Hanya dia bidadariku
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Jun 2017
Cinta pertama tidak mampu dibuang, tapi cinta terakhir akan kekal selamanya. Tapi mampukah dua hati mengecap bahagia jika masih dihantui kisah yang lalu? Luka lama masih berdarah, apakah rela membiarkan hati tercalar lagi? Namun mampukah hati memendam rasa cinta yang telah lama berputik? Tiada erti kata bahagia sebelum melalui jalan derita, begitulah kisah Aminuddin dan Farisha.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
50

Bacaan






         "Apa yang di menungkan tu Aishah? Jauh sangat  Kak Kiah tengok."Satu suara halus melontar membuatkan Puan Sri Aishah terkejut dan lamunannya bertebangan dibawa angin lalu yang bertiup pergi. Dia meminta wanita itu duduk di sebelahnya. 

        "Takda apalah  Kak kiah, tiba-tiba saya teringatkan Farisha. Dah lama dia tak balik kan?" Puan Sri Aishah tersenyum kemudian terdengar satu keluhan halus, keluhan yang penuh dengan kerinduan. Walau mulut mengukir senyum tetapi wajahnya penuh dengan kehibaan dan kesedihan akibat merindui anak tersayang yang jauh di rantauan. 

       "Itulah dah lama Cik Isha tu tak balik, sibuk sangat agaknya tu sampai  takda masa nak balik jenguk kita kat sini." Mak Kiah cuba memujuk hati Puan Sri Aishah yang kerinduan itu. Dia juga sangat merindukan Farisha kerana dari kecil dia sudah menjaga dan membesarkan Farisha. Sudah dianggap gadis itu seperti anaknya sendiri, sejak kematian Tan Sri Aziz Farisha sudah jarang pulang ke rumah itu, katanya terlalu banyak kenangan antara dia dengan arwah. Meskipun arwah sudah meninggal empat tahun gadis itu masih lagi berduka dan bersedih kerana itulah dia memilih untuk bekerja dengan orang lain dari memilih bekerja di syarikat milik arawah Tan Sri Aziz mahupun menguruskan butik milik Puan Sri Aishah. Nasib ada Zafriel. Anak sulung keluarga itu menguruskan syarikat dan meneruskan legasi Tan Sri Aziz. Jika tidak, entah bagaimana nasib syarikat itu sekarang. Mahu menunggu anak bongsu keluarga itu masih lama lagi untuk menamatkan pengajian. Lagipula Hazril tidak minat dalam bidang perniagaan. Sekarang juga dia menuntut dalam ilmu perubatan dan tidak lama lagi bakal bergelar seorang doktor. Hanya Zafriel sahaja harapan keluarga itu. Selepas tamat pengajian degree, Zafriel terus bekerja dengan Tan Sri Aziz, dan belajar selok belok perniagaan. 

        "Sibuk mana la sangat dia tu Kak kiah? Bukan nya dia tu ada dalam bidang jualan ke atau bidang hartanah ke cuma kerani biasa je. " Puan Sri Aishah bernada hampa. Tidak tahu kenapa Farisha rela bekerja dibawah panas dan bekerja di bawah penyelian orang sedangkan dia boleh menjadi seorang pengurus yang menguruskan syarikat besar.

        "Tak baik Aishah cakap macam tu, janji kerja dia halal tak kisahlah kerja apa pun." Mak Kiah menegur dengan cara yang sopan tidak mahu tegurannya itu di salah ertikan oleh majikannya. 

       "Saya tak kisah dia nak kerja apa pun kak, cuma saya ni terkilan bila dia sanggup hidup macam tu, dah puas saya cuba pujuk dia untuk tolong Zafriel dekat syarikat tetap juga dia menolak. " Puan Sri Aishah mengeluh berat. Baginya kerja apapun tidak menjadi masalah tetapi Farisha tidak bersikap relevan. Kalau diikutkan rasa sedih dia lagi sedih dan pilu apabila kehilangan lelaki yang dicintai yang di peluk dan bermanja setiap hari. Farisha seolahnya ingin melarikan diri dari sesuatu dan bukan kerana dia bersedih dengan pemergian Tan Sri Aziz. Farisha memang seorang yang agak degil dan berpendirian tegas, jika A katanya A lah tidak akan sesiapa boleh mengubah menjadi B. Perangainya tidak ubah seperti arwah, tegas dalam pendirian dan keputusan. 

       "Mama, Maya nak pergi butik ni, mama nak pergi sekali ke? Atau mama nak duduk rumah je?" Maya berjalan mendapatkan Puan Sri Aishah yang sedang duduk berbual dengan Mak Kiah itu. Maya, isteri kepada Zafriel. Jika Zafriel menguruskan syarikat Maya pula membantu menguruskan butik milik Puan Sri Aishah. 
 
      "Maya pergi je la, mama tak sedap badan la mama nak rehat je dekat rumah." Puan Sri Aishah tersenyum pada menantunya itu. Maya mengangguk lalu tunduk bersalaman dengan Puan Sri Aishah dan Mak kiah. 

      "Okay, kalau macam tu Maya pergi dulu la ye dan mama jangan lupa makan ubat okay, anything i'll let you know. " Sempat gadis itu berpesan sebelum berlalu pergi. Puan Sri Aishah mengangguk laju. Nasib ada Maya ada juga orang yang boleh membantunya di butik, jika tidak sakit juga dia terpaksa pergi ke butik. Mahu mengharapkan Farisha memang tiada harapan ke arah itu. 

       "Akak masuk dulu la ye, nak masak untuk tengah hari nanti bising pula mulut budak kenit dua orang tu balik sekolah takda makanan. " Mak Kiah bangun, tetapi pantas tangan ditarik oleh Puan Sri Aishah memaksa Mak Kiah untuk duduk semula. 

        "Hari ni tak payah masak lah kak kita makan dekat luar je,  kejap lagi akak siap-siap lepas tu teman saya pergi spa ye Kak. " Pinta Puan Sri Aishah pada Mak Kiah. Wanita separuh abad itu angguk tanda mengakur permintaan majikannya. Badan yang sudah tua juga terasa penat melakukan tugas harian di rumah agam yang besar itu. Mak Kiah berjalan masuk ke dalam rumah untuk menyelesaikan tugasan hariannya sebelum mereka keluar, tinggallah Puan Sri Aishah yang masih termenung di atas gazebo yang dibina di tengah-tengah kolam ikan yang besar. Puan Sri Aishah gemar menghabiskan masanya di situ sambil melayan ikan-ikan  peliharaannya yang berbagai jenis dan warna. 

        "Isha, hang masak apa hari ni? " Tanya Aminuddin pada gadis itu sebaik dia masuk ke dalam kabin tempat gadis itu bekerja. 

         "Aku masak cincai ja hari ni, pi la amik kat meja belakang tu." Farisha mengarahkan jari telunjuk ke arah meja yang terletak makanan yang dbekalkan untuk Aminuddin dan dirinya. 
 
       "Hang tak makan sekali ka? " Soal lelaki itu, sambil berjalan menuju ke meja yang ditunjukkan. Perut yang sudah berbunyi meronta meminta di isi. Dibuka satu persatu bekalan yang di masak oleh gadis itu. 

         "Hang makan la dulu, aku ada banyak reja nak kena siapkan ni, satgi dah setle aku makan na." Farisha membelek fail yang bersepah di atas mejanya. Apabila tiba waktu untuk pengiraan gaji dialah orang yang paling sibuk kerana harus menyiapkan semua borang permohonan kerja lebih masa, kedatangan dan cuti yang di pinta. Tambahan pula sekarang dia sendirian menguruskan semua itu, jika dulu ada Najiha membantunya tetapi kini Najiha sudah ditukar ke tempat lain. 

          "Hang ni la, time makan tu makan lah time reja barulah buat reja. " Aminuddin menutup dan mengemas semua fail yang bersepah di hadapan Farisha, gadis itu terkejut dengan tindakan Aminuddin. Kemudian lelaki itu datang kembali dengan bekal makanan yang disediakan oleh Farisha kemudian menghidangkan makanan itu di atas meja. 

      "Dah, pi basuh tangan kita makan sama-sama, mengada sungguh time makan nak pi buat reja pasai apa." Aminuddin membebel pada Farisha. Dalam terpaksa Farisha menurut arahan lelaki itu dan dalam hati sempat merasa sedikit tersentuh dengan perhatian yang diberikan oleh lelaki itu pada dirinya. Selepas membaca doa mereka menikmati hidangan makanan tengah hari dengan begitu nikmat. Selesai makan Aminuddin duduk di kerusi hujung sudut bilik kabin itu untuk merehatkan diri dan tidur sebentar seperti biasa. Farisha memandang wajah polos lelaki itu ketika lena dibuai mimpi, sungguh tenang dan mendamaikan. Kulit hitam manis lelaki itu amat menarik hatinya untuk terus menatap tanpa jemu. Benarlah kata orang, hitam hitam si tampuk manggis, semakin dipandang semakin manis. Amboi sempat pula dia bergurindam sambil merenung ke arah Aminuddin yang sedang lena itu. 

       'Hai Din, kenapa kau baik sangat dengan aku? Kenapa layanan yang kau bagi macam istimewa sangat aku rasa, apakah kau rasa apa yang aku rasa bila ada berdua dengan kau? Atau kau memang macam ni dengan semua orang?' Farisha berteka-teki  dengan fikirannya. Seringkali dia cuba menyangkal perasaan yang dirasakan itu. Seringkali dia menasihati hatinya agar jangan bermain dengan perasaan, takut tidak seperti yang diharapkan, dan sekali lagi dia akan dikecewakan, seperti mana lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, terutama lelaki yang amat dicintainya dulu pergi meninggalkan dirinya tanpa khabar berita. 

        "Hoi hang menung apa tu? Berlubang dah dinding tu hang duk tenung." Aminuddin menyergah dari belakang membuatkan Farisha tersentak dari lamunannya kelam kabut dia membuka semula fail yang sedari tadi tidak di usik, pertanyaan lelaki itu tidak di balas dia tidak perasaan masa rehat sudah habis, dan entah berapa lama dia termenung menghadap lelaki itu pasti Aminuddin akan fikir yang bukan-bukan terhadap dirinya. Lelaki itu keluar dari kabin lalu hilang dari pandangan mata, Farisha menarik nafas lega. Disandarkan tubuhnya ke kerusi di picit kepala yang terasa berdenyut itu. Kenapa bayangan lelaki itu perlu mengekori fikirannya? Sikap prihatin lelaki itu membuatkan dia teringatkan seseorang. Seseorang yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dulu. Kerana keprihatinan itulah dia jatuh cinta dan akhirnya dikecewakan. Apakah sejarah lama akan berulang kembali? Apakah dia akan di kecewakan lagi kali ini? Apakah benar ini cinta? Arghh! Kepala Farisha semakin kusut memikirkan persoalan yang tidak berjawab di dalam fikirannya itu. 

         'No Farisha,you can't fall in love!Apa yang kau rasa ni cuma mainan perasan dan khayalan kau, ini bukan kenyataan! Kau lupa ke apa yang jadi dulu? Lelaki semua sama, penipu dan pengkhianat cinta! ' Farisha memberi amaran keras kepada dirinya sendiri. Tidak mahu terus hanyut jauh di bawa perasaan yang tidak ada kepastian. Farisha mengeluh berat. 
           Dadanya terasa sesak dan sebak, terasa seperti di hiris belati tajam yang menyiat isi hatinya sedikit demi sedikit. Hatinya menyendat. Hiba dan lara kian memuncak. Hatinya basah dengan perasaan. Farisha tidak dapat lagi menampung rasa sedih yang hadir. Begitu laju air mata membasahi pipi, apatah lagi kolam hatinya. Kesedihan yang membadai, memecahkan empangan kesabaran yang cuba ditahan sejak tadi. Tangisan membanjiri hatinya.  Semuanya kerana teringat kisah lama. Seharian dia tidak boleh fokus dengan kerjanya. Kepala terasa semakin memberat, tubuhnya lemah longlai seperti orang yng baru selesai bertinju. 

          "Babe, Mukhlis ajak pergi rumah nenek dia la hujung minggu ni, kau nak ikut tak?" Najiha bertanya sambil mencuci pinggan yang di guna ketika sarapan tadi. 

        "Tak kot, aku dah janji dengan Din nak..." Kata-kata gadis itu terhenti di situ. Hampir sahaja dia terpecah rahsia tentang rancangan dia dengan Aminuddin. Najiha menanti sambungan bicara Farisha, tetapi sepertinya tidak ada sambungan, cuma sengihan yang dipamerkan. 

        "Nak dating eh? Korang ni serius ke babe? Lain macam je aku tengok, korang bercinta ke?" Najiha sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahu, sudah sebulan mereka seperti itu, semakin hari semakin rapat seperti belangkas. Semua orang sudah mula bercakap tentang mereka tetapi sering dinafikan oleh keduanya. 

       "Apa yang kau merepek ni makcik oi? Suka buat andaian sendiri kan?" Farisha cuba mengawal perasaan malunya tidak mahu terlihat ketara akan perasaan yang sedang bermain di jiwa. Najiha agak pandai membaca fikirannya, dia meninggalkan Najiha sendiri di dapur masuk ke bilik untuk berehat, kerana esok pagi dia harus bangun awal pagi walaupun mereka bercuti esok. 

      "Eleh. Malu-malu panda pula minah ni, kalau bercinta cakap lah bukan aku suruh kahwin pun apalah kau ni?" Najiha ketawa sendiri melihat sikap sahabatnya, sudah pandai pula mahu berahsia sedangkan sebelum ini semua dikongsi bersama. 

         "Okay, sekarang hang tekan brek, lepas tu tarik gear tu ke huruf D, lepas tu hang lepas brek sikit-sikit  dan tekan pedal minyak perlahan-lahan." Farisha memberi arahan pada Aminuddin. Lelaki itu menurut segala yang dicakapkan oleh Farisha, hatinya sedikit berdebar dan tubuhnya terketar-ketar menahan rasa  takut. Pertama kali dia memandu kereta dan kereta yang dipandunya pula kereta mahal. 

      "Isha hang yakin ka ni? Ni Honda kot? Kalau apa-apa jadi kat kereta hang ni mampuih aku nak bayaq. " Aminuddin sekali lagi meminta kepastian dari gadis itu, risau jika dia tidak dapat mengawal kenderaan dan melanggar mana-mana pokok atau lebih lagi mungkin melanggar kenderaan lain yang sudah pasti kereta Honda city milik Farisha akan kemek dan calar. Silap haribulan mereka dikejarkan ke Hospital. 

      "Ala confident la sikit hang kata hang jantan, be brave! " Farisha memberi kata semangat pada lelaki itu walaupun dalam hati terbit juga rasa risau. Dia tidak kisah kalau keretanya kemek yang dia risaukan jika lelaki itu hilang kawalan dan melanggar kenderaan lain pasti panjang cerita jadinya, tetapi dia cuba menyakinkan hatinya yang lelaki itu mampu mengawal dan memandu dengan baik. Perlahan kaki yang menekan brek dilepaskan kereta bergerak sedikit demi sedikit dari perlahan dilajukan dan akhirnya menyusur laju ke jalan besar. 

          "Amboi seriusnya muka hang bawa kereta. Mengalahkan macam orang nak pi perang aih, kalah muka A. Galak yang tengah marah. " Farisha berdekah ketawa saat melihat riak muka Aminuddin yang berkerut dan matanya yang meliar kiri dan kanan melihat cermin sisi kereta. 

         "Hang gelak na, hang buleh la dah besa bawak kereta, aku ni baru nak belajaq duk ketaq lutut ni. " Terketar suara Aminuddin berbicara, nampak jelas ketakutan bukan setakat di wajah, tapi suara juga sama, matanya masih fokus pemanduannya. Tidak sedikit pun wajahnya memandang ke arah Farisha yang ketawa mengekek itu. 

       "Bawak kereta ni kena rilek, tak buleh fokus sangat, cuba hang santai badan tu sandaq sikit yang penting tengok cermin sisi belah kanan tu jangan sampai lebih line tengah. Yang lain takda apa nak takut. " Farisha memberi sedikit tips yang mungkin berguna untuk pemandu baru seperti Aminuddin itu. Lelaki itu menurut sahaja nasihat yang diberikan. Selepas seketika dia mula merasa selesa dan lebih tenang memandu. Untuk belajar memandu menggunakan kereta transmisi automatik memang tidak susah, hanya perlu keyakinan yang lebih untuk mengawal steering supaya pemanduan tidak tersasar. Habis satu Daerah ditawaf oleh mereka berdua hari ini, bermula dari jalan Teluk senangin mereka ke Setiawan, Sri manjung dan berakhir di Lumut. 

       "Dah asaq ni, jom kita semayang dulu." Aminuddin membelok naik ke masjid yang terletak di atas bukit sebelum masuk ke Dataran Lumut itu. Farisha hanya mengangguk dan tersenyum. Sesudah solat, Farisha meminta Aminuddin untuk memandu menuju ke satu tempat dan lelaki itu hanya menurut kehendak Farisha. 

        "Amcam? Best tak tempat ni?" Tanya Farisha sebaik mereka keluar dari perut kereta. Gadis itu terus melompat dan duduk di atas tembok setinggi paras pinggangnya itu. Aminuddin hanya tertawa melihat tingkah Farisha yang tidak ubah seperti seorang lelaki. Mungkin kerana itulah dia senang berkawan dengan Farisha, kerana perwatakan gadis itu yang bersahaja dan penampilan gadis itu yang tiada bezanya dengan lelaki. Aminuddin ikutan panjat dan duduk bersebelahan dengan Farisha, tetapi dijarakkan sedikit duduknya supaya tidak bersentuhan dengan gadis itu. Dia memang tidak pernah rapat dengan mana-mana gadis sebelum ini walaupun ketika dia bersama kekasihnya dulu. Batas pergaulan terlalu dijaganya kerana tidak mahu terperdaya dengan hasutan syaitan yang membolehkan dia terjerumus ke lembah maksiat, tetapi entah kenapa dia tidak merasakan itu dengan gadis dihadapannya kini malahan dia senantiasa ingin bersama gadis itu. Apakah ini sebenarnya cinta? Bukankah dirinya pernah bercinta dulu. Kenapa perasaan kali ini berbeza? Sungguh dia buntu untuk terus berfikir. 

           "Memang sempoi baq hang! Bapak best tempat ni." Aminuddin sedikit teruja dengan keindahan tempat itu. Suasana yang damai dan tenteram itu amat memukau pandangan matanya. Angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menambah keasyikan petang itu.  Dibuka plastik makanan yang mereka beli sebelum menuju ke sini sebentar tadi, sambil menikmati suasana petang sambil mengunyah keropok lekor. Memang terbaik! 

         "Tengok la sapa yang bawak, aku punya port lepak memang cenggini har. " Farisha menaikkan ibu jarinya setinggi boleh lalu ditunjukkan kepada Aminuddin membuatkan lelaki itu  menggeleng dan tersenyum. Memang diakui tempat yang dibawa oleh gadis itu semuanya menarik dan terbaik. 

          "Lepas ni kalau hang nak pi mana-mana hang habaq ja kat aku biaq aku jadi driver hang. " Aminuddin menawarkan perkhidmatan sukarela pada gadis itu. Pertama kali memandu sendiri kereta memang memberi satu perasaan yang teruja dan gembira. 

       "Amboi, suka la tu bawa kereta, tapi baguih jugak lepas ni aku dah ada pemandu peribadi boleh la aku duk kat belakang tidoq. " Farisha ketawa kecil dan Aminuddin ikutan tertawa dengan jenaka petang gadis itu. Mereka menikmati pemandangan matahari terbenam. Cahaya kuning kemerahan memancar menyuluh tepat ke arah wajah Farisha. Gadis itu terpejam rapat sambil menarik nafas sedalamnya cuba menikmati keindahan ciptaan Allah yang menawan hatinya. Aminuddin menilik wajah kecil molek itu dengan teliti. Cahaya yang terang menyuluh wajah Farisha benar-benar menambah kecantikan pada gadis itu, walau tanpa sebarang solekan diwajahnya kecantikan tetap terpancar jelas. Hatinya berdebar jantungnya seakan terhenti dan otaknya ligat mencipta lakaran wajah yang berteman cahaya matahari terbenam yang akan disemat di jiwa dan fikirannya. 
 
        "Jom la kita pi semayang maghrib lepas tu kita pi pasaq malam na. " Kata-kata Farisha itu membuatkan lamunannya terhenti. Ketika berpaling, mereka bertentang mata lalu tersentak jiwa menggarap rasa lalu memberikan getaran hebat dihati. Mereka dikejutkan dengan bunyi alarm kereta yang tiba-tiba memekik, perasaan malu terbit di antara sesama mereka,  Aminuddin terus terjun dari tembok itu lalu masuk ke dalam kereta. Farisha masih kejung di situ tidak tahu bagaimana hendak masuk ke dalam kereta dan menghadap muka lelaki itu. Entah bagaimana mereka boleh bertentang mata dan terpukau sesama sendiri. Akhirnya selepas beberapa minit berdiri di situ, Farisha masuk ke dalam kereta dan mendiamkan diri sehingga mereka sampai ke masjid untuk menunaikan kewajipan yang dituntut oleh Allah. 

          "Time kasih ajaq aku bawak kereta hari ni na." Seperti biasa dihadiahkan senyuman manis semanis madu pada gadis itu. 

       "No hal bro, benda kecik ja. Tapi hang ingat na lepas ni hang jadi driver aku ke mana saja. " Gadis itu memperingatkan sekali lagi tentang pelawaannya. Aminuddin mengangguk dan mengenyitkan matanya membuat Farisha tergamam dengan tindakan spontan lelaki itu. Aminuddin semakin berani dan galak menunjukkan perasaan, Farisha pula sudah terapung di awangan cinta melihat kenyitan mata itu. Tersedar dari angan-angan  selepas di ketuk cermin tingkapnya oleh Aminuddin dia tersengih lalu dia memandu keluar dari kawasan perumahan lelaki itu dengan perasaan yang bercampur aduk. 

         Farisha menghempaskan tubuhnya ke sofa melepaskan lelah, seharian dia meluangkan masa bersama Aminuddin tetapi seakan tidak merasa masa berlalu. Fikirannya melayang mengenang kembali semua benda yang mereka lakukan hari ini, sesekali dia tersenyum dan sesekali dia tertawa sendirian. Najiha yang sedari tadi memerhati dari depan pintu biliknya ikutan ketawa melihat Farisha yang seperti orang tidak betul. 

         "Amboi sakan dating hari ni, dari pagi sampai ke malam? Kalah aku!" Najiha menghempas punggung di sebelah Farisha. Sengaja di sakat gadis kecil molek itu. Farisha menjeling manja tidak marah lagi dengan usikan sahabatnya itu. 

          "Huarghhh... mengantuknya, aku masuk tidur dulu ye. " Farisha pura-pura menguap lantas bangun dan mencapai beg di sebelahnya lalu menuju masuk ke dalam bilik kerana tidak mahu melekat lama di situ. Pastinya Najiha akan mengorek rahsia dengan bertanya itu dan ini padanya. Sebelum gadis itu berpeluang lebih baik dia mengelak terlebih dahulu. 

        "Ala, baru nak gosip-gosip, sengaja la tu buat alasan. Benci tau dia ni. " Najiha mencebik. Farisha seakan tahu niatnya. Melihat Farisha hilang dari pandangan dia pun bangun menuju ke bilik untuk beristirahat. 

         Sebaik membersihkan diri, Farisha duduk termenung di hadapan cermin yang besar di biliknya itu. Dipandang wajahnya sedalam mungkin, rambutnya diusap perlahan dan kedengaran keluhan beberapa kali darinya. Sungguh dia nerindui masa lalu, tetapi mengingat masa lalu membuatkan dia sakit dan terluka. Semua kenangan masa lalu takkan pernah terluput dari ingatannya bahkan ianya sering menghantui malam-malam gadis itu, tanpa sedar air mata membasahi pipi halusnya, dari perlahan menjadi semakin laju seperti empangan pecah. Tersedu sedan dia cuba menahan suara, tidak mahu tangisannya didengari oleh Najiha. Dalam sedang leka teringat kisah lalu satu pesanan ringkas masuk, dia mencapai telefonnya itu untuk melihat isi kandungannya, sekali lagi dia mengeluh dan menangis. Mesej dari Aminuddin itu dibiarkan begitu sahaja tanpa membalas lalu dia bangun dan menutup suis lampu untuk tidur, kepalanya terasa berat, dadanya begitu sesak dengan semua ini. 

         "Tu dia pasangan angau meroyan balik dah. " Belum sempat Aminuddin masuk ke dalam rumah sudah di sindir hebat oleh Yasin. Seperti biasa Akmal hanya tersenyum. 

       "Dengki ka apa? Biasa la lelaki, mesti bercinta betui dak Mal?" Aminuddin menyambut baik kali ini gurauan Yasin. Akmal hanya mengangguk mengiakan pertanyaan Aminuddin. Yasin menjelirkan lidahnya. 

        "Hang betui ka tengah duk bercinta dengan pakwek tu Din? Lain macam ja aku tengok hangpa ni, banyak dah bunyi yang tak sedap aku dengaq. " Soal Yasin ingin meminta kepastian dia yang selama ini rapat dengan Aminuddin juga tidak tahu apa-apa tentang mereka. Hendak dikata tidak bercinta lagaknya seperti belangkas, ke mana sahaja pasti berdua. Jika hendak dikata bercinta pula kenapa Aminuddin tidak bercerita apa-apa tentang hal ini. 

         "Aku dengan dia kawan je la, macam aku kawan dengan hangpa juga. Tak lebih tak kurang pun, hang buat kalut buleh la. " Aminuddin menerangkan situasi sebenar, dia juga tidak tahu mendefinasikan perasaan yang dirasakan sekarang, ada masa dia merasakan sayang, ada masa dia merasa biasa seperti tiada apa-apa tetapi yang pasti dia senang berkawan dengan Farisha. Kejujuran gadis itu membuatkan hatinya tertarik untuk terus berteman sehingga rapat. Walaupun seumur hidupnya dia tidak pernah memiliki teman rapat perempuan. Farisha gadis pertama yang menjadi teman rapatnya. 

       "Kalau kawan takpa lah, bukan apa Din hang tu jantan dia tu pulak pompuan, kot mana pi pun takut alih-alih ada yang duk mengharap lebih sudahnya jadi lain cerita. " Yasin cuba menasihati sahabatnya itu agar berjaga-jaga di dalam menjalin perhubungan. Lelaki dan perempuan tidak sama kerana dia sendiri pernah alaminya. 

      "Betui tu Din, aku takmau la satgi hang buat dia kecewa ka, atau hang kecewa lagi ka, hang lupa apa jadi dulu?" Akmal pula menambah. Kali ini dia bersetuju dengan teguran Yasin. Aminuddin hanya tertunduk mendengar nasihat dari mereka berdua. 

       "Hangpa jangan lah risau, aku tau la nak buat apa. Sekali pun aku takkan lupa kisah aku Mal, Yasin. Sekarang ni fokus aku nak cari duit untuk tulong keluarga aku dan yang lain tolak tepi dulu. " Aminuddin masih dengan niatnya. Menjadi seorang anak rantauan yang jauh meninggalkan keluarga dengan niat untuk mengubah nasib keluarga sekaligus melupakan kisah silamnya. Terlalu perit untuk melepaskan segala kenangan. Diharap akan ada sinar baru untuk dia di sini. Mereka berdua mengangguk kemudian Aminuddin berlalu masuk ke dalam bilik untuk mandi dan tidur.

      "Mesej bluetick dah, tapi tak balas pun mesej aku? Tidoq dah ka dia ni, takpa lah mungkin dia penat kot." Aminuddin cuba memujuk hatinya yang sedikit kecewa kerana tidak mendapat jawapan dari soalannya. 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku