Dia, Like The First Snow
Bab 17
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Jun 2017
Terima kasih kerana membaca karya saya. Menulis bukan saja minat. Tetapi, ia satu kerjaya
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
229

Bacaan






ASSALAMUALAIKUM Abang Aydil, Hara dah sampai”

Aydil yang sedang sibuk menyusun roti dalam bekas beralas daun pisang dekat atas meja tercengang melihat Hara berdiri betul-betul dihadapanya. Hara bongokkan tubuh sebagai tanda sapaan. Nak ikut gaya orang Korea katanya. 

Namun, reaksi Aydil tidak seperti yang dia harapkan. Wajah lelaki yang dia panggil dengan panggilan ‘abang’ diluar waktu kerja dan ‘bos’ pada waktu bekerja kelihatan tidak mengalu-alukan kedetangan di situ.

“Hara buat apa dekat sini?” soal Aydil hairan.

“Uh? Buat apa?’ Hara menggaru-garu leher sambil memikirkan apa sebenarnya yang berlaku sekarang.

 Dia benar-benar tidak menjangka pertanyaan itu yang keluar dari mulut Aydil. Biar betul Ayda ni? Dia kata bos panggil aku kerja parttime dekat sini. Tapi, kenapa Abang Aydil pelik nampak aku datang sini?  Persoalan itu mula mengusut dimindanya. Mata tidak berganjak dari terus memerhati Aydil.  

“Abang tanya Hara, Hara buat apa dekat sini? Hara dah lupa ke apa yang…” Aydil terdiam. Nafas dia tarik dalam-dalam lalu melarikan pandangan ke tempat lain. Dia tidak sanggu memandang gadis yang kelihatan baik. Tapi, berhati busuk.

Hara tunduk. Aydil ternyata masih belum dapat lupakan kejadian itu. Tapi, Ayda ada kata kalau Aydil sudah bertemu dengan pencuri sebenar. Tapi, kenapa lelaki yang kelihatan serius itu masih menyalahkan Hara? Hara genggam tangan sambil ketap bibir. Dia perlu berfikiran positif dan menganggap ini mungkin satu gurauan Aydil untuk mengusik Hara.

Aydil pandang Hara yang sedang membisu. Apa agaknya yang bermain dalam minda gadis itu. Mustahil dia datang sini untuk pinjam duit atau nak makan roti percuma.teka Aydil dalam hatinya.  

“Maafkan Hara.Tapi Hara memang tak lakukan kesalahan tu” kata Hara tetap mempertahankan dirinya.

Aydil pandang Hara. Ada kejujuran pada air muka gadis itu. Tapi, entah kenapa hatinya terasa berat untuk mempercayai Hara.

“Tapi, tak apalah kalau abang tak percayakan Hara. Hara datang ni sebab rindu nak makan roti dekat kedai ni” sambung Hara. Dia mengukirkan senyuman untuk melegakan diri sendiri.  

“Kalau macam tu pergilah pilih roti apa nak makan. Kejap lagi abang buat karamel makiato untuk Hara” balas Aydil.

Mendengar saja kata-kata Aydil, Hara sekali lagi bongkokkan tubuh lalu mula bergerak memilih roti dan donat kegemarannya. Aydil masih lagi sibuk menyiapkan kerja menyusun roti. Sekali lagi mata meliar ke segenap ruang kafe cuba mencari Ayda yang katanya ada di kafe selepas pukul empat petang. Tapi, ini dah pukul lima dia tak datang-datang lagi.

“Tak guna dia main-mainkan aku ke?” Hara ketap bibir dengan geram.  

Selepas mengambil beberapa ketul donat, Hara bergerak ke arah bulat yang ada di tengah-tengah kafe. Pelbagai jenis roti dipamerkan di sini buatkan dia jadi semakin rambang mata. Kalau ikutkan hati rasa mahu beli semua.  Tapi, masih ada perkara penting yang perlu dia selesaikan.  

“Betul ke Abang Aydil tak tahu yang Ayda mesej aku kata dia nak ambil aku semula bekerja di kafe?” Hatinya bertambah sangsi bila Aydil melayannya agak dingin. Kalau betul lelaki itu mahu mengambilnya bekerja sudah pasti dia akan mengalu-alukan kedatangan Hara. Tapi, Hara merasakan yang sebaliknya.

It’s okay Hara, don’t think negative. Just positive. Yes, Anggap aje Abang Aydil bergurau. Bisik hatinya terus berjalan menuju ke kaunter.

“Abang Aydil sihat?” soalnya meletakkan pinggan berisi roti dan donat di atas meja.  

Aydil pandang Hara. “Alhamdulillah abang sihat aje. Hara macam mana? Ingatkan dah tak berani tunjuk muka dekat kafe abang lagi”  

 Sekali lagi kata-kata lelaki itu membuatkan dia diam seribu bahasa. Aydil seolah-olah cuba memerli Hara atas kejadian yang menimpa kafe semester lepas. Sudah berulang kali dia mengatakan dirinya tidak bersalah. Tapi, tidak ada sesiapa mahu mempercayainya.

“Abang janganlah perli Hara macam tu. Sedih tahu tak” balas Hara. Dia tetap mengukirkan senyuman. Meskipun hatinya terluka.

“Perli?” soal Aydil lalu ketawa kecil. 

“Yelah perli. Oh ya,. Hara tak sabar nak mula kerja ni. Bila Hara boleh mula kerja bang?”  soal Hara lagi. Kali ini dia sengaja memberikan sedikit petunjuk kepada Aydil tentang tujuannya berada di kafe yang sudah lama tidak dia kunjungi itu.

“Kerja? Hara dah dapat kerja part time baru ke?” tanya Aydil hairan, kenapa pula dia nak bagi tahu aku kalau dia dapat kerja baru? Getusnya dalam hati.

“Uh?” Hara diam seketika. Dia mula yakin ada sesuatu yang aneh sedang berlaku.

“Err… Oh Hara dah dapat kerja parttime” sambung Hara tersenyum.

 Aydil menghulurkan karamel makiato yang telah siap kepada Hara.

“Terima kasih Abang Aydil. Ini duit” diam menghulurkan wang sebanyak 10 won.

 Sementara Aydil sedang sibuk mengira berapa jumlah semua roti dan minuman yang dibeli oleh Hara. Dia berharap Aydil akan ukirkan senyuman dan ucapkan selamat kembali ke kafe dan kamu tidak bersalah dalam kejadian tu. Namun, Aydil hanya membisu ketika memberikan wang baki kepada Hara.

Tak boleh jadi ni aku kena tamatkan sendiri permainan yang Abang aydil dengan Ayda buat. Aku tak boleh tunggu sampai diorang sendiri cakap Welcome back Sahara Irdeena. Hati Hara berbisik. Dia sudah tidak sanggup menahan rasa gemuruh hati dengan sikap dingin Aydil yang seakan-akan tidak mahu melihat wajahnya.

“Kenapa?” soal Aydil melihat  dia masih lagi tercegat di depan kaunter.

“Err.. Abang bila Hara boleh mula kerja?” soalnya tersenyum-senyum memandang  Aydil sambil kedua-dua tangan dilekapkan pada pipi. Nak buat aegyo atau muka comellah tu.

“Kerja? Apa maksud Hara?” Aydil memandangnya dengan wajah kosong.

“Yelah kerja dekat kafe ni. Kan Abang yang suruh Ayda mesej Hara supaya masuk  kerja balik” dengan selmaba dia memberitahu Aydil tentang mesej yang dihantar oleh Ayda kepadanya. 

Namun, respon yang ditunjukkan oleh Aydil jauh berbeza dariapda yang dia harapkan.  Aydil mengertukan dahi sambil mata tidak berganjak dari memandang Hara. Apa pula maksud pandangan tu? Ni yang buat aku nervous ni. .  

“Abang tak ada kata Hara boleh kerja balik dekat sini” jawabnya dengan serius.

“Apa? Tapi, semalam Ayda ada hantar mesej kata…”

 Belum sempat Hara bertanya tentang mesej yang dihantar oleh Ayda. Ayda datang bersama Erika ke kafe. Kehadiran Hara disitu jelas mengejutkan Ayda. Dia berjalan masuk ke kaunter lalu berdiri di sebelah Aydil. Sementara itu, Erika berdiri di kanan Hara. Ada segaris senyuman sinis terukir dibibir gadis yang dia anggap gila itu.

Apa pula Erika buat dekat sini? Ish, tak sedap hatilah pula. Hara terus melarikan pandangan pada Ayda dan Aydil.

“Apa yang kau buat dekat sini Hara?” soal Ayda dengan wajah kosong.

“Uh? Aku datang nak kerjalah. Abang Aydil dengan Ayda janganlah bergurau macam ni. suspen tahu tak” jari telunjuk dia halakan pada Aydil dan Ayda sambil tersenyum-senyum.

“Abang tak bergurau.. Kalau Hara dah selesai you can leave now” jawab Aydil dengan serius. Dia

Hara tercengang mendengar kata-kata Aydil. Bagai mimpi dia dihalau untuk kali kedua dari kafe itu oleh orang yang sama. Tapi, dia masih menganggap ini adalah gurauan terakhir sebelum mereka ucapkan selamat kembali bekerja padanya. Tak apa Hara, kau sabar layan aje permainan diorang ni.

Dia tersenyum lalu mengambil apron yang ada di atas meja. ‘Abang dengan Ayda janganlah berguarau macam ni. Semalam Ayda mesej Hara kata abang panggil Hara kerja semula” dengan yakin dia mengucapkan kata-kata itu.

Namun, pantas juga Ayda menafikan kata-kata Hara. Dia tidak menghantar apa-apa mesej kepadanya apatah lagi mesej yang mahu dia kembali bekerja di kafe. Itu mustahil kerana dia sendiri tidak suka melihat wajah Hara berada di situ.

“Jadi mesej yang semalam tu…”

“Apa yang kau merepek ni? Aku tak ada hantar apa-apa mesej pun dengan kau semalam. Kau mimpi kut?” nafi Ayda lagi. Sempat juga mata dia jelingkan pada Aydil yang hanya jadi pemerhati.

Hara tersenyum pahit. Sekarang dia sedar semua ini cuma satu permainan Ayda dan Erika untuk malukan dia. Tak sangka aku ni bodoh. Boleh pula aku percaya apa yang dia hantar semalam.

“Perempuan tak tahu malu” gumam Erika sinis memandang Hara.

Hara pandang Erika dengan penuh rasa kebencian. Kalaulah hanya mereka berdua di sini tentu dia sudah berikan pengajaran terhadap sikap biadap mulut perempuan yang nampak saja cantik dari luaran. Tapi, dia sebenarnya talam dua muka.

 “Rasanya saya mengigau dapat mesej dari Ayda. Tak apalah saya pergi dulu” Hara tundukkan sedikit kepala lalu mengambil roti dan minuman yang dia beli tadi.   

Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang melangkah keluar meninggalkan kafe dengan perasaan yang bercampur baur. Sekarang baru dia sedar kejadian ni bukanlah satu permainan untuk menyambut kedatanganku. Tapi, ini adalah permainan yang dicpta oleh Ayda untuk malukan dia di depan Aydil.  

“Diorang memang sengaja nak kenakan aku dan Abang Aydil nampaknya masih anggap aku perncuri tu” keluh Hara. Dia benar-benar kecewa dengan dirinya sendiri yang begitu bodoh kerana mempercayai orang yang tidak pernah mempercayainya.

 Dia terus berjalan meninggalkan kafe dengan perasaan yang bercampur baur. Tidak disangka dunia begitu kejam terhadap dirinya atau mungkin kerana dia tidak pernah cuba melawan dan berpura-prura kuat dihadapan semua orang, Allah mahu mengujia tahap kesabaranya.

“It’s okay, aku akan terus sabar selagi aku mampu. Tapi, kalau sabar aku hilang…”

“Sahara Irdeena!” panggil seseorang dari belakang.

Belum pun sempat dia menghabiskan kata-katanya kedengaran suara Erika memekik-memik memanggil namanya berulang-ulang kali.

“Huh! Apa pulak minah ni nak? Aku dahlah tak ada mood sekarang” keluhnya. Nafas dia tarik dalam-dalam bersedia untuk berhadapan dengan wanita gila itu untuk kali keberapa entah. Dia sendiri pun dah lupa.

“Hey perempuan, kau dengar ke tak aku panggil kau” Erika pantas mencapai pergelangan tangan Hara.  

Hara pusingkan tubuh ke belakang. Berhadapan dengan Erika.. “Kau nak apa?” soalnya dingin.

Erika mengukirkan senyuman lalu ketawa kecil. “Apa kau rasa sekarang? Mesti kau malukan? Tetamu… yang tak diundang” ujarnya agak sinis.

“Apa maksud kau?” mata Hara tidak menikam tepat ke wajah Erika.

.“Kau rasa betul ke Ayda yang hantar mesej tu dengan kau?” bisiknya. Dia rapatkan bibir ketiga Hara lalu ketawa.  

“Huh!” Hara menggeleng. Terasa seperti hendak ketawa dri sendiri kerana begitu bodoh mempercayai kata-kata Ayda dalam mesej yang disangkanya benar.

 “Oh, maknanya orang yang hantar mesej tu kau? bukan Ayda? Oh! Wait, atau kau dengan Ayda bekerjssama untuk malukan aku?” tekanya dengan yakin.

Wow! tak sangka kau ni memang brilliant. Bijak! Betullah tu memang aku yang rancang semuanya. So, apa kau rasa sekarang? Aku akan pastikan tak ada seorang pun percaya dengan kau lepas ni”

Hara hanya mampu ketawa mendengar pertanyaan Erika. Apa yang dia rasakan sekarang hanyalah rasa benci terhadap Erika dan Ayda. Buntang mata meliar memerhati kawasan sekeliling . Kalaulah mereka tidak berada di khalayak ramai sekarang. Mungkin dia akan tarik rambut Erika dan minta supaya wanita gila itu melutut memohon ampun didepanya.

“Wah! Tak sangka ada manusia yang menakutkan macam kau dekat dunia ni” kata Hara sambil ketawa. 

“Tahniah, aku suka permainan kau. Terbaik” kedua-dua ibu jari tangan dia angkat lalu menepuk lembut lengan Erika. Seumur hidupnya Erika adalah antara manusia yang selalu berikan dia kenangan yang sukar untuk dia lupakan.

Don’t touch me” Erika menepis tanganya dengan kasar.

Opps! sorry tak sengaja. Aku harap kau pun jangan berani-berani nak sentuh aku sebab kau belum kenal aku siapa” selamba saja jawapan itu diberikan olehnya sambil tersenyum pusa.

Dapat dia lihat Erika mula cuak dengan setiap ayat yang keluar dari mulutnya. Erika menghela nafas panjang mungkin cuba menahan rasa marah yang sudah membuak-buak. Tapi, apabila memikirkan Aydil sedang memerhati kami dari dalam kafe dia cepat-cepat tersenyum lalu mendakap Hara dengan mesra.

“Hey! Kau buat apa ni” Hara cuba melepaskan diri dari pelukkan yang tidak dijemput itu.

“Aku akan lakukan apa aje supaya nampak macam malaikat depan orang lain. Huh!” jawab Erika. Menepuk-nepuk belakang Hara sambil tersenyum. Tak kisahlah apa yang Aydil  sedang fikirkan apabila melihat adegan ini kerana yang penting dia kelihatan seperti seorang perempuan yang naif.

 “Malaikat? Kau jangan nak buat aku ketawa” balas Hara ketawa. Nampaknya perempuan  yang ada di depannya ini benar-benar telah hilang kewarasan minda..

Tubuh Erika dia tolak ke belakang. Menjarakkan diri antara mereka. Dia tidak kisah langsung jika Aydil melihat kejadian ini kerana pada Aydil, Hara bukanlah seorang gadis yang baik.

“Kau nak jadi malaikat depan mata semua orang. Tapi, kau kena ingat Riyyan Mikail tak akan pernah percayakan kau. Never ever” sambung Hara sinis.

“Huh! Kau pergi aku? Tapi, kau pun kena ingat satu perkara yang Riyyan Mikail tu milik aku. Kau takkan dapat dia” balas Erika.

So what? soal Hara.

“So what? So, tolong jauhkan diri kau dari suami aku. Jangan perasan sangat dia tu ada hati dengan perempuan cheer leading tak ada maruah macam kau ni” balas Erika menuding jari tepat ke wajah Hara.

Do I care?  Eh, daripada kau asyik nak aku jauhkan diri daripada Riyyan. Baik kau bawa rombongan masuk meminang dia. Kan lebih baik? Tak payahlah kau risau sangat dia mengorat aku” dia membalas dengan sinis.   

Oh my god! kau tengah sindir aku ke?” soalnya kedua-dua tangan digenggam erat.

“Macam aku katalah siapa makan cili dia terasa pedas. Assalamualaikum” balas Hara berpaling membelanginya. Boleh naik pitam mata melayan kerenah gila Erika. Lebih baik dia pergi makan donat dan roti dekat tepi sungai Han.

Namun belum pun sempat dia megnautr langkah mahu beredar dari situ. Sekali lagi Erika pantas menarik tanganya. Hara berpaling semula memandang Hara sambil ketap bibir. Apa lagi yang perempuan ini mahukan darinya? Kesabaranya kian menipis disebabkan sikap Erika.

“Kau nak apa…” Hara terdiam. Matanya tidak berkelip memandang senyuman manis terukir dibibir Erika. 

 “Awak janganlah ambil hati dengan Abang Aidil dan Ayda tu ya. Saya akan tolong jeaskan dengan Abang Aydil nanti. Hati-hati nak bas. Jumpa dekat kolej nanti” ujarnya tersenyum mesra.

Dia tercengang melihat perubahan mendakak dalam diri Erika. Lakonanya benar-benar membuatkan Hara terasa hendak menampar pipi merah Erika yang disaluti blusher tebal. Entah sejak bila pula mereka menjadi kawan baik.   

“Huh! Gila” balas Hara.

Tanpa pedulikan Erika dia terus beredar dari situ tanpa menoleh sedikit pun kebelakang. Dia tahu Aydil masih berdiri di muka pintu perhatikan mereka. Tapi, dia sudah letih untuk berpura-pura tersenyum seolah-olah gembira dengan semua perkara yang menimpanya.  



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku