AKU
Bab 2
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Jun 2017
Dia... Berdarah campuran. Yang pasti... Ini bukan mimpi!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
41

Bacaan






KINI Arash baru tiba di hadapan sebuah rumah. Luas juga rumah itu, rumah jenis dua tingkat. Kawasan laman pun cukup luas. Jika diadakan kenduri kahwin, 8 buah kanopi boleh muat. Tak sangka rumah Nek Som seluas ini.

Sebelum ini pun, dia belum pernah lagi menjejaki rumah ini. Dia tak suka duduk kampung! Dia tahu kampung tiada internet menyebabkan dia tidak boleh melayani media sosial seperti selalu. Memang benar dia rasa kampung seperti satu beban baginya kerana semua perbuatannya terhalang. 

Arash membuka pintu kereta kemudian mengambil beg di bonet.

“Rash, pak cik balik dulu ya?” ujar 

“Baiklah, terima kasihlah sebab tolong hantar Rash ke sini.”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam...”

Pak cik selaku staf papa memandu kereta beransur hilang dari pandangan. Sekarang tinggal dia seorang diri dan perlu menginap di rumah ini. Dia kembali memandang rumah dua tingkat itu, banyak pula duit Nek Som bina rumah besar macam ni. Mungkin keturunan aku memang kaya raya dari dulu lagi.

“Cu?”

Arash tersentak, terbuntang luas matanya. Kelihatan seorang nenek tua, tapi masih gagah perkasa. Wajahnya seakan wanita dalam lingkungan usia 60 tahun. Takkan Nek Som muda macam ni?

Nenek ini memakai baju lama wanita Kedah. Kain batik terikat kemas di pinggang. Rambutnya disanggulkan tinggi. Dia memegang satu tongkat kayu, ulu tongkat itu terukir kepala seekor naga. Kedua-dua belah anak mata naga itu ada sebutir permata yang amat bersinar apabila terbias dek cahaya matahari.

“Cu ni Arash kan?”

 “Ya, saya Arash. Nenek ni siapa?”

“Nenek ni Nek Som. Nenek kamu...”

“Oh, nek. Macam mana nek tahu nama saya, Arash?”

Nek Som tersenyum sinis seakan mengejeknya, “Tak perlu pun nenek tanya nama kamu, sebab nenek dah tahu semua ni. Nek tahu kamu akan datang sini, tidur dekat rumah nek...”

“Nek ni guna ilmu ke sampai tahu siapa nama, bila nak datang?”

“Biasalah, orang tua-tua macam nenek ni, pasti ada ilmu tertentu. Bukan nenek saja ada ilmu tu, kamu pun ada juga.”

“Apa maksud nenek? Rash langsung tak faham. Ingatkan soalan KBAT dalam periksa susah nak cari maksud tersirat dan tersurat, rupanya soalan penyataan nenek pun KBAT juga.”

“Tak perlu kamu tahu maksud nenek. Bila kamu duduk di sini dengan nenek, kamu akan tahu juga apa yang nenek ingin maksudkan.”

“Nek ni...”

“Dah, jom masuk dalam rumah dulu. Kamu pergi mandi, nanti nenek panggil untuk makan malam. Kat luar ni bahaya!” balas Nek Som berlalu pergi. Dia pasti cucunya Arash sedang berfikir apa yang dia maksudkan, bersabar Arash.

“Baiklah.”

Arash masih dilema. Dia kebingungan yang amat teruk. Fikirannya bercelaru, apa yang nenek ingin maksudkan. Kenapa dekat luar ni bahaya, padahal tak ada apa pun. Apa semua ini, kenapa dia perlu berada di kampung ni sekarang, semuanya salah papa dan mama!

Dia terus mengikuti Nek Som dari belakang hingga masuk ke dalam rumah.

Melangkah masuk ke dalam rumah, menyebabkan dia separuh teruja. Besar juga rumah Nek Som. Ingatkan rumah kampung hanya rumah biasa yang tiada apa-apa kemudahan. Ternyata dia salah tafsir!

Semua kelengkapan ada, Tv, sofa yang gah juga besarnya, perabot pun apa kurangnya, semuanya seperti di rumah lamanya. Yang penting... ada aircond. Baru nyaman sikit rumah ni.

“Bilik kamu dekat atas, pintu bilik kamu ada kain langsir. Yang tak ada tu, stor. Jangan sesekali nak masuk, faham?”

“Faham nek... tapi kenapa tak boleh masuk? Stor aje kan?”

“Kamu nak buat benda apa dalam stor tu? Nanti kamu tahulah, bawa bersabar sikit.”

“Ish nenek ni, selalu buat suspens. Ye lah, what ever...” 

Arash menaiki satu per satu anak tangga. Sampai di bilik yang dihiasi kain langsir, dia terhenti. Dia menoleh sedikit, bilik tu! Bilik stor yang Nek Som maksudkan. Apa yang ada dalam stor tu, sampaikan Nek Som melarang untuk masuk.

“Masuk dalam bilik kamu!”

Arash tersentak melihat Nek Som tiba-tiba muncul sebelahnya.

“Masa bila nenek naik atas?”

“Shuhhh, masuk bilik kamu. Jangan ada niat nak masuk stor tu! Ingat pesan nenek!”

“Nek ni pelik laaa. Tiba-tiba muncul dekat sini, siap boleh baca isi hati Rash lagi. Nek membela ke?”

“Diam... dan diam. Ingat pesan nek.”

Nek Som turun kembali.

Arash masih tertanya-tanya, apa yang berlaku sebenarnya. Paling pelik sekarang ni, dah kenapa dengan Nek Som tu, muncul tiba-tiba macam hantu, lepas tu boleh baca isis hati orang pula tu, apa kena mengena stor tu dengan aku, soal hatinya.

Tombol pintu dipulas lalu pintu terbuka.

“Wah, besar juga bilik aku ni.”

“Bagus nenek aku ni, siap letak aircond dalam bilik ni. Memang pandai baca isi hati aku. Almaklumlah, keluar dari perut mama terus duduk dalam tempat sejuk. Itu yang sampai sekarang mengada nak rasa sejuk aje.”

Dia melempar beg yang dibawa. 

Suis aircond dipetik. Enjinnya mula berfungsi, rasa dingin mula membelai kulitnya. Ah, baru best duduk kampung macam ni. 

Dia menghempas badan ke atas katil. Tapak tangan mengusap lembut permukaan katil. Haih, Nek Som ni... memang sayang benar dekat aku seorang. Semuanya ada, katil pula jenis katil spring, bersaiz king size. Empuk saja apabila baring.

“Lebih baik aku mandi dulu, nanti nak turun makan pula.”

Arash terus bergegas mandi segera. Perut pun dah terasa lapar.

Arash sudah selesai mandi. Dia pun sudah bersiap dengan mengenakan baju t-shirt dengan seluar pendek di atas paras lutut. Begitulah cara pemakaiannya setiap hari. Jika ingin keluar bersama kawan, itulah pakaian yang dipakai. Tapi, kalau bersama keluarga dia mengenakan seluar yang panjang.

Dia menuruni anak tangga menuju ke dapur. Kelihatan Nek Som sedang mengoreng sesuatu, tapi tidak tahu apa yang digoreng. Dia melabuhkan punggug di meja makan. Hanya ada dua pinggan berisi nasi putih, telur mata. 

Alahhh!

“Nek, ayam goreng tak ada ke?”

“Tak ada laaa Rash. Kamu tahukan nak pergi ke pekan susah, lagi pun ayam mahal sekarang ni.”

“Bukan ikan ke yang mahal?”

“Dekat sini, semuanya mahal cu...”

Haaa, baru teringat!

“Tadi masa Rash datang sini, Rash tengok ada aje ayam dekat sekitar sini. Berkeliaran lagi sana-sini, nek tangkap lepas tu sembelih, senang?”

“Haippp! Jangan celopar sangat mulut tu. Ayam dekat sini bukan ayam sebarangan tahu? Itu semua bukan ayam, tapi...”

“Tapi apa nek?”

“Tapi... kita makan dulu!”

“Nek, Rash tanya ni kan? Jangan laaa berdalih lagi.”

“Buwerkkk!”

Idea mari!!!

“Tak mau makan!”

Tangan Arash memeluk tubuh, dia menjuihkan mulut ke arah nenek. Anak matanya langsung tidak memandang ke arah Nek Som. Sengaja!

Nek Som menyejat minyak yang berlinang di bahagian ikan kering goreng, kemudian dihidang di atas pinggan. Tombol nyalaan api dipulas tutup.

Dia menoleh ke belakang, pinggan dihidang di atas meja. Kerusi ditarik lalu duduk. Wajah cucunya ditatap lembut, sayang.

“Makanlah, nanti perut kamu masuk angin.”

“Biarlah masuk angin pun! Tak kesah, bukan ada orang sayang dan peduli pun!”

Nek Som menggeleng.

Haih, cucu aku seorang ni... merajuklah tu!

“Ye laaa, siapalah yang nak sayang dan pedulikan kamu kan? Tak mau makan sudah! Nenek dah pelawa makan, tapi kamu yang jual mahal. Kalau tengah malam bangun sebab lapar, maaf ya... tiada stok maggi dalam rumah ni. Sekian!”

“Malam karang kalau lapar sangat, Rash pun reti masaklah nek. Ingat biasa-biasa ke hah? Ini Arash la...”

Nek Som cepat memintas, “Memanglah kamu tu reti masak, kena tengah dok syok masak, tetiba benda lain datang! Kamu berani ke?”

Glup!

Puas Arash menelan air liur. Ish, nenek ni... dah laaa aku ni jenis tak kuat semangat, baru saja nak tunjuk kepakaran memasak, tiba-tiba mulut tu jahat pegi cakap macam tu. Serta-merta hilang ke semua kepakaran memasak. Yang tinggal... kepakaran penakut!

“Berapa liter air liur kamu telan tu?”

Aik, macam tahu-tahu je.

“Ye laaa, Rash makan.”

Nek Som tersengih seorang diri. Arash cucu nenek ni, macam-macam karenah. Tak mau makan sangat tadi, lepas dengar benda lain yang datang, barulah hilang merajuk tu. Arash... Arash... kamulah cucu nenek untuk selamanya. Kamulah pewaris nenek nanti.

Arash meleraikan pelukan tubuh. Kerusi ditarik ke hadapan sedikit agar mudah untuk menjamu selera. Telur mata yang dibanjiri kicap manis cap kipas dicobek kecil. Telur mata digaul dengan nasi lalu disuap ke dalam mulut.

Ops!

“Nek, sedap juga makan nasi dengan telur mata ni...”

Kejap!

Biar betik!?

“Tapi... nek cakap ayam dekat sini bukan ayam sebarangan. Dan macam mana nenek boleh dapat telur ayam ni?”

“Oi, ingat nenek ni miskin sangat ke sampai telur ayam pun tak boleh beli?”

“Tak lah...”

“Pasal ayam tu jangan sebut kuat sangat malam-malam macam ni.”

“Kenapa pula?”

“Takut ayam tu tersedak je.”

“Nek niii, cubalah serius sikit dengan Rash. Suka sangat buat loyar buruk, bila Rash tanya, itulah... inilah... Dari tadi fikiran Rash ni asyik terfikir pasal ayam. Ayam dan ayam, tak ada benda lain selain ayam. Seriuslah nek...”

Nek Som tersengih, “Apanya? Betul laaa nenek serius ni. Ingat nek main-main ke, hah? Kan nenek dah cakap, nanti kamu tahu juga?”

“Memanglah nenek cakap, tapi, Rash tak boleh nak fahamkan apa yang nek cakapkan tu, apa kena mengena ayam dengan nanti Rash akan tahu juga? Dekat KL tu rasa tenang aje, datang sini... aduhai!”

“Ye lah, nenek cerita ya?”

“Ya, ya!”

“Kalau rajin!”

Nek Som tertawa memandang Arash yang sudah menjuihkan bibirnya.

Sabar cu, semua yang kamu persoalkan tu, memang mudah untuk dijawab. Tapi bukan mudah untuk kamu fahamkan. Kamu masih muda dan mentah, cu. Nek takut, kamu tak boleh terima semua ini.

Sebab...

Kita berlainan cu!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku