MAKE ME LOVE YOU
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Mei 2017
MENGISAHKAN tentang seorang penulis yang hidup umpama kisah dalam novelnya, dilema dalam percintaan antara dua lelaki. Follow saya di: Blog : karyapenaputra.blogspot.com Facebook : Pena Putera Happy reading!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
456

Bacaan






Boleh follow saya di Facebook : Pena Putera dan Blog saya, Karya Pena Putera. Thank You. Enjoy Reading!

You think you real cool, you’re not!

You think you real cool, you’re not!

Nae sengagiepun.

Boy, you ain’t cool than me, nah!


AKU tekun menulis sambil dengar lagu Girls’ Generation bertajuk You Think. Konon nak ambil auralah. Biar bersemangat sikit nak tulis. Selesai taip lebih daripada seribu patah perkataan, aku buka blog. Nak publish untuk bacaan orang ramai.


Selesai publish di blog, aku buka Instagram dan kongsi link di sana. Sekali dengan upload gambar yang aku edit tadi. Nak promosikan cerita aku supaya adalah yang sedar karyaku yang tidak seberapa ini sudah ada bab baru.


Tak sampai beberapa minit, sudah ada orang komen. Aku baru nak kongsi link di Facebook pula.


DaMiEn_Damien : As expected, always good! Nak sambungan, please…


Ayat paling akhir sekali paling tak boleh blah. Ingat aku ini ada sepuluh tangan nak menulis lepas itu menulis dan menulis. Sehari satu bab sudahlah. Terlebih emosi pula aku.


“Miya!” laung Kak Lin memanggil namaku. Tak tahulah kenapa dia panggil. Cepat-cepat aku keluar.


“Kenapa, Kak Lin?”


“Kak Lin nak kena gerak dah ini. Outstation. Dalam tiga empat hari, Kak Lin balik sini.”


“Sekali lagi?” Aku macam tak percaya. Kak Lin ini biar betul. Asyik outstation saja kerjanya. Mengalahkan CEO pula. Belakangan ini, aku tengok Kak Lin macam sibuk sangat dengan kerja sampai mengalahkan tugas Perdana Menteri pula.


Aku hantar Kak Lin ke keretanya sambil tolong angkat beg dia. Peliknya, beg Kak Lin betul-betul besar. Macam nak bercuti saja. Kalau mak bercuti, aku nak ikut. Tetapi, Kak Lin bukan nak pergi bercuti. Ingat itu, Miya!


“Miya jaga diri elok-elok. Kak Lin pergi tak lama pun.” Kak Lin peluk aku.


“Yalah, Kak Lin.”


Kak Lin masuk ke dalam perut kereta. Dia mula memandu kereta keluar dari perkarangan halaman rumah dan menghilang di mataku setelah keretanya meluncur pergi jauh.


Nasiblah dapat kakak yang workaholic.


“Kakak awak pergi mana itu?”


Terkejut aku bila disergah dengan soalan itu. Damien rupanya. Lelaki ini memang aku bisukan juga mulut dia itu. Ada saja soalan dia nak tanya. Nak ajak bersembanglah itu.


“Dia kena outstation.”


“Malam-malam ini?”


Aku angguk.


“Awak biar betul Miya? Sekarang ini bukan office hours? Kakak awak kerja apa sebenarnya? Sejak saya pindah sini, ini dah kali kedua dia outstation. Setahu saya, tak sampai seminggu lagi dia ada di sini. Memang kerja dia kena ke luar pejabat saja ke?”


“Kerja pejabat, jadi setiausaha. Biasalah itu… awak tak perlu nak lebih-lebih.”


“Saya ingatkan kakak awak CEO syarikat sampai kerap sangat outstation.”


“Insya-Allah, kalau ada rezeki, bukan CEO, tetapi Presiden terus!”


Damien gelak. Kemudian, dia pandang aku semula.


“Ahad ini awak ada event di bookstore kan?”


Mesti dia stalk Instagram aku ini. Aku ada upload gambar jadual aku di sana hujung minggu ini.


“Ya, kenapa?” Aku tanya balik.


“Nanti saya datang, ya?”


“Tak payah. Orang macam awak tak dialu-alukan pun.”


“Tak baik layan peminat awak macam itu. Kecil hati saya.”


“Awak ada buku saya ke?”


“Kejap.” Damien berlari masuk ke dalam rumahnya. Lama aku tunggu dia keluar semula. Kemudian, dia muncul dengan bakul berisi novel-novel. Aku cuba meneliti dengan jelas. Semakin hampir bakul itu, semakin jelas kelihatan itu adalah novel-novelku. Itu semua tulisanku.


Biar betul mamat ini? Minat baca novel ke?


“Ini semua awak punya ke?”


“Kenapa? Tak percaya? Awak ingat saya tak suka baca novel sebab saya lelaki?”


Aku angguk. Mustahillah. Lelaki seperti dia minat ke baca novel cintan-cintun ini? Kalau novel aku yang macam thriller itu boleh lagilah percaya. Masalahnya, novel aku yang tangkap leleh pun ada sama.


“Cik Dayana… saya baca novel ini sebab saya minat. Minat semua orang tak sama. Saya tetap suka baca komik, saya tetap suka tengok bola… Tetapi, walaupun saya lelaki, tak bermakna saya dilarang untuk baca novel. Tell me, it is wrong for me to read this?”


Aku geleng.


See? Jangan pandang rendah pada orang lagi, Cik Dayana sayang.”


“What? Sayang?”


“Ops! Awak dengarlah pula.” Damien tersengih kerang busuk. Suka tengok aku mendidih ya? Sabar sajalah duhai hati. Dia dah berhabis duit beli semua novel kau. Tersentuh jugalah hati ini.


“Bagi sini. Saya nak tengok.” Aku ambil bakul itu daripada Damien. Aku mengimbas semua novel-novel di dalamnya. Novel yang aku tulis sejak dari zaman universiti dulu dia dah mula kumpul. Tak miss pula itu. Makin tersentuhlah hati ini.


“Awak kumpul ini sejak novel saya yang pertama lagi?”


“Yup!” Dia mengiyakan.


“Apa pendapat awak tentang novel-novel saya?”


“Secara jujurnya, novel awak ini ada banyak masalahnya. Contohnya, klimaks dia itu terlalu tinggi, tetapi bila sampai di peleraian, ambil masa yang lama. Kemudian, pengolahan ayat awak itu kadang-kadang berbeza sampai saya keliru apa maksudnya. Selepas itu, awak ada jalan cerita yang menarik, tetapi tak kemas. Ada saja babak yang annoying. But, overall are good.”


Ya Allah, jujurnya lelaki ini. Anak siapalah yang jujur sangat ini? Sejuk perut mak dia mengandungkan anak macam ini. Kalau anak aku ini, memang aku bersyukur sangat dah ini.


“Awak tahu tak, yang awak ini ada satu sifat yang terpuji,” kataku sambil berpeluk tubuh.


“Apa dia?”


“Jujur. Sangat jujur.”


Hidung Damien mula kembang-kembang. “Mana ada… Biasa-biasa aje.”


“Tetapi, saya harap awak jujur itu bertempat sikit. Takut kalau sifat terlebih jujur awak ini bawa masuk perang, kalah teruk negara kita. Bocor habis rahsia negara kita ini.”


“Apa maksud awak? Kenapa awak cakap macam itu?”


“Kalau dia ini bukan adik aku, memang aku dah lama tampar dia,” bebelku perlahan,


“Apa yang awak cakapkan itu? Awak marah ke sebab saya bagi pendapat saya tadi? Kalau pasal itu, saya betul-betul minta maaf.”


Aku ketawa kuat. “Baru sekarang awak sedar? Baru sekarang? Mana adalah, Damien. Saya tak terasa pun dengan pendapat awak itu. Sebaliknya, pendapat awak itu dah berikan saya impak yang sangat positif.”


“Serius?”


“Ya. Mood saya baru saja down. Tangan saya ini terasa nak tampar orang, Hati saya ini pula… sakit yang amat. Macam terluka sebab kena hiris dengan pisau. Dan, paling positif sekali, saya jadi menyampah tengok muka awak.” Aku senyum sebelum berlalu pergi.


“Dayana, kalau awak terasa, saya betul-betul minta maaf!”


Aku pekakkan telinga. Malas mahu layan.





SELESAI solat Subuh, ada bunyi loceng dari luar rumah. Rasanya itu bunyi loceng rumahku. Aku jenguk di luar tingkap. Tak ada sesiapa. Aku silap dengar mungkin. Aku turun ke dapur untuk bersarapan pula. Tetapi, perut terasa nak makan nasi lemaklah pula. Aku naik semula ke bilik dan bersiap mahu ke warung terdekat untuk beli nasi lemak dengan kuih-muih.


Sewaktu keluar, aku tengok ada surat di peti surat. Bila aku menghampiri, ada bau yang sedap pula. Aku buka, ada sepucuk surat dan nasi lemak dalam plastik. Siapa pula yang hantar ini. Aku pandang kiri . Tak akanlah Mak Som? Toleh kanan pula, tak mungkin Damien. Dia dah gerak pergi sekolah. Keretanya pun dah tak ada.


Aku baca isi surat tersebut.


Maafkan saya pasal semalam. Saya betul-betul tak sengaja.


-Jiran, Peminat, Kawan Istimewa-


Kerja Damienlah ini. Tetapi, kenapa dia tulis kawan istimewa pula? Sejak bila aku isytiharkan kami ini kawan istimewa? Suka hati dia pula anggap kami macam itu. Nasib kau belikan aku nasi lemak, jadi aku tak adalah nak bising sangat pagi-pagi ini.


Hari ini, aku maafkan kau, Damien.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku