Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 37
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
244

Bacaan






...1999...

 

Dari kedudukan meja, aku dapat melihat terus ke arah bilik Putri dan dari sini juga,aku dapat lihat betapa gembiranya Hakimi berbual diselangi gelak-tawa yang tidak putus. Sesekali, dapat aku lihat tangan mereka bersentuhan. Dan dalam sesekali itu juga, aku lihat Putri menyentuh rambut Hakimi dan Hakimi membalas dengan senyuman.


Akhirnya aku memalingkan pandangan. Tidak sanggup rasanya untuk aku terus menyaksikan

kemesraan antara mereka berdua.


Ditinggalkan sendirian di meja, di kelilingi manusia-manusia yang masih belum aku kenali dan persekitaran yang agak asing membuatkan aku merasa kurang selesa. Tiba-tiba aku menjadi amat sebak dan terasa seperti ingin menangis. Ya, Allah, inikah rasanya cemburu?


“Cik Lisa?”


Entah dari mana munculnya, mungkin aku yang tidak perasan kerana terlalu melayan perasaan, seorang lelaki berdiri di tepiku dengan kerutan di dahi.


“You okay ke?”


“Aaa?”


“Saya tanya, you okay ke?”


“Ya-ya, saya okey. Saya okey...”


“Cik Lisa kan?” Laju-laju aku mengangguk. “Saya Zakuan. Art Director kat syarikat ni.” Dia menghulurkan tangannya ke arahku dan aku menyambutnya dengan perasaan yang masih bercelaru. “You nanti kerja bawah Puan Alia, right?”


“Ye, saya. Encik Zaku -”


“Oh,please...jangan la berencik-encik dengan dengan saya. Kat sini, semua staffs panggil saya Zek.” Aku hanya tersenyum mendengar keterangannya.


Dalam pada itu mataku sempat juga mencuri pandang ke arah cermin lut pandang yang mensempadani bilik Putri. Di situ aku lihat Hakimi dan Putri masih lagi leka berborak. Cuma kali ini, tangan Putri hilang dalam genggaman Hakimi.


“Helllooo?” Akuterpingga-pingga apabila Encik Zakuan memetik jarinya tepat di hadapan mukaku.


“Maaf, Encik Zaku- eh, Encik Zek...” tergagap-gagap aku menutup rasa bersalah kerana terlupa kehadirannya di sisiku.


“Awak ni, sure ke awak okay? Nampak macam tak aje?”


“Tak-tak...saya okay. Aa..cuma-cuma bosan...takde kerja...” aku pun tidak tahu bagaimana alasan tersebut boleh meluncur keluar dari mulutku. Encik Zakuan tersengih,menampakkan barisan giginya yang kemas bersusun.


“Umm... Awak budak graphic kan?”


Angguk.


“Nah,tengok-tengok buku ni dulu. Pasal advertising dan packaging.”


Angguk.


“Kalau nak baca lagi buku macam ni, awak boleh datang ke bilik saya.”


Angguk.


“Awak tau bilik saya kat mana?”


Angguk – eh, kemudiannya aku menggeleng, membuatkan gelak lelaki tersebut pecah.


“Awak memang boleh jadi designer, kuat mengelamun. Orang yang suka mengelamun ni, selalunya kreatif!”


Komentar ringkas daripada Encik Zakuan membuatkan aku tersenyum lebar.


“Bilik saya kat hujung sana tu, sebelah bilik yang pintu tertutup tu. Saya pun tak mahu kacau awak. Kalau ada nak apa-apa, awak carilah saya kat sana.”


Encik Zakuan kembali ke biliknya. Tanpa membuang pandang lagi ke arah bilik Putri yang terletak selang dua pintu dari bilik Encik Zakuan, aku cepat-cepat membuka buku, sedaya-upaya untuk memfokuskan konsentrasiku pada pembacaan.


“Lisa,” aku terdongak apabila terdengar suara Hakimi di antara petisyen yang memisahkan meja kami berdua. “Akim nak keluar makan.”


Aku mengeling jam di tangan, hampir pukul 12 tengah hari. Terleka rupanya aku. Aku cepat-cepat menutup buku dan tunduk untuk mencapai dompet serta telefon didalam laci.


“Lisa nak makan apa? Nanti Akim bungkuskan.”


Pergerakan kuterhenti. Hakimi akan bungkuskan makanan untuk aku? Bukankah ayat tadi adalah salah satu cara halus untuk dia menyatakan yang dia hanya mahu keluar makan dengan Putri, berdua-duaan, tanpa aku? Aku tidak jadi memulas kunci laci. Buku yang sudah tertutup, kubuka kembali perlahan-lahan.


“Takpelah. Lisa kenyang lagi. Akim pergilah...”


Hakimi, kulihat seperti ingin membuka mulut ketika Putri datang dan menampar bahunya dari belakang.


“Jom, Kimi. Eh, Lisa, join kitorang sekali...”


Aku, sambil tersenyum, mengangkat buku di hadapanku, kononnya menghantar isyarat bahawa aku sedang tekun dalam dunia pembacaanku dan tidak mahu diganggu.


“Oh, kalau macam tu takpe la...Enjoy your reading, ya? Kimi? Jom...”


Dengan kata-kata itu, Putri terus menyauk tangan Hakimi, memegangnya erat-erat. Aku pula cepat-cepat tunduk apabila terperasan yang Hakimi sedang merenungku dan aku juga tahu muka Hakimi berubah apabila pandangannya tidak kubalas.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku