MAKE ME LOVE YOU
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Mei 2017
MENGISAHKAN tentang seorang penulis yang hidup umpama kisah dalam novelnya, dilema dalam percintaan antara dua lelaki. Follow saya di: Blog : karyapenaputra.blogspot.com Facebook : Pena Putera Happy reading!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
142

Bacaan






AKU sudah tekad. Kali ini, aku akan bawa Adam berjumpa dengan keluarga arwah Zahin. Aku mahu perkenalkan dia kepada mereka. Dia perlu tahu tentang diri aku dan juga kisah silamku. Mungkin tiada kena-mengena ketika ini, tetapi kalau memang Adam dan Zahin adalah kembar, pastinya ada kena-mengena di akhirnya.


Adam menjemputku di rumah. Dia ingin aku bersama-sama dengannya. Dia masih tidak tahu rancanganku hari ini. Aku menyembunyikan rancangan ini dari pengetahuanku.


Sejujurnya, aku tidak dapat bayangkan reaksi lelaki itu jika mengetahui perkara ini. Aku yakin, dia akan terkejut mengetahuinya. Namun, apa tindak balasnya? Adakah dia cuba mengambil langkah seterusnya atau hanya berhenti di situ saja.


Ini kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegini.


Aku tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya nanti.


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hamba-Mu hari ini.


Sepanjang perjalanan, kami tak banyak bercakap. Kalau bercakap pun, pasal arah jalan sahaja. Aku dapat merasakan Adam masih kecewa dengan jawapanku semalam. Makanya, dia merajuk hari ini. Tetapi, aku tidak punya kuasa untuk memujuk dia masa ini.


Sehingga kami tiba di Meru, aku menunjukkan jalan ke rumah keluarga arwah. Sehingga kami tiba di kawasan perkampungan, wajah Adam kelihatan seperti tertanya-tanya, tetapi tidak pula dia bertanya kepadaku.


Lelaki kalau merajuk, orang kata pujuknya senang.


Tetapi, yang senang itulah padaku amat susah.


Dah, kalau nak memujuknya hanya ada satu cara dan caranya itu, memang susahlah!


Sampai di tempat yang dituju, Adam memberhentikan Proton Preve miliknya. Kami sama-sama turun dari kereta. Dia memandang aku.


“Kita di mana ini?” Akhirnya dia tanya juga.


Aku tidak menjawab, sebaliknya melangkah ke sebuah rumah teres setingkat. Dia juga mengikut.


“Assalamualaikum!” ucapku memberi salam. Adam pula seperti cacing kepanasan, mengipas dirinya dengan tangan. Dia memerhati kawasan sekitarnya. Seperti tidak selesa pula.


“Waalaikumusalam. Eh, Miya!” Mak Cik Hanum, ibu arwah Zahin kelihatan gembira bila memandangku. Dia menghampiri aku dan membuka pintu pagar. Kemudian, dia seperti terkejut melihat rakan yang aku bawa bersama di sisiku. Kulihat, Adam hanya berlagak tenang dan hanya tersenyum.


Tetapi, yang jelas Mak Cik Hanum tidak berasa seperti itu.


“Ya Allah!” Mak Cik Hanum terus memeluk Adam. Matanya mula bercucuran dengan air mata. Aku dapat mengerti perasaan Mak Cik Hanum ketika ini.


Adam pula kulihat, seakan tidak mengerti.



ALBUM-ALBUM lama yang mengandungi gambar arwah Zahin ditunjukkan kepada Adam. Beriya-iya Mak Cik Hanum membawanya keluar. Semata-mata mahu membuktikan lelaki itu adalah Zahin. Walaupun sudah beberapa kali Adam menafikannya. Aku yang melihat, berasa sebak pula.


Mak Cik Hanum seperti gembira sahaja apabila bertemu dengan Adam. Padahal, wanita itu tahu yang di depannya, jelas buka Zahin. Dia sendiri yang menatap wajah arwah Zahin buat kali terakhir. Tidak mungkin dia sudah lupa.


“Apa ini?” Adam tampak terkejut melihat gambar-gambar yang tertekap di dalam album ini.


“Ini gambar kamulah, Zahin. Tak akan kamu dah lupa?” Mak Cik Hanum pula masih mahu meyakinkan Adam yang lelaki itu sebenarnya Zahin. Makin bertambah sebak dibuatnya aku melihat.


“Tak. Ini bukan saya. Saya tak ingat pun tentang gambar-gambar ini dan saya pasti bukan saya dalam gambar ini. Saya tahu ini bukan saya.” Adam memandangku tajam. Gerun aku melihat wajahnya yang ketat itu. “Apa semua ini, Miya?”


Aku menghampiri Mak Cik Hanum.


“Mak cik, sudahlah itu. Dia bukan Zahin. Mak Cik Hanum dah lupa ke Zahin dah lama tak ada?”


Mak Cik Hanum memandangku serius.


“Habis itu, kalau dia bukan Zahin? Habis dia ini siapa? Miya, cuba kamu tengok muka dia ini. Ini Zahin, Miya. Mak cik tak silap dah.”


“Tak, dia bukan Zahin. Percayalah kata Miya. Dia bukan Zahin.”


Lama Mak Cik Hanum diam. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Adam juga sama. Adam seperti tidak dapat menghadam dengan jelas apa yang berlaku kini.


“Kalau macam itu, siapa lelaki ini? Kenapa wajah dia mirip dengan Zahin? Kenapa kamu bawa dia ke sini, Miya? Apa tujuan kamu sebenarnya?” Bertubi-tubi soalan yang Mak Cik Hanum tanya.


“Miya nak buat ujian DNA. Antara mak cik dengan Adam.”


What are you talking about, Miya? Are you lost your mind?”


“Saya nak buktikan sesuatu, Adam. Saya nak semua ini mempunyai penjelasannya. Saya tak mahu hidup dalam misteri awak dan Zahin. Please let me do it.”


“Berhenti mengarut, Miya. Saya nak balik sekarang!” Adam mula meninggalkan aku dan dia melangkah keluar dari rumah menuju ke keretanya.


“Adam!” Adam tidak menoleh kepadaku.


“Mak cik, Miya balik dulu. Nanti Miya datang balik.”


“Miya! Miya!”


Maafkan, Miya. Buat masa ini, keadaan tak mengizinkan. Tetapi, Miya tetap akan memperjuangkan ini. Miya akan mencari penjelasan di sebalik apa yang berlaku ini, mak cik. Demi mak cik dan juga demi arwah Zahin.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku