DEWI CINTAKU
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Jun 2017
Kisah seorang gadis yang tidak dapat menerima cinta ikhlas yang dihulurkan oleh seorang pemuda yang setia menunggunya. Disebabkan trauma dengan kisah silamnya kerana menjadi mangsa penderaan oleh bapanya sendiri. Dia juga menyaksikan penderitaan yang dilalui oleh seorang isteri yang merupakan ibunya sendiri. Ibu yang sentiasa berusaha untuk melindunginya namun akhirnya dihukum gantung sampai mati disabitkan kesalahan membunuh bapanya.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
162

Bacaan








"Hisshh..hisshh.. sapa budak perempuan tu aaa. Pasai apa aku tak pernah nampak dia pun sebelum ini." Jerit Dania histeria. Diketuk-ketuk kepalanya sendiri. Ditendang-tendangnya pula semua pintu tandas disitu. Tak cukup dengan itu, dipijak pijaknya tong tong sampah yang ada disitu. Tiba-tiba terdengar derapan tapak kaki. Lekas-lekas dia menuju kecermin 'memperbetulkan' tudungnyanya lalu dia terus berlari.


"Tolong.. tolong..." Tiba tiba terdengar jeritan meminta pertolongan sayup sayup membelah udara. Berlari lari lah pakcik guard dan orang ramai menuju kebahagian lady room. Sebaik saja sampai disana, kelihatan seorang anak gadis terkulai layu. Didalam dakapan seorang wanita pertengahan umur itu.

"Kenapa ni puan." Tanya pakcik guard yg lekas-lekas control macho kepada seorang wanita pertengahan umur yg jelita itu.

"Saya pun tak tahu. Saya baru ja nak buka pintu, tiba tiba dia keluar terus jatuh kedakapan saya." Jawab perempuan pertengahan umur itu malu-malu.

Pakcik guard yg sedang control macho itu, tersipu-sipu melihat keayuan dan kesopanan yg diberi.

"Eh..!! Dahi dia bengkak ni. " kata pakcik guard lalu terus menolak pintu masuk lady room. Tapi sempat dia memberikan kenyitan mata kepada perempuan jelita itu.

"ALLAHU AKBAR...!!" Jerit pakcik guard. Roger...roger... terus dia menghubungi rakan setugasnya. Kegemparan pun melanda diseluruh hotel itu. Bodyguard pun berlari-lari menuju kepada keluarga diraja. Ingin melindungi. Lekas lekas dihampiri,lalu dibawa pergi. Kedestinasi bilik besi. Bila ditanya bonda ratu kenapa. Jawab mereka, ada musuh menyelinap disini. Tidurlah keluarga diraja itu, didalam bilik besi. Dibawah tanah semalaman.


"Awak rasa angkara siapa ya."Tanya iqbal kepada hacks nya.

"Manala aku nak tau bodo.. "jawab wawa kepada perampas hacks terakhirnya itu.

"Agaknya ada beberapa orang yg terlibat tak bee?"

"Otak hang." Kelekuk.. teen menyekeh lagi.

Tak apalah bee. Demi cinta dihati ini, kurelakan kepalaku diketuk lagi. Arif berkata didalam hatinya sambil mengusap ngusap kan kepalanya.

"Ayang tengok ni, sampai pecah pintu ni. Menunjukkan ianya angkara lelaki."

Paaanngg....

Tiba tiba jamie menendang sebuah pintu yg masih utuh disitu. Dijelingnya shuk sebelum berlalu dari situ. Terkulat-kulatlah syuk memandang akan pintu itu. Yang bukan saja pecah. Malah telah roboh bersama engselnya sekali.

"Jangan ingat perempuan tak kuat." Kata pica sambil menunjal-nunjalkan jarinya kedahi syuk. Lekas lekas syafiq memujuk,lalu dibawanya pergi. Tergeleng-gelenglah yang melihat. "Kalau macamni sepuluh tahun pun tak selesai kes ni." Kata el memandang nawawi.

"Memang nak kena bagi masuk tadika ni"kata nawawi pula.

"Tak tau lah nak kata apa lagi dengan budak budak ni." Kata mar sambil memegang kepalanya.

"Takpa lah, biarlah kat depa. Depa kan budak budak lagi." Lembut nazeer memujuk sambil meletakkan tangannya keatas bahu mar.

Shah cuma memandang sekilas didalam ladyroom itu sebelum bergegas mencari beeb yg dari semalaman telah tiada. Hanya ALLAH yg tahu berapa risau hatinya memikirkan nasib beeb, semasa didalam bilik besi itu. Resah hatinya memikirkan beeb, bersama resahnya memikirkan spy yg telah menyelinap disitu. Setahunya sistem disitu terlalu utuh. Namun mungkin spy itu terlalu cilik kerana tiada kelihatan dicctv. Ada orang yg boleh dicurigai


"Ya ALLAH..!! Kenapa sampai jadi macam ni."

Tangis bonda sambil memeluk seorang gadis yg terbujur lesu, diatas katil beroda didalam sebuah bilik dihospital,dibandar itu. Senyuman sinis yg dilemparkan gadis itu, tidak disedari bonda ratu. Yang telah pun menyembamkan wajahnya kedada gadis itu.


Mata yg terintai dari tepi jendela itu pun mula dialihkan. Tanpa lengah dia pun melemparkan cindai ungunya luas terhampar. Sebelum dia terjun lalu peganglah dia akan kedua hujung selendang ungu itu dengan kedua dua belah tangannya lalu terbanglah dia keudara. Meninggalkan jauh jendela itu yg terletak ditingkat 20, dihospital dibandar itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku