka yang macho.”


“Samalah dengan Miya.”


“Budak ini, ada sahaja jawapan dia nak bagi. Tak mahu mengalah!”


“Biasalah. Bukan Miya Dayana la kalau mengalah. Mesti mahu menang!”


Kak Lin mencebik kepadaku sebelum dia meninggalkan aku sendirian di ruang tamu dan berlalu pergi, mahu membersihkan diri. Aku menonton televisyen. Sudah beberapa saluran aku tukar, tetapi tiada rancangan yang menarik. Bosan betul.


Alamak! Aku lupa nak turunkan baju-baju dan stok novel dari kereta Kak Lin. Tudung yang aku tanggalkan tadi aku sarung semula. Aku capai kunci kereta Kak Lin di tempat penyangkut kunci dan keluar dari rumah semula. Aku buka bonet kereta Kak Lin.


“Buat apa itu?”


Terkejut aku. Hampir terlupa yang Damien masih ada di luar. Ingatkan dah masuk ke dalam rumah.


“Buat kerjalah.”


“Macam berat nak angkat. Boleh saya tolong?”


“Tak apa. Saya boleh angkat.” Aku menolak. Selagi ada kudrat, selagi itu aku tak akan menyusahkan orang. Tetapi aku salah, baru satu pusingan aku dah tak larat. Baru angkat satu kotak stok novel aku. Itupun dalamnya ada dua puluh buku saja. Tetapi sebab tebal isinya, jadi beratlah.


Tulis lagi novel tebal-tebal. Hehe.


“Nampak macam perlukan bantuan saja? Betul ke tak nak saya tolong? Saya tengah rajin sekarang ini.”


Rendahkanlah ego kau kali ini, Miya. Orang nak tolong, biar sajalah dia tolong.


“Yalah.” Aku beri keizinan akhirnya. Dia terus datang ke rumah aku dan tolong aku angkat barang. Jadi kuli aku pula malam ini. Bukan aku suruh, tetapi dia sendiri nak tolong. Tak paksa pun.


Akhirnya, selesai juga sesi mengangkat barang. Damien mengelap peluh di dahi dengan lengannya. Kasihan pula aku tengok.


“Terima kasih sebab tolong saya.”


“Sama-sama. Kita hidup berjiran, kenalah tolong-menolong. Betul tak?”


Aku angguk, mengiyakan saja kata-kata Damien ini.


“Dahlah, saya nak balik dulu. Ada kerja saya kena buat. Nak menanda buku latihan tak habis lagi.”


“Pergilah.”


Dia berlalu pergi. Tetapi sebelum dia meninggalkan aku, dia kelip mata kepada aku.


Eh, mamat ini… Memang ada penyakit suka kelip mata ke?




AKU membungkus semua barang yang ingin dipos esok pada hari ini. Lenguh pinggang duduk setengah hari ini. Tak berhenti kerja dari pagi tadi. Lepas tanda tangan novel, kena bungkus pula. Baju yang orang tempah itu tak masukkan lagi dalam bungkusannya.


Jam di dinding aku tenung. Sudah pukul dua belas tengah hari. Patutlah perut rasa semacam saja. Dah sampai masa makan tengah hari.


Aku menuju ke dapur dan membuka pintu peti sejuk. Tak banyak bahan yang tinggal. Alahai, kalau tahu semalam pergi pasaraya dari pergi Pavillion. Sudahlah tiada kudrat nak pergi beli barang dapur. Nak memasak pun malas.


Apa susah?


Order Pizza la!


Selepas membuat pesanan melalui telefon, aku baru teringat kain basuhan di dalam mesin basuh. Kak Lin pesan suruh jemur. Kalau tak jemur sekarang, nak jemur bila? Waktu ini matahari terik lagi. Sesuai sangatlah kalau jemur kain. Baru cepat kering. Tapi, letihlah.


Kerah jugalah sisa tenaga yang ada.


Aku bawa kain basuhan yang dimasukkan ke dalam bakul ke halaman rumah setelah pakai tudung hitam. Buat syarat tutup aurat. Kalau mamat Pakistan lalu dengan karpet dia, nampak rambutku, tak pasal dapat dosa percuma.


“Tengah jemur kain ke itu?”


Aku pandang pemilik suara. Mak Som!


“Eh, Mak Som! Dah balik rupanya. Bila balik sini?” tanyaku sambil ke arah dia. Meninggalkan aktiviti menjemur sekejap.


“Balik sini malam semalam. Dah tengah malam baru sampai. Mungkin kamu tak perasan.”


Aku cuma balas dengan senyuman. Tak tahu nak borak apa.


“Miya, rumah sebelah kamu itu dah ada orang duduk ke? Nampak macam dah berpenghuni aje.”


Aku pandang rumah yang ditunjukkan Mak Som. Rumah Damien rupanya. Aku menganggukkan kepala.


“Haah. Lelaki. Dia kerja cikgu.”


“Ooo… Tinggal seorang?”


“Ya, Mak Som. Bujang lagi.”


“Bahaya itu kalau masih bujang.”


“Kenapa Mak Som? Apa yang bahayanya?”


“Takut dia masuk jarum saja dekat kain kamu.”


Loading… Aku cuba menangkap maksud kata Mak Som.


“Hesy, kamu ini. Itu pun blur. Maksud Mak Som, manalah tahu dia cuba nak mengurat kamu nanti. Hati-hati, ya.”


Ceh, Mak Som ini! Kenakan aku pula.


Elok kami bersembang kosong, penghantar pizza dah bawa pesanan aku. Alahai, kain dah habis jemur lagi, tetapi makanan dah sampai. Perut dah lapar ini. Itulah, sembang lagi tak ingat dunia.


Kena siapkan kerja dululah ini.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku