Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 53
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
236

Bacaan






...2000...

 

Aku sendirian menghadap sarapan pagi. Kak Zara masih di dalam bilik, di atas katil, memberikan alasan yang kepalanya terasa berat. Mana tidaknya, sehingga pukul empat pagi aku lihat dia masih di atas sejadah. Menangis dan mengadu. Aku dalam berat-berat mata menahan kantuk, akhirnya tetidur juga. Sedar-sedar kak Zara sudah mengejutkan aku untuk Subuh dan aku tahu dia sememangnya langsung tidak tidur sejak dari malam tadi.

            

Selesai bersarapan, aku memutuskan untuk berjalan-jalan. Udara sejuk dan mendamaikan betul-betul membuatkan aku berada di awangan – seakan terbayang yang kononnya aku sedang bercuti di negara Eropah.

            

Tiba di air pancut, aku duduk seketika melepaskan lelah. Di tepi tangga, kelihatan sebuah keluarga kecil sedang bergambar. Ada gurau dan gelak tawa di situ. Anak perempuan mereka yang aku agak dalam lingkungan dua tahun kelihatan sangat comel dengan rambut ikal diikat ekor kuda tinggi-tinggi. Serentak itu juga aku teringatkan Fatin dan Iklil. Nanti apabila mereka turun ke Kuala Lumpur, aku akan pujuk abang Zamil untuk bercuti ke sini. Bersama mama, abah dan juga ahli keluarga yang lain.


Sedang aku merancang itu-ini di dalam kepala, seorang wanita berkulit cerah kemerah-merahan datang kepadaku sambil menghulurkan kamera.


“Sorry ye, boleh tolong ambilkan gambar kami?” Tanyanya dalam pelat Inggeris yang agak ringan.


Aku cepat-cepat mengangguk dan mencapai kamera. Menghala lensa ke arah keluarga tiga orang itu, hatiku tiba-tiba berdegup kencang.


“Ikhwan?”

           

Kami duduk cafe, menikmati minum pagi – kopi dan roti. Aku masih lagi memandang manusia di depanku ini dengan pandangan tidak percaya dan aku tahu dia juga begitu.


“So, inilah Lisa, ya?”


Isteri Ikhwan bertanya, dalam senyum yang ikhlas.


“Waktu I baru bertunang dengan Ikhwan, dia selalu cerita pasal you, tau...” usiknya, mengenyit mata kepada Ikhwan.


Ikhwan membalas dengan tawa halus sambil mencapai dan mengenggam tangan isterinya. Aku tumpang bahagia melihat cara mereka melampias cinta – mempamerkan romantik yang sangat selamba.


“Sayang...cerita basi, kan tu?” Balas Ikhwan.


Matanya lama merenung ke wajah isterinya, sebelum dia memandang kembali kepadaku. Namun tangan mereka berdua masih lagi bersatu.


Baru sahaja cerita kami hendak panas, anak mereka di dalam kereta sorong mula menangis. Mungkin tidak selesa kerana diam setempat.


“Takpelah sayang, you cerita-ceritalah. I nak balik bilik, tidurkan Zelda sekejap. Nanti dah selesai you call I ok?”


Emelda bangun dari kerusinya. Aku turut terdorong melakukan yang sama. Ikhwan juga begitu. Wanita kacukan itu menghulurkan tangannya kepadaku.


“Really nice to meet you, Lisa. Tapi sorry tak boleh cerita panjang. Zelda dah meragam ni. Nanti bila-bila free, datanglah rumah. Sayang, nanti you bagi alamat kita ya.”


Kami saling berpelukan dan bersalaman. Kemudianya, masih dalam keadaan yang sangat selamba, sangat biasa, dia mencium pipi Ikhwan dan Ikhwan membalas dengan satu ciuman di dahi. Dan kami pun ditinggalkan berdua di dalam cafe yang agak lengang itu.


“Itu ke sepupu yang you cakap dulu tu?” Tanyaku, merujuk kepada kisah pertemuan terakhir kami di Central Market pada tahun 1996.


Ikhwan tersenyum lalu mengangguk.


“She’s beautiful. Baik pulak tu. You’re so lucky and i’m happy for you.”


“Lama jugak I ambik masa untuk terima dia. Tapi Emelda ni memang keras hati. Jenis tak mudah mengalah. Macam-macam cara dia buat untuk pastikan I jatuh cinta dekat dia.”


Aku kesan mata Ikhwan bercahaya ketika menyebut nama isterinya. Ah, betapa hebatnya kuasa cinta!


“Baguslah, mesti your mum happy kan?”


Tiba-tiba air muka Ikhwan berubah. Aku dapat rasakan ada yang tidak kena dengan soalan yang kulontarkan sebentar tadi.


“My mum meninggal setahun lepas I bertunang dengan Emelda.” Aku tersandar mendengarkan penerangannya itu.


“Oh, I’m sorry...takziah. Sakit apa?”


“Kanser Tulang. Stage 4. Dia memang dah tau yang dia tak dapat hidup lama, sebab tu dia susun hidup I betul-betul.” Perlahan Ikhwan menyambung cerita.


Aku jadi tidak sampai hati untuk terus mengasak tanya. Aku biarkan sahaja dia diam seketika, menghirup cappucino yang sudah suam.


“Lepas my mum meninggal, I memang lost. Time tu baru I ‘nampak’ Emelda. Kalau dia takde...I tak taulah I jadi apa sekarang ni.”


Aku sambut penutup ceritanya dengan anggukan kecil. Selebihnya aku tidak tahu untuk berkata apa kerana takut ada ayat yang akan salah keluar lagi nanti. Melihatkan dia seakan tidak berminat menyambung cerita, aku mencapai cawan mocha, dan menyisip perlahan-lahan.


“So, you dengan Hakimi, dah kahwin ke?”


Soalan spontan itu membuatkan aku tersedak. Berdekit-dekit bunyinya. Bagaimana dia boleh berfikir sejauh itu?


“Sorry...sorry...I tanya salah soalan ke?” Ikhwan yang kelihatan panik menghulurkan tisu kepadaku.


Aku mengambil masa beberapa minit untuk kembali reda. Tekakku terasa sakit, manakala mataku pula terasa pedih. Ikhwan di depanku masih lagi dengan mimik muka penuh rasa bersalah kerana menyebabkan aku jadi begitu.


“Sorrylah ye. I tak tau yang you dah lost contact dengan dia - ” dia menyerkap lagi.


Aku jadi lucu pula dengan andaian-andaiannya.


“Kitorang masih kawan la, Ikhwan. Ni pun baru habis belajar sama-sama.”


“Oh, ye ke? Alhamdulillah...so, bila?”


Aku mengerut dahi.


“Bila apanya?”


Giliran Ikhwan pula yang mengerut dahi.


“You dengan Hakimi?”


Dan aku tergelak, sungguh-sunguh.


“I? Dengan Hakimi? Kitorang takde apa-apalah! Kitorang kawan aje. You dapat cerita dari mana ni?”


Soalku dalam gelak yang bersambung.


“Hakimi...takde bagitau you apa-apa ke?”


Gelakku mati. Aku merenung Ikhwan.


“Hakimi kena bagitau I apa?”


Ikhwan menggarukepala. Aku tahu dia sudah terlepas cakap. Pasti ada cerita lama antara mereka berdua.


“Korang ada rahsia apa dari I ni?”


“Mana ada apa-apa. Eh, you ada nombor dia tak?”


Nampaknya dia menukar topik dan aku pula malas untuk melanjutkan pertanyaan kerana tahu yang dia memang tidak akan memberikan jawapan.


“Ada, sekejap,I call. You suprisekan dia!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku