Mr ABC Miss Hati Batu
Bab 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Jun 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
322

Bacaan






OLIOyang tengah menyisir rambutnya tersentak bila mendengar deringan telefon. Dialetak sikat di atas meja solek. Dia capai telefon bimbit lalu lihat ke skrin.Terpamer nama Tuan Dolah. Lantas segera dijawab panggilan itu.

            “Assalamualaikum,uncle,” sapa Olio dengan nada sopan.

            “Waalaikumusalam,”balas Tuan Dolah.

            “Unclesihat? Dah makan ubat? Jangan lupa sarapan tau. Lepas tu terus makan ubat. Oliotak nak uncle skip waktu lagi.”Sempat Olio menitipkan pesanan berbentuk kesihatan kepada Tuan Dolah. TuanDolah pernah menghidapi penyakit strok dahulu. Jadi Olio tidak mahu tragedilama menimpa bapa saudaranya lagi.

            TuanDolah tersenyum.

            “Alhamdulillah,uncle sihat. Uncle dah breakfast danmakan ubat tadi. Olio jangan risau. Tahulah uncle menjaga diri.” Tuan Dolah tidakmahu Olio risaukan dirinya.

            Oliomenghela nafas lega bila mendengar jawapan Tuan Dolah.

            “Olio,Shah apa khabar? Dia dah tamat belajar kan? Dah jadi guru prasekolah, samaseperti apa yang dia impikan selama ini?” Ada nada sebak di setiap bait-baitkata yang dituturkan oleh Tuan Dolah.

            “Shahkhabar baik, uncle. Dia dah jadi cikgu sekarang. Mengajar di SK Seri Sekamat,Kajang. Anak uncle tu makin kacak tau. Penampilan pun dah segak, tak sama macamzaman dia belajar dulu. Mesti ada ramai peminat. Silap hari bulan, uncle bakalterima menantu perempuan nanti,” cerita Olio.

            TuanDolah ketawa dalam sebak. Gembira rasanya hati tatkala menerima perkhabaranberita mengenai Shahir setelah empat tahun berlalu.

            “NantiOlio berswafotolah dengan Shah tau. Lepas itu, WhatsApps pada uncle. Uncleteringin sangat nak tengok gambar terkini anak lelaki uncle itu. Uncle rindunak peluk dan cium pipi Shah. Tak dapat peluk si empunya badan, dapat ciumgambarnya pun jadilah,” pinta Tuan Dolah beriya-iya.

            Hibahati Olio apabila Tuan Dolah mengutarakan permintaan itu padanya. Biarpun iakelihatan biasa, namun besar ertinya bagi Tuan Dolah.

            “Uncle,beri masa pada Olio untuk pujuk Shah balik Sabah. Bukan senang nak lenturkankemarahan dia. Dia terlalu…” Olio tidak betah hendak menyambung kata. Bimbangakan mengguris perasaan Tuan Dolah.

            “Bencikanuncle?” sambung Tuan Dolah lalu tersenyum lemah.

            Olioterdiam.

            “Uncletak tahu macam mana caranya untuk uncle terangkan perkara sebenar pada Shah.Dia termakan dengan kata-kata lelaki bertatu ular itu. Bagi dia, uncle penyebabkematian arwah. Uncle cuba untuk bercakap jujur, tapi dia tetap tidak mahudengar. Uncle…” Tuan Dolah melepaskan keluhan.

            “Unclesudah amanahkan Olio kan? Insya-ALLAH, Olio akan berusaha bersungguh-sungguhuntuk memujuk Shah. Hati manusia ni umpama kerak nasi. Jika kena gayanya, makacairlah ia. Olio tahu, jauh di sudut hati Shah, dia masih menyayangi uncle.Cuma kemarahan dan kebencian menyeliputi sekeping hatinya buat masa ini. Oliojanji dengan uncle. Olio takkan balik selagi tidak berhasil membawa Shah pulangke pangkuan uncle.” Olio melafazkan janji pada Tuan Dolah.

            “Terimakasih, Olio. Olio dah banyak membantu uncle bangkit semula daripada kejatuhanyang uncle alami dulu. Kalau tak ada Olio, uncle tak tahulah apa yang akanberlaku pada uncle.” Tersentuh hati Tuan Dolah tatkala mengenangkan ketulusanhati Olio. Sehingga kini, anak saudaranya itu begitu taat padanya.

            Oliomengukir senyuman.

            “Kitakeluarga, uncle. Siapa lagi yang boleh bantu kalau ahli keluarga sendiri?”balas Olio.

            TuanDolah kesat air mata yang tiba-tiba saja menitis.

            “Unclenak gambar Shah kan? Nanti Olio WhatsApps ya?” sambung Olio.

            “Baik,terima kasih, Olio,” balas Tuan Dolah.

            “Sama-sama,”jawab Olio.

            “Tolongjagakan Shah untuk uncle ya, Olio?” pinta Tuan Dolah.

            “Baik,uncle,” janji Olio.

            Tutt,talian dimatikan.

            Setelahmemastikan penampilannya kemas, Olio keluar daripada bilik lalu beredar menujuke dapur. Mahu menyediakan sarapan pagi.


GARA-GARA mahu membelikan nasi lemak buatFasha, Shahir keluar awal pagi ini. Biarpun ditegah oleh Olio yang mahu diabersarapan dahulu, namun dia tetap berdegil juga. Sempat dia singgah di geraimenjual nasi lemak berdekatan dengan stesen minyak Shell. Kemudian bergegasmemandu kereta menuju ke rumah Kak Leen.

            Shahirmemberhentikan kereta di hadapan rumah. Dia tidak mematikan enjen kereta. Teruskeluar lalu menerkam Kak Leen yang sedang membolos masuk ke dalam perut kereta.

            “KakLeen?” jerkah Shahir.

            KakLeen terus mengurut dada. Dia menjeling tajam Shahir.

            “Shahirbuat akak terkejut saja. Bagilah salam!” bebel Kak Leen.

            Shahirhanya tersengih. Kak Leen menggeleng melihat tingkah Shahir.

            “Pagibuta dah datang rumah akak ni, kenapa?” Dia sudah tahu tujuan sebenar Shahir,namun tetap bertanya.        

            “Nakjumpa Fasha.” Shahir terjengket-jengket kaki, mencari kelibat Fasha.

            “Kejap,akak pergi panggil buah hati pengarang jantung Shahir.” Kak Leen masuk kedalam. Beberapa saat kemudian, dia keluar semula. Disisinya ada Fasha. Kak Leenmenyelinap ke dalam perut kereta. Membiarkan mereka berdua berbual.

            Fashapeluk tubuh sambil bersiul.

            “Nah.”Shahir menyua plastik berisi nasi lemak kepada Fasha.

            “Apani?” soal Fasha sambil tenung plastik itu.

            “Sayabelikan nasi lemak ayam untuk awak. Awak kena makan tau. Nasi lemak ni sedapsangat-sangat. Ibu kepada bekas anak murid Shahir yang masak. Gerai ni geraikegemaran Shahir. Sekali cuba, mesti nak lagi,” beritahu Shahir.

            Fashamencemik.

            “Kenapaawak baik hati sangat hah? Dah tahu saya tak suka. Tapi lagi terhegeh-hegeh nakdekati saya. Awak memang muka tidak tahu malulah,” cemuh Fasha.

            Shahirketawa. Dia merenung wajah Fasha dengan pandangan redup. Hendak menggoda Fasha.

            “Kenapaawak tanya soalan yang awak sendiri sudah tahu jawapannya?” balas Shahir dengannada lunak.

            Berdebarhati Fasha bila mendengar suara Shahir. Dia segera memalingkan muka ke tempatlain.

            Shahirtersenyum melihat respon Fasha.

            “Awakdah baca nota cinta Shahir untuk Fasha tu?” soal Shahir ingin tahu.

            “Notacinta apa awak ni?” Fasha berpura-pura tidak menahu apa yang dikatakan Shahiritu. Padahal, dia sudah menyimpan nota cinta itu di dalam kotak. Satu kotakyang dikhaskan untuk menyimpan segala pemberian Shahir.

            Shahirberdecit.

            “Lupalahitu. saya ada bagi masa kita makan sama-sama hari itu.” Shahir cubamengembalikan ingatan Fasha. Mudah bebenor Fasha lupa.

            “Oh…”Fasha tersenyum meleret.

            Berkerutdahi Shahir.

            “Panjangnyaoh dia,” balas Shahir.

            “Sebenarnya,saya dah buang kad yang awak bagi tu ke dalam tong sampah. Kad tu bukannyacantik mana pun. Tak kena dengan selera saya,” bohong Fasha. Jujur, dia berasakagum pada kreativiti yang dimiliki oleh Shahir. Pandai menggunakan kombinasiwarna terang dan gelap. Bait-bait tulisan itu juga menyentuh hatinya. A.Azalea. Sehingga kini ayat itu sebati di ingatan.

            Terangguk-anggukShahir bila mendengar kata-kata Fasha.

            “Oh,dah buang? Tapi Kak Leen ada beritahu yang saya simpan kad itu,” teka Shahir.

            Fashaketap bibir. Terasa panas wajahnya.

            “Nantisaya bagi nota cinta yang seterusnya pula ya. Huruf B,” beritahu Shahir.

            Fashabuat tak tahu. Padahal dalam hatinya sudah menjerit suka. Tidak sabar menunggunota cinta Shahir.

            “Shahirpergi dulu. Bye!” Shahir kenyit matake arah Fasha. Lalu beredar meninggalkan rumah teres dua tingkat itu.

            Fashatersenyum lebar. Plastik di tangan diperhati. Tidak sabar mahu merasai keenakannasi lemak pemberian Shahir. Mesti sedap!


FASHA tarik laci meja. Sebuah kotaksederhana besar dibawa keluar lalu diletakkan di atas meja. Penutup kotakdibuka. Sekeping kad berbentuk hati pemberian Shahir diambil. Dia baca satu persatu tulisan Shahir. Bibirnya mula terukir senyuman. Shahir sudah berjanjiuntuk memberi nota cinta yang seterusnya. Tidak sabar rasanya hendak menunggukemunculan Shahir.

            Bunyiloceng yang beberapa kali ditekan dari luar menyentakkan lamunan Fasha. Lekasdia bangun lalu keluar ke kaunter. Terkedu seketika bila melihat susuk tubuhWanie yang sedang tersenyum bersama raut wajah tenangnya itu. Dia menghampiriWanie.

            “Kaubuat apa di kedai dobi aku ni?” soal Fasha.

            Wanieangkat plastik berisi pakaian kotor lalu letak di atas kaunter.

            “Akunak hantar baju untuk dicuci,” balas Wanie.

            Fashamenghela nafas lega bila mendengar jawapan Wanie. Fikirnya, Wanie mahumemakihamun dia. Masih jelas di fikiran Fasha akan tuduhan Wanie tempoh hari.Gara-gara Shahir menolak cintanya, Wanie menuduh Fashalah punca. Lantas bukuresit di dalam rak berwarna hitam diambil. Dia mencatat sesuatu di bahagianyang masih kosong.

            Wanietenung muka Fasha.

            “Fasha,boleh aku tanya sesuatu?” tegur Wanie.

            Fashaberhenti menulis. Dia angkat muka memandang Wanie.

            Waniemasih lagi tersenyum.

            “Dahlama ke kau kenal dengan Cikgu Shahir?” soal Wanie ingin tahu.

            “Akukenal dia daripada tahun lepas,” balas Fasha ringkas.

            SenyumanWanie mula mati. Wajahnya dibaluti riak serius.

            “Kaubercinta dengan Cikgu Shahir ke?” Wanie menyoal lagi.

            Berkerutdahi Fasha bila mendengar pertanyaan Wanie.

            “Soalanapa ini?” Fasha tergelak.

            Waniemendengus keras.

            “Jawabsoalan aku!” bentak Wanie tiba-tiba.

            Fashaterkedu. Terkejut mendengar jerkahan Wanie. Dia terus terdiam. Hatinyatertanya-tanya dengan perubahan angin Wanie. Sekejap okey. Kemudian tidak okey.Apa yang tidak kena dengan gadis bertubuh gempal itu?

            “Kaubercinta dengan Cikgu Shahir ke?” ulang Wanie lagi.

            “Kamitak ada apa-apa hubunganlah. Aku hanya anggap dia sebagai seorang kawan saja,”balas Wanie bersungguh-sungguh.

            Waniemengecilkan bola matanya.

            “Betul?”Wanie mahukan kepastian.

            Fashaangguk laju.

            Waniekembali tersenyum.

            “Baguslahkalau tak ada apa-apa,” balas Wanie.

            Selesaimenulis resit, Fasha menyerahkannya kepada Wanie. Wanie segera mengambil resititu dari tangan Fasha.

            “Kenabayar deposit tak?” soal Wanie.

            “Takperlu. Bayar semasa ambil baju ni nanti. Bawa resit itu sekali,” balas Fasha.

            “Okey.”Wanie terus beredar meninggalkan kedai dobi itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku