MAKE ME LOVE YOU
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Mei 2017
MENGISAHKAN tentang seorang penulis yang hidup umpama kisah dalam novelnya, dilema dalam percintaan antara dua lelaki. Follow saya di: Blog : karyapenaputra.blogspot.com Facebook : Pena Putera Happy reading!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
130

Bacaan






AKU memarkirkan kerta di hadapan Adam Kitchen. Malam ini, aku mengenakan dress labuh berwarna biru bersama tudung bawal satin biru muda. Tona warna pakaianku seakan hamoni dan bersatu malam ini. Kakiku berat untuk melangkah masuk. Aku tak tahu, tindakan yang aku lakukan ini betul atau tidak. Kalau bukan kerana tujuanku yang tersendiri, pasti saja aku tidak jadi ke sini.


Welcome, my dear,” bisik suara lembut seseorang di telingaku. Aku menoleh dan melihat Adam berdiri dengan segaknya. Tuxedo yang dikenakannya kelihatan ekslusif dan amat mahal. Mataku terpesona dengannya.


“Apa tunggu lagi. Marilah masuk,” ajaknya dan dia kini berada di hadapanku, memberikan laluan untuk aku berjalan. Aku mengatur juga langkah biar pun terasa berat. Sehingga kami tiba di sebuah meja yang dihias cantik, Adam menarik kerusi untuk aku duduk.


Walhal, dia tak perlu lakukan sampai begitu sekali. Aku boleh lakukan sendiri. Mengapa perlu bersusah-payah untuk aku? Aku duduk dan kemudian dia duduk di tempatnya. Berhadapan denganku. Semakin berdebar dadaku dibuatnya apablia dia memandang wajahku.


“Awak sediakan semua ini?” Aku melihat makanan yang terhidang di atas meja. Semuanya makanan western. Ada stik, pasta, mushroom soup… Nampak menyelerakan. Nasi mana? Tak nampak pula.


Tekak Melayu betullah aku ini. Mesti cari nasi juga.


“Ya. Istimewa untuk awak.” Dia senyum cantik. Lama aku tidak melihat senyuman itu. Sekali lihat, boleh buatkan hati mana-mana perempuan cecair.


“Boleh saya tanya sesuatu.”


“Sepuluh soalan pun saya akan jawab, Miya. Awak tak perlu minta izin untuk tanya dengan saya,” balasnya. Tetapi, aku rasa kekok pula dengan dia malam ini. Malah, bertambah kekok lagi dengan suasana seperti ini.


“Kenapa awak buat dinner ini nampak macam istimewa sangat. Saya ingatkan kita cuma makan malam dengan biasa saja. Bukan saya nak kata saya tak suka atau hargai apa yang dah buat ini, tetapi apa sebabnya?” Aku beranikan diri bertanya.


“Sebab saya dinner dengan seseorang yang sangat istimewa.”


Aku tak faham. Kenapa dia menganggap aku istimewa? Siapa aku di matanya, hatinya dan fikirannya? Ada sesuatu yang aku tidak tahu tetapi dia cuba menyembunyikannya.


Tell me, why I’m so special?”


You’ll know soon.


Pandai rupanya main tarik tali dengan aku. Ingat tak pandai.


Let’s eat,” katanya sebelum dia mengucap sesuatu pada bibirnya perlahan sebelum makan. Mungkin dia baca bismillah sebelum makan. Waktu ini, aku terkenangkan Damien pula. Dia pasti akan suruh aku baca doa bersama dia. Tiba-tiba aku rindukan momen-momen itu semula.


Ngeh! Memang sah aku betul-betul buang tabiat ini.


Kami bersembang kosong sepanjang acara makan. Sembang pasal hidup masing-masing. Dia tanya aku pasal kerja menulis aku. Aku tanya dia pasal kerja sebagai chef. Kadang-kadang, kami ketawa mendengar kisah lucu. Sedar tak sedar, dah habis makan pun kami masih galak bercerita.


Pada mulanya, bila dia tanya aku sepatah, aku cuba jawab dua patah. Lama-kelamaan, rasa kekok itu mula hilang dibawa angin malam. Adam tahu bagaimana mahu menghilangkannya.


Apa yang aku boleh simpulkan tentang Adam, dia memang seorang yang peramah. Sangat peramah. Tak menang mulut aku nak melayan sembang dengannya. Dalam masa yang sama, aku rasa gembira dengan dia.


“Oh ya. Saya ada sesuatu untuk tunjukkan kepada awak.” Adam bangun dan dia menepuk tangannya. Tiba-tiba, aku melihat sekumpulan orang dengan alat muzik di tangan mereka memasuki restoran dan mendekati meja makan kami. Aku rasa mereka sekumpulan pemuzik. Jadi inilah yang dia maksudkan bukan kami berdua saja yang akan ada di sini.


“Izinkan saya untuk persembahkan awak sesuatu.” Adam berdiri di antara sekumpulan pemuzik itu. Dia memegang mikrofon, seperti mahu menyanyi. Mikrofon itu hidup atau tidak, aku rasa dia tak perlukannya. Aku boleh dengar jelas suaranya.


Adam mula menyanyi sebuah lagi selepas itu.


You make my heart trembling.

Since the first day I met you,

you look shining.

Like a beautiful star.

You so gorgeous, you so kindful.

You make my heart tremblin again.

And I’m sure, this is what people call as love.


Since then, I’m afraid.

Afraid for losing you.

You like my behalf of heart.

If you go away, I can’t live.

You like my oxygen.

Without you, I can’t live.


And before it’s happen,

I really want to know something.


Dia melutut di hadapanku. Aku terkedu melihat dia begitu.


Will you be mine?


Dia menghabiskan nyanyiannya. Dan aku rasa itu adalah soalan untuk aku. Dia mengeluarkan satu kotak merah yang kecil dan membukanya. Ada sebentuk cincin berlian di dalamnya.


“Kalau jawapan awak ya, ambilah cincin ini,” arahnya yang kelihatan mengharap benar aku menjawab ya. Tetapi, ini sudah tidak betul. Ini sepatutnya tidak berlaku.


“Tetapi kenapa saya?”


“Sebab saya dah jumpa separuh hati saya.”


“Kita baru kenal.”


“Cinta tak memerlukan masa yang lama untuk dipupuk.”


“Tetapi, awak dah ada…”


“Meera? My girlfriend?”


Aku angguk. Aku sudah lupa namanya kerana sering sangat mengelarkan dia perempuan bedak tebal. Haha… Okay, sekarang bukan masa untuk ketawa. Ini masa untuk serius.


“Tetapi, ini tak betul. Awak ada Meera, dan saya tak nak jadi penghalang cinta awak berdua. Saya tak mahu!” Aku menolak dengan alasanku tersendiri.


“Saya tak bahagia dengan dia. Dia itu cuma pilihan keluarga saya. Ibu saya yang aturkan pertemuan kami. Tetapi, saya tetap tak boleh cintakan dia. Saya tak boleh walaupun saya dah cuba.”


“Tetapi, ini tetap salah.” Aku masih berkeras mahu menolak.


“Kalau ini salah, saya akan betulkan. Saya akan jumpa keluarga saya dan beritahu saya dah ada pilihan hati. And then, we will married and living peacefully together. Tiada siapa boleh halang saya lagi.”


Sejauh itu dia berfikir? Padahal, kami baru sahaja berjumpa dan berkenalan pun tidak sampai menyelami hati masing-masing lagi, tetapi dia sudah fikir tentang perkahwinan kami?


“Adam, saya rasa ada sesuatu yang perlu awak tahu. Tentang diri saya. Dan mungkin juga diri awak.”


“Apa dia?”


Aku mengeluh halus sebelum menatap wajah Adam yang beriak sedikit kecewa. Aku tahu, dia kecewa dengan penolakanku, tetapi apakan daya, aku tidak mahu menjadi orang ketiga dalam percintaan dia dan Meera, walaupun tidak bersulamkan cinta.


Bagiku, orang ketiga dalam percintaan itu adalah peruntuh mahligai.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku