Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 57
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Tengku Hazqeel Hakimi sukakan Izara Marleesa. Izara Marleesa pun sukakan Tengku Hazqeel Hakimi. Tapi kenapa susah sangat hubungan sejak dari alam persekolahan ini untuk dikategorikan?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
308

Bacaan






...2001...

 

Selesai majlisminum petang yang ringkas, kami bergegas-gegas pulang untuk persiapan majlisresepsi sebelah perempuan yang akan diadakan malam nanti di rumah Uncle Muiz.

Memandangkanwaktu antara majlis yang agak singkat, abah mencadangkan agar semuanyaberkumpul dan bersiap di rumah kami. Makanya bilik air yang empat buah itu jadisesak dengan saudara-mara dan sepupu-sepupuku bergilir keluar-masuk. Aku yangsudah malas menantikan giliran, keluar ke halaman rumah, berbuai sendirian.

“Boleh join?”Suara Hakimi pecah di tepiku.

Tanpamenantikan jawapan, dia sudahpun menyongsong badan ke atas buaian.

Kami dudukmenghadap satu sama lain. Dia – Hakimi, masih dalam baju melayu – tidakbersamping, tidak juga bersongkok – namun masih kelihatan sangat segak dimataku. Aku ketika itu juga kebetulannya masih berbaju kurung dalam warna temayang sama untuk majlis akad nikah sebentar tadi.

“Selamat dahkan?”

Aku dengarsuara Hakimi, perlahan. Dia ketika itu sedang memandangku dengan pandangan yangsangat aku sukai. Lembut dan dalam. Bibirnya tersungging sehiris senyum.

“Lisa bilapulak?” Soalan Hakimi menyentak hatiku. Mendugakah dia?

“Takde calonlagi.” Balasku, acuh tak acuh. Ketika itu mataku sudah kularikan ke atas jalanbesar yang penuh dengan kereta.

“Masalahproblem tu.” Dia tergelak dengan kata-katanya sendiri.

Entah mengapa,gelak itu mencuit perasaanku. Nampak sangat dia tidak serius dalam soal hati.

“Ada tungguorang?”

Pandangankuberalih semula kepadanya. Namun kali ini emosiku tidak dapat ditahan. Keruhnyaterpancar di muka membuatkan senyuman di wajah Hakimi menghilang.

“Tunggu Akim,kot.”

Antara sedardengan tidak aku meluahkan. Walaupun aku memaksudkan kata-kata itu, tetapiniatku lebih kepada ingin tahu reaksinya terhadap ayat tersebut. Lama kamibertatapan.

“Kalau naktunggu Akim, lama lagi la jawabnya.”

Akhirnya diabersuara dalam tawa yang dibuat-buat. Aku mengetap bibir. Berilah satu tempoh,wahai Tengku Hazqeel Hakimi. Lisa sanggup tunggu.

“Insya Allah,ada jodoh, tak ke mana...” ayat itu, walaupun sekadar bisikan, tetap tertangkapdi telingaku, tetap menyentuh sekeping hatiku. Aku mengulum senyum. Pura-puramemandang ke tempat lain.

Tiba-tibaHakimi bangun. Aku tersentak dengan kelakuannya sebelum mataku menangkapbeberapa susuk tubuh makcik dan pakcik saudaraku sedang beriringan keluar darimuka pintu. Pastilah dia tidak mahu cerita ini berpanjangan. Aku, tidak mahukelihatan ketara kerana turut terasa panik, terus berbuai seperti tidak ada apayang berlaku.

“Lisa, tungguAkim, tau.” Sambil mengerjip mata, sempat dia melontar kata sebelum berpaling,meninggalkan aku tertanya-tanya. Menunggu dia sehingga saat jodoh itu tiba ataumenunggu dia untuk pergi bersama-sama ke majlis malam nanti?

Ah, sukarnyamemahami siratan kata-katamu, Tengku Hazqeel Hakimi!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku