Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 39
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
325

Bacaan






...1999...

 

Masuk hari ini genap dua minggu Hakimi dan Lisa tidak bertegur-sapa. Kedua-duanya sepanjang waktu bekerja,seperti terlalu tekun di tempat masing-masing. Ada juga beberapa kali Hakimi cuba untuk memancing minat Lisa untuk berbual tetapi gagal.


Dan apa yang lebih memeritkan apabila Hakimi melihat perkembangan hubungan Lisa dan Zakuan yang semakin erat. Sarapan pagi bersama, makan tengah hari bersama dan kadangkala Zakuan menghantar Lisa pulang ke rumah.


Sambil menghela nafas panjang, Hakimi menelentang merenung siling. Peristiwa di pejabat dua minggu lalu berputar-ulang seperti pita rakaman di dalam fikirannya. Aduhaii...sudah kenapa agaknya dia hari itu? Entahlah, tapi memang betul,sepanjang perhubungan Hakimi dengan Lisa, tidak pernah Hakimi merasa secemburu ini.

 

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati Hakimi apabila Aisya memberitahu yang dia ternampak Lisa menaiki kereta bersama Zakuan. Mengapa dia tidak merasa sakit yang sebegini parah sewaktu melihat Lisa bersama Ikhwan ataupun Am? 


Masih terbayang lagi betapa kecewanya riak wajah Lisa dan inilah kali pertama Hakimi melihat wajah Lisa seperti itu. Ah, kalaulah dapat ditarik semula masa. Kalaulah Hakimi boleh menjadi lebih sabar. Kalaulah perasaan cemburu itu boleh disimpan-simpan...ah...kalaulah-kalaulah-kalaulah!


Hakimi bingkas dari pembaringan, duduk berpeluk lutut sambil tangan kiri memegang kepala.


“You are nobody to me. Kita hanya kawan, tak lebih dari tu! Ingat tu Akim...”


Hakimi menekup telinga. Kata-kata Lisa menikam tangkai hatinya. Sampai begitu sekali marahnya Lisa. Tetapi kalau diikut-ikutkan pun, memang selayaknya untuk Lisa menjadi marah dan tersinggung.

 

Petang itu, setelah mengakhiri kata-kata dengan ayat yang Hakimi tidak pernah duga akan lahir dari mulut manusia bernama Izara Marleesa, gadis tersebut terus keluar,menghilang dan memerap diri di dalam bilik air sehingga tamat tempoh pejabat. Puas Putri memujuk untuk berbincang tetapi hampa.


Apabila Lisa keluar, Hakimi mendapatkannya dan memohon maaf tetapi apa yang diterima hanyalah kesenyapan. Sepanjang waktu Lisa mengemaskan beg, Hakimi masih tidak putus asa mencuba nasib tetapi Lisa terus-terusan membisu.


“Akim hantar Lisa balik!” Pergelangan tangan Lisa dicapai ketika gadis tersebut bingkas dari tempat duduknya.


“Lepaslah! Lisa boleh balik sendiri!” Terkedu Hakimi apabila dijerkah dengan nada tinggi oleh Lisa. Genggaman terlerai apabila Lisa menyentap tangannya. “Lepas ni tak payah nak susahkan diri jemput atau hantar Lisa balik. Lisa tahu naik public transport!”


“Lisa...please...” tanpa mempedulikan kata-kata Hakimi, Lisa melangkah keluar, meninggalkan Hakimi termanggu-manggu sendirian dihimpit rasa bersalah yang amat sangat.

 

Hakimi mengeluh lagi. Kalaulah Lisa tahu betapa menyesalnya Hakimi di atas apa yang telah berlaku. Hakimi terus berteleku di atas katil, dalam kesenyapan itu memohon agar perhubungan dia dan Lisa tidak akan berakhir begini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku