Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
444

Bacaan






...1998...

 

Sebaik sahaja kelas tamat jam lima tadi, aku terus berjalan laju-laju ke arah pintu besar. Dari ruang foyer aku menjenguk ke luar,mencari Am tetapi hampa. Menyedari dia masih belum lagi tiba, aku menapak perlahan ke arah anak tangga dan duduk di situ. Ketika itu jam sudah limas etengah. Mungkin penggambaran di Melaka masih belum selesai.


Haiiii...dalam sedar tak sedar mulut terkeluh juga. Sejak akhir-akhir ini amat sukar sekali untuk dia menepati janji. Kalau datang menjemput tidak pernah tidak lewat; “trafficjammed”, “shooting habis lambat”,“photoshot tertunda”, “ada reporter called mengejut nak buat interview” dan banyak lagi alasan-alasanyang sejak kebelakangan ini semakin sinonim dengan cuping telingaku. Kalau aku mula tunjuk protes atau mogok, dia akan mendengus, kononnya aku  tidak memahami.

 

Bunyi hon bas mengejutkan aku dari menung. Jam ditangan dikerling sekilas, sebelas minit melepasi 6.20. Dia berjanji semalam akan datang menjemput tepat pukul 5 - lebih satu jam lewat! Tiga puluh minit lebih dari semalam. Aku ketap bibir kejap-kejap sambil menahan rasa sebal yangmenggunung dalam dada. Ruang foyer semakin lengang.


Lima belas minit kemudiannya terus juga berlalu dan aku masih di atas anak tangga yang sama. Jam lagi sepuluh minit menghampiri pukul tujuh. Ahhh...ini sudah lebih! Aku mencapai telefon dari dalam beg sandang. Nombor yang sememangnya sudah terhafal di dalam otak kupicit pada keypad. Handphone off! Talian cepat-cepat dimatikan, malas untuk mengirim pesan pada si operator. Aduh...masak menunggu kalau macam ni.


Keypad dipicit lagi. Kali ini talian berjaya dihubungi tetapi tidak diangkat dan akhirnya kembali disambung kepada operator. Mengeluh lagi, kali ini betul-betul berat. Rasanya sudah berkali dia diingatkan yang hari ini aku mahu menghantar barang ke rumah dan mengangkat komputer ke asrama. Mustahil dia terlupa? Kalau ada aral pun,sekurang-kurangnya telefon dan beritahu. Aku masih ada ikhtiar lain, masih boleh minta pertolongan dari abah atau abang Zafri.


Dalam pada otakku sibuk merangka dan mulut asyik mengumam, keypad terus kupicit lagi dan lagi dan lagi dan lagi sehinggalah di satu ketika di mana kesabaranku mula tercabar barulah terdengar suara di talian sebelah. Belum sempat aku bersuara,dia sudah memotong dengan suara separuh berbisik.


“Lisa..sorry,awak..sorry...saya tengah shooting ni..tak habis lagi...ni pun diorang bagi break sekejap...awak balik sendirilah...nanti malam saya call,ok? Sorry, ye..sorry sangat...”


Aku usap muka yang berminyak. Ya, Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu ini.


“Kenapa tak bagitau awal-awal? Sekarang ni mana ada bas dengan teksi masuk kampus? Takkan saya nak tunggu kat sini sampai pukul 8? Pukul berapa nak balik rumah, nak - ”


“Awak...please’lah...faham masalah saya kat sini. Shah Alam dengan Melaka bukan macam Sekyen 2 - Seksyen 24...lagipun bukan salah saya...shooting hari ni start lambat dua jam...saya nak - ”


“Tapi awak dah janji...” suara aku mula sebak. Senangnya dia bercakap. Terasa sangat betapa tidak pentingnya aku di sisi.


“Susahlah awak ni...saya dah kata saya mintak maaf...saya tak boleh sangat. Kalau bo – eh – kejap – okey, okey, saya datang – eh awak, saya kena sambung shooting...break time dah habis...nanti saya cal -”


TOOT!


Buat pertama kali sepanjang hubungan kami, aku putuskan talian ketika hujahnya masih belum tamat. Biar dia tahu yang aku betul-betul marah, sakit hati dan muak dengan sikapnya.


Masuk kali ini, sudah berbelas kali dia membatalkan janji pada saat-saat akhir dan hari ini aku terasa begitu menyakitkan sekali. Mungkin kerana aku sangat memerlukan komputer untuk menyelesaikan tugasan yang mula bertimbun dan dia sudah berjanji untuk membantuku membawa komputer tersebut dari rumah.


Sejak dia menjadi sebahagian dari dunia seni hiburan tanah air, aku rasa hubungan kami semakin jauh. Kalau  berjanji, dia lewat. Jika berjumpa pula, pasti ada yang tidak kena sehinggakan kadangkala membawa kepada perbalahan-perbalahan yang tidak sepatunya.


Tiba-tiba telefon genggamku bergetar. Dengan hati yang bengkak aku menekan punat ‘Answer’.Haii...mesti dengan alasannya lagi.


“Apa lagi?”


Aku terus menyergah tanpa memberi peluang untuk dia mencelah.


“Saya dah bosan la dengan alasan awak. Awak selalu ambil remeh benda-benda macam ni. Bukannya awak tak boleh call bagitau awal-awal.”


Aku telan liur sambil menarik nafas. 


“Saya bukannya tak faham tapi kalau kena tunggu dekat dua jam tapi yang berjanji tak jadi datang, siapa yang tak marah? Hah, kenapa awak senyap? Awak marah? Saya penat tengok awak marah...hah, sekarang dengar pulak saya marah. Hello? Hello?”


Talian sunyi.


Eh, pelik, selalunya kalau aku membebel tidak akan dapat sepanjang itu kerana dia akan segera memotong.


“Hello..awak...awak...hish! Orang tengah marah, dia boleh main-main...hello?”


“Assalamualaikum, Lisa...okay ke?”


Gulp! Air liur yang tertelan terasa kesat.


Perlahan-lahan aku mengalihkan telefon dari telinga dan meneliti nombor yang tertera. Alamak, malunya!


“Heh, Akim, sorry yek...pasal tadi...Lisa ingatkan - ”

            

“Gaduh dengan Am...lagi?” Suaranya agak mendatar tetapi aku dapat kesan nada tidak puas hati di situ. “Kenapa pulak kali ni?”

           

“Alaa...takde apa ‘ah. Ni kenapa call?” Aku cepat-cepat mengalih topik, supaya tidak terus disoal siasat.


“Artikel pasal kuda kepang yang Lisa mintak Akim tolong cari tu dah ada dah. Akim dah hantar kat e-mail Lisa petang tadi. Ni, Lisa kat mana ni? Kata nak balik rumah. Pukul berapa nak balik ni?”

            

“Aaa...” Apa yang harus aku jawab? “Aaa...tu la dianya..aaa...Akim...”

           

“He can’t make it again, right? Lisa kat mana ni?”

           

“Kat school lagi. Baru tau yang dia tak dapat jemput. Dia ada shooting last minute. Tak dapat nak lari...aaa...tula pasalnya...”

Buat kesekian kalinya aku menipu Hakimi semata-mata untuk melindungi keburukan Am walaupun pada dasarnya aku sudah penat untuk melakukan demikian. Yang penting aku tetap mahu tunjuk pada Hakimi yang Am itu serba sempurna untuk aku.

            

“Whatever la Lisa...okey, Lisa tunggu kat situ, kejap lagi Akim sampai, ok?”

            

“Okey...”


Talian putus.


Aku melunjur kaki di atas tangga, dalam diam tertanya, sense apa yang terdapat pada Hakimi sehinggakan dia selalu ada pada waktu yang tepat di saat aku tersepit dan memerlukan pertolongan. Perhatian yang diberikan olehnya selalu melampaui perhatian yang diberikan oleh Am, teman lelakiku. Mungkin semua ini berlaku disebabkan rasa tanggungjawabnya sebagai abang angkat tidak rasmiku semenjak dari zaman sekolah menengah, berbeza dengan Am yang baru aku kenali ketika di semester dua di universiti ini.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku