Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
367

Bacaan






...1996...

 

Hakimi keluar dari pejabat sekolah dengan langkah yang lemah. Hasrat untuk mengambil keputusan peperiksaan pagi itu terbantut apabila mendapati keadaan pejabat yang penuh sesak dengan bekas pelajar tingkatan enam dan juga saki-baki calon Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak hadir mengutip keputusan tempoh hari.


Sedar-sedar Hakimi sudah sampai ke kantin. Duduk di situ bersendirian membuatkan dia merasa agak janggal kerana selalunya Lisa akan ada di sisi, mengganggu dan mengacau.


Dari jauh Hakimi ternampak Ikhwan menuruni anak tangga dengan sekeping kertas dalam genggaman. Pastinya dia sudah mengambil keputusan tetapi wajah Ikhwan kelihatan agak murung. Ini membuatkan Hakimi menjadi sedikit pelik, tidak mungkin pelajar sebijak Ikhwan boleh gagal? Hakimi cepat-cepat melambai Ikhwan, memanggil agar menyertainya di kantin.


“Macam mana?” Soalnya sebaik sahaja Ikhwan melabuhkan punggung di sebelah.


“Okaylah...” lirih sahaja jawapan Ikhwan.


“Okaylah macam mana? Boleh tengok?” Kertas bertukar tangan. Terbeliak mata Hakimi melihatkan kuputusan Ikhwan. 3A dan 2B. “Macam nikau kata ‘okaylah’? Apa planning kau lepas ni? Kau nak sambung kat mana?” Hakimi terdengar suara Ikhwan mengeluh.


“Itu yang aku nak bagitau kau ni. Family aku suruh aku sambung kat UK. Kau tahu la mak ayah aku macam mana, kan?” Giliran Hakimi pula mengeluh, bersimpati dengan nasib Ikhwan.


Hakimi memahami situasi Ikhwan. Pasti dia berat hati untuk menurut kemahuan keluarganya lebih-lebih lagi kemahuan ibunya yang memang suka mengatur kehidupan Ikhwan. Dalam diam Hakimi amat bersyukur yang bondanya tidak begitu.


“Lisa dah tahu?”


“Itulah...aku ingat nak bagitau kau dulu. Kau jangan cakap kat dia sebab aku nak bagitau sendiri.”


Hakimi terangguk-angguk, akur dengan permintaan Ikhwan.


“Lagi satu...aku nak bagitau kau, aku nak bertunang.” Hakimi terkejut mendengar kenyataan Ikhwan.


“Kau...biar betul!”


Wajah Ikhwan tetap tidak berubah, masih lagi keruh membuatkan Hakimi sedar bahawa dia tidak main-main.


“Family kau jugak yang aturkan ke?” Ikhwan mengangguk lemah.


“Dengan sepupu aku kat UK. Anak kakak mak aku.Haiii...entahlah...serabut aku.”


“Lisa macam mana?”


“Macam mana apa? Aku dengan dia tak ada apa-apa, kitorang kawan je. Tapi yang ni pun kau jangan bagitau dia. Biar aku cakap sendiri.”


“Aku simpati dengan kau...” luah Hakimi jujur.


“Aku minta maaf banyak-banyak kat kau, Kim.”


“Mintak maaf? Untuk apa pulak ni?”


“Aku tau, aku dah kacau kau dengan Lisa.”


“Jangan cakap macam tu, Ikhwan. Kitorang seronok kawan dengan kau. Lagipun, aku tak sangka kita boleh jadi geng!”


Ikhwan tergelak mendengarkan kata-kata Hakimi. Sememangnya mereka bertiga sudah semakin akrab.


“Kau tau tak, Kim, aku tak menyesal pasal Lisa sebab aku tau ada orang yang sayang dia lebih baik daripada aku.”


Kening Hakimi bertaut, kurang faham dengan apa yang diucapkan oleh Ikhwan.


“Maksud kau? Ada orang lain yang minat kat Lisa?”


“Bukan setakat minat tapi aku dapat rasa yang orang tu sayang Lisa lebih dari kawan.” Hakimi masih tidak dapat menangkap.


“Siapa?” Soalnya tidak sabar, ingin sangat mengetahui siapakah mahluk yang kononnya mampu menyayangi Lisa lebih daripada dirinya sendiri.

`           

“Kenapa kau nak tau sangat ni? Kau jealous ke?”


Pertanyaan Ikhwan seperti memukul perasaan Hakimi menyebabkan wajah Hakimi hilang kata. Ikhwan bangkit dari bangku.


“Kim, ada satu benda, kita dapat buktikan dengan kuat hanya dengan perbuatan tanpa kata-kata. Dekat setahun lebih aku kawan dengan korang, aku nampak benda tu ada kat korang berdua.”


Hakimi dalam diam dihambur pelbagai bentuk perasaan dipukul patah ayat yang keluar dari mulut Ikhwan.


“Jangan sampai dah terlambat baru kau nak bagitau dia,Kim. Orang perempuan ni, walaupun dia nampak kau sayang dia melalui perlakuan, tapi dia tetap nak kau akui dengan kata-kata.”


“Aku –“


“Dah, tak payah nak aku-aku...dengan orang lain kau boleh tipu, tapi dengan aku, terima kasih ajelah. ni, aku nak kau janji dengan aku, kau mesti bagitau apa yang ada dalam hati kau tu kat Lisa.”


Hakimi menggaru kepala yang tidak gatal.


“Kalau tak, aku rasa tak berbaloi aku ikut cakap mak aku dan terpaksa lepaskan Lisa.” Hakimi menghela nafas, berat yang amat.


Permintaan Ikhwan memang kedengaran tidak sukar tetapiuntuk merialisasikannya, Hakimi tahu yang dia tidak ada kekuatan itu.


“Insya-Allah...tapi aku tak janji bila, cuma aku janjipada kau, satu hari nanti, bila kau dah betul-betul ready, aku akan bagitau segala-galanya kat dia,okay?”


Ikhwan membalas dengan senyum lebar.

 

 Selepas daripada hari itu, Hakimi tidak lagi mendengar apa-apa berita daripada Ikhwan. Namun begitu Hakimi yakin bahawa persahabatan mereka tetap terjalin walau di mana sahaja Ikhwan berada. Cuma janji yang satu itu masih terus menghantui Hakimi kerana sehingga kini Hakimi masih tidak mempunyai kekuatan untuk menunaikannya!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku