Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 40
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
260

Bacaan






...1999...

 

Pagi itu selesai bersarapan, aku dan Hakimi dipanggil masuk ke bilik Puan Alia. Wanita separuh usia itu memberitahu tugasan yang perlu kami lengkapkan sepanjang tempoh praktikal aku dan Hakimi di mana kami harus menghasilkan dan menyiapkan serangkaian buku cerita klasik Melayu untuk kanak-kanak yang terdiri daripada dua belas buah buku kesemuanya.


Segala pembahagian tugas juga telah diaturkan untuk aku dan Hakimi. Setelah berpuashati dengan pemahaman kami terhadap tugasan yang diberi, aku dan Hakimi dibenarkan keluar.

            

“So, macam mana?” Aku buat tidak endah terhadap soalan Hakimi dan terus duduk di mejaku. “Lisa, kalau ada apa-apa masa-”

            

“Sorry...pembahagian kerja dah diberi. Akim buat kerja Akim, Lisa akan buat kerja Lisa. Kalau ada masalah boleh rujuk Puan Alia. Kalau takde apa-apa, Lisa nak sambung kerja.”


Tanpa menunggu perlanjutan dari mulut Hakimi, aku kembali mengetuk mata papan kekunci. Melihatkan ‘kesibukkanku’ itu Hakimi berpatah semula ke mejanya.

           

Masuk hari ini sudah sebulan lebih aku tidak berkomunikasi dengan Hakimi. Setiap pagi, abah akan memanduku ke pejabat dengan alasan Hakimi terpaksa menghantar bondanya. Manakala pulang dari kerja pula aku akan menaiki kenderaan awam. Namun begitu,ada juga dalam tiga kali aku menumpang Zakuan, itupun hanya sampai ke stesen LRT yang terdekat.

            

Sebenarnya, aku memang belas melihatkan Hakimi berkeadaan sebegitu tetapi apabila memikirkan apa yang telah dilakukannya terhadapku, rasa belas itu bertukar mendadak menjadi geram.


Namun begitu,aku tidak dapat menipu yang perasaanku tetap terusik setiap kali melihatkan Hakimi berbual-bual dengan Putri sama ada di meja Hakimi sendiri mahu pun di bilik Putri.

            

“Kimi...” telingaku menangkap suara Putri. Untuk terus berada di situ hanya membuatkan hatiku terasa ingin pecah.


Makanya aku terus melangkah ke pantri. Di pantri, aku mencapai botol Nescafe, mencedok dua sudu penuh, meletak gula, mengacau laju-laju dengan air panas yang kemudiannya kucampurkan dengan air sejuk, sua ke mulut, teguk dan; BURRRRR!!! Ya, Allah,pahitnya!

            

Aku terkial-kial membersihkan almari yang penuh dengan tumpahan air yang tersembur dari mulutku dengan kertas tisu.Sambil itu aku mengomel sendirian. Macam manalah aku boleh tersasul membacuh Nescafe dengan sukatan Milo? Semuanya kerana Hakimi. Eh, bukan, kerana Hakimi dan Putri.

            

Haiii...aku duduk di meja makan sambil memegang tisu yang dipenuhi sisa air. Kenapalah dengan aku ini? Mengapa setiap kali apabila Hakimi berbual-bual dengan Putri, akan ada semacam perasaan yang menyakitkan dalam hati ini. Perasaan yang kadang-kala membuatkan aku serasa seperti ingin menangis dan kadang-kala yang lain pula membuatkan aku seperti ingin menjerit.


Cemburu tahap ke berapakah sudah aku ini?

            

Setelah membuat air untuk kali keduanya, aku kembali ke meja dengan harapan Putri sudah tiada di situ tetapi hampa. Di hadapan mataku sekarang, Putri sedang duduk di atas meja Hakimi manakala Hakimi pula berdiri bertongkat tangan di atas meja yang sama.Kedudukan mereka berdua yang agak dekat antara satu sama lain sambil bergelak ketawa dan bertepuk-tampar membuatkan darahku tersirap.

            

Kontrol, Lisa! Kontrol! Aku genggam mug di tangan kuat-kuat dan berharap agar aku tidak kan terpelejok atau tersalah langkah ketika berpapasan dengan mereka. Yang penting, aku akan berlagak seselamba yang mungkin.

            

“Hai, Lisa...”


Langkah kuterbantut disapa teguran Zakuan dari biliknya yang terletak betul-betul bersebelahan dengan pantry. Sewaktu masuk ke sini tadi, biliknya tertutup. Mungkin dia baru pulang dari bertemu dengan client, agakku.

            

“Hai...” balasku dengan suara yang sengaja aku kuat-kuatkan. Zakuan bangkit dari kerusinya dan menghampiriku. “Minum?” Pelawaku apabila dia sudah berdiri di sisi.

            

“Satu aje airnya. Mana cukup? Atau, you nak share?”


Aku pura-pura tergelak menyambut gurauan Zakuan. Dari ekor mata, aku lihat posisi Hakimi sudah berubah, separuh daripada badannya menghadap ke arahku. Wajahnya jelas terpancar riak tidak senang.


Aku tahu yang Hakimi tidak suka melihat aku rapat dengan Zakuan. Tapi, kalau aku harus menjeruk rasa setiap kali dia bersama Putri, mengapa aku tidak boleh melakukan yang sama terhadap dirinya. Aduh, jahatnya aku!


“Eh, Lisa, you free tak malam esok? Jom keluar makan dengan I?”


“Keluar makan? Umm...malam esok? Boleh jugak. Lisa pun takde apa-apa program.”


Masih dengan nada suara yang sama pada awalnya, aku memberi persetujuan di atas ajakan Zakuan tanpa berfikir panjang. Niatku cuma satu – aku mahu membuktikan yang aku masih boleh buat kawan baru tanpa Hakimi di sisi. Aku lihat Hakimi berpaling dan menarik kerusi, kemudiannya duduk sambil memegang kepala. Humm...tukasku dalam diam, baru dia tahu!


“So, kira jadi aje la ni? I datang jemput you kat rumah dalam pukul 8, boleh?”


“Orait.”


“Nanti you sms alamat you pada I, ok?”


Aku angguk sungguh-sungguh dengan muka yang kononnya teramat ceria. Setelah berbual ala-kadar, aku kembali ke tempat dudukku. Ketika itu Putri sudah tiada di situ.


“Lisa,” teragak-agak Hakimi cuba menegurku tetapi aku tidak mengendahkannya. “Akim bukan nak busybody, tapi, betul ke Lisa nak keluar dengan Encik Zakuan tu?” Aku memandang wajahnya dengan kening terangkat.


“Kalau ya,kenapa? Kalau tak pun, kenapa?” Wajah Hakimi berubah mendung. Dia seperti masih ingin meneruskan kata-kata tetapi apabila melihatkan aku sudah tunduk memandang komputer, dia perlahan-lahan beransur ke tempatnya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku