Dia, Like The First Snow
Teaser7
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Jun 2017
Terima kasih kerana membaca karya saya. Menulis bukan saja minat. Tetapi, ia satu kerjaya
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
521

Bacaan






Teaser Bab 07


Riyyan senyum manis. Dia kembali berdiri tegak seperti tadi sambil menghela nafas panjang. Hara pula sudah merah padam akibat perasaan malu terhadap tindakkan mengejut Riyyan. Belum pernah seseorang memandangnya dalam jarak dekat seperti itu.

“Kenapalah saya terima keputusan umi saya keluar dengan awak” rungut Riyyan.

“Kan… saya pun tak faham” balas Hara mengangguk.

Riyyan pandang Hara lagi. Wajah naif Hara buat dia senyum untuk yang kesekian kali.

“Tapikan Riyyam…”

“Tapi apa?” soal Riyyan. Mula mengatur langkah menuju ke arah kereta.

“Kalaulah dekat dunia ni cuma ada saya seorang dan awak kena pilih antara mati atau kahwin dengan saya. Awak akan pilih apa?”

Pertanyaan itu tidak Riyyan jawab serta merta. Otaknya mula menganalisis sebab dan akibat yang akan dia dapat jika memilih mati atau berkahwin dengan gadis cheer leading yang sukar untuk dilramal fikiranya.

“Hey, cepatlah jawab” desak Hara. Dia sebenarnya sudah bersedia dengan perakam. Harap-haraplah kali ini rancanganya berjaya. Tolonglah Riyyan bagi jawapan yang aku harapkan. Walaupun jawapan tu agak menyakitkan. Tapi buat masa ini itulah jawapan yang mampu selamatkan dia dari terus bertemu dengan Riyyan.

“Saya rela mati dari kahwin dengan awak” jawab Riyyan.

Yes1 akhirnya! Laung hati Hara. Jawapan inilah yang dia mahu dengar. Tapi, di depan Riyyan dia berpura-pura sedih. Nak tunjuk bakat lakonanlah tu.

“Kenapa? Saya ni teruk sangat ke?” soal Hara.

“Ya, awak seorang perempuan paling teruk yang saya pernah kenal di dunia. Saya bencikan awak dan kalau boleh saya tak nak tengok muka awak lagi. Awak cuma susahkan hidup saya. Lagi satu, awak tanyakan kenapa saya benci awak? Sekarang saya dah ada jawapan. Jawapan saya mudah sebab awak ni perempuan yang...’ Riyyan diam seketika.

Hara hanya menanti dengan penuh debaran. Dia tidak tahu kenapa kata-kata itu buatkan hatinya terluka seperti ditusuk sembilu. Perlahan-lahan senyuman yang terukir dibibir mati bagai ditelan ganasnya ombak Tsunami.

“Yang apa?” soal Hara.

“Yang tak tahu jaga maruah diri. Awak menari dengan kawan-kawan awak dari kelab cheer leading terkangkang sana, terkangkang sini. Lelaki tolong angkat naik atas. Hey, tak ada lelaki suka perempuan macam tu”

Jawapan terpeinci yang keluar dari mulut Riyyan buatkan Hara tunduk membisu. Benarkah ini yang dia mahu dari Riyyan? Macam mana agaknya perasaan Datin Shida bila dengar semua ni nanti? Pasti dia dihalau dari rumah. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 01 | Bab 02 | Bab 03 | Bab 04 | Bab 05 | Bab 06 | Teaser7 | Bab 07 | Bab 08 | Bab 09 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku