Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
231

Bacaan






...1998...

 

Aku tidak boleh lupa hari Rabu itu ketika Am datang ke asrama, merayu-rayu minta dimaafkan. Dia mengaku yang dia pentingkan diri sendiri. Dia berjanji untuk tidak mengulangi. Diamku membuatkan rayuannya semakin menjadi-jadi, dipenuhi dengan akuan-akuan terbuka yang dia sayangkan aku, cintakan aku, akulah segala-galanya, bulan, bintang serta matahari untuknya sehinggakan aku jadi lemas dan rimas.


Katanya dia mencariku di sekitar lounge dan hotel sehingga hampir pukul dua pagi dan mujurlah Hakimi menelefon dan memberitahu yang aku sudah selamat sampai ke rumah.


“Awak, please, say something.” Aku hela nafas dalam-dalam.


“Nak cakap apa lagi, awak? Awak minta maaf dan saya dah maafkan. Apa lagi nak cakap?”


“Tak..ni bukan cara awak...awak, kalau awak marah, awak lepaskan. Saya terima aje.”


“Nak marah pun tak guna, benda dah jadi.”


“Saya minta maaf...saya memang selfish...” aku biarkan sahaja dia terus menghukum dirinya dengan tuduhan-tuduhan sendiri. “Teruk saya kena sekolah dengan Hakimi kat telefon subuh tu...” aku yang tadinya tidak berminat, terpaling apabila nama Hakimi disebut lagi.


“Hakimi marah awak? Apa dia kata?”


“Dia bisinglah...saya buat awak macam tu. Tapi apa yang dia kata tu memang betul. Saya memang tak hargai awak...saya mintak maaf sangat-sangat apa yang jadi malam tu. Patutnya...” lanjutan daripada kata-kata Am tenggelam timbul antara dengar dengan tidak pada telingaku.


Sampai begitu sekali tindakan Hakimi. Dalam diam aku terasa dilindungi dan dikasihi. Mengapalah orang seperti dia tidak boleh menjadi lebih daripada seorang kawan terhadapku?


Dengan persoalan itu tergantung dalam mindaku, aku menoleh kepada Am yang masih menceceh dengan buah butir yang sendiri kurang pasti. Tidak sampai hati untuk melihat dia terus menyalahkan diri, aku menepuk bahunya.


“Belanja saya makan!” Am tersengih.


“Awak dah tak marah saya dah?”


Aku menggeleng.


“Alhamdulillah...sebab itulah saya sayang sangat kat awak!”


Sebenarnya aku tidak pasti apa yang membuat hatiku sejuk. Sama ada penyesalan Am ataupun sikap Hakimi yang begitu prihatin terhadap diriku. Haiii...entahlah!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku