Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 47
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
383

Bacaan






...1999...

 

Masuk sahaja ke pejabat pada pagi hari pertama, minggu pertama, bulan terakhir aku dan Hakimi berpraktikal di sini, kami dikejutkan dengan satu mesyuarat tergempar. Kecoh sebentar seisi pejabat apabila membaca notis ringkas yang ditandatangani oleh Tuan Haji Muiz itu.


Tidak perlu menunggu lama, sebaik sahaja bilik perbincangan merangkap bilik photostat itu dipenuhi oleh kakitangan syarikat, Tuan Haji Muiz masuk dan mengambil tempat di kerusi utama.

Ketika itu mataku juga sempat mengamati satu demi satu wajah yang ada di situ, mencari kelibat Putri tetapi hampa. Nampaknya Putri lambat lagi hari ini. Kalau tidak silap perkiraanku, minggu lepas, cuma pada hari Jumaat sahaja Putri masuk awal ke pejabat, itupun cuma cepat lima minit. Tiada lagi sarapan pagi bersama aku dan Hakimi. Makan tengah hari apatah lagi. Hari Selasa dan Khamis lepas pula, seharian Putri tidak ada di pejabat.


Ingatanku terhadap Putri terputus apabila Hakimi mencuit lenganku sambil menghulurkan kertas bersaiz separuh A4. Serentak itu juga seisi ruang mula diisi keriuhan terkawal. Desas-desis bisikan bercampur-baur dengan pantulan kegembiraan. Hakimi ketika itu juga sedang tersenyum lebar. Matanya mengisyaratkan aku untuk meneliti tulisan yang tertera di atas kertas tersebut. Maka kertas ditangan aku soroti.

 

MAJLIS MAKAN MALAM SYARIKAT

           

Di bawahnya lengkap dengan segala butiran tarikh, hari, masa dan tempat di mana majlis tersebut akan berlangsung. Aku menoleh ke arah Hakimi, ingin sangat tahu tindak balasnya. Tetapi belum pun sempat aku membuka mulut, Tuan Haji Muiz telah terlebih dahulu bersuara, menerangkan mengenai majlis makan malam yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu dari sekarang.

            

Mesyuarat hanya tamat satu jam setengah kemudiannya. Itupun masih ada yang tidak bergerak keluar, terus sahaja duduk berbincang mengenai baju apa yang ingin dipakai dan siapa yang ingin dibawa ke majlis tersebut. Tuan Haji Muiz pula seakan memberi kelonggaran. Mungkin memahami keterujaan anak-anak buahnya ketika itu.

            

Aku yang merasa agak terkepung dalam keriuhan di dalam bilik tersebut, meloloskan diri dan kembali ke meja. Bukannya tidak teruja tetapi mengingatkan dateline yang hanya tinggal lagi dua hari, aku rasa, ada banyak lagi perkara yang lebih menuntut untuk diberi perhatian. Mungkin setelah hari pembentangan kerja di hadapan Puan Alia hari Rabu ini aku akan lebih selesa untuk memikirkan tentang majlis ini.


“Nak pergi ke?”


Aku yang ketika itu sudah mula leka menghadap komputer, membetulkan rekaletak untuk muka depan buku cerita, terdongak disapa suara Hakimi yang agak perlahan. Aku sendiri tidak pasti bila masanya Hakimi kembali ke tempat duduk. Aku jawab soalan Hakimi dengan jungkitan bahu.


“Akim pergi ke?” Soalku semula. Giliran Hakimi pula jungkit bahu, dan ini membuatkan aku tergelak.


Dari ekor mata,aku lihat Hakimi menarik sehelai kertas nota dari atas mejaku. Dia seakan menulis sesuatu di situ, kemudian melipat dua kertas tersebut dan meletakkannya ke atas keyboardku. Tidak sempat aku bertanya, Hakimi sudah kembali ke tempatnya. Perlahan-lahan aku buka kertas tersebut.

 

Jom...teman Akim pergi dinner tu...nak tak?

 

            Tersenyum aku melihat ayat yang tercoret dengan tulisan tidak teratur itu. Hakimi... Hakimi...kenapalah suka menyukarkan perkara yang mudah? Mendadak terasa nakal, aku balas juga soalannya dengan cara yang sama.

 

 

Jawapan hanya akan diberi pada hari Rabu...

P/S: itupun kalau presentation takde problem.

 

Aku gumpal kertas tersebut menjadi bola dan kucampakkan ke tempat Hakimi.

            

“Okey...” aku dengar suara Hakimi dari mejanya. “Akim tunggu...” sambungnya lagi. Cara Hakimi memberikan jawapan membuatkan aku tergelak kecil.


Dan entah tidak tahu mengapa, tiba-tiba rasa teruja untuk hadir ke majlis makan malam itu melebihi perasaan risauku mengenai pembentangan artwork di hadapan Puan Alia. Mungkinkah kerana Hakimi?


Aduhhh...masih keliru dan dikelirukan aku rupanya dengan hubungan ini. Sangkaku segala akan jadi biasa-biasa sahaja rupa-rupanya status perasaanku semakin terbelit. Sampai bilakah agaknya aku akan terus dilingkari rasa sebegini? Entahlah...mungkin aku harus terus membiarkan masa yang menentukan segalanya.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku