Pentas Indraloka
Pentas Indraloka
Genre: Islamik
Kategori: Puisi
Paparan sejak 02 Jun 2017
Keinsafan
Penilaian Purata:
305

Bacaan






Jika kalamku bersambut

Ayuh kita renungkan bersama

Siapa sebenarnya pengolah semesta?

atau yang sedikit ringan

pembikin bijaksana

menaruh manisnya sebutir gula?

 

Kedangkalan membuatku insaf

Kelaparan membuatku kuat

Kekurangan membuatku ingat

 

Mengapakah terlalu payah

tertib menuruti perintah Allah?

Jika tidak pun

akur mendayung arus

yang taat mengalir ke muara

 

Bukankah

kebenaran adalah haq?

Kebatilan? penamatnya tiada tempat.

 

Namun

sanggupkah kita ini

turut berdansa di pentas dunia

mengikis lumuran dan tempelan najis-najis

yang membusuk di segenap jiwa

yang kotor dan hina

hah! sentiasa saja riang gembira

menunggang kemungkaran dan kepalsuan

pentas singgahsana ifrit durjana

 

Ramai sudah terlupa

maut tiada jarak penghalang

mari semua beristighfar

kenali semula jalan pulang.

 

 

Mfa020617

Silibin, Ipoh



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku