Hanya dia bidadariku
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Jun 2017
Cinta pertama tidak mampu dibuang, tapi cinta terakhir akan kekal selamanya. Tapi mampukah dua hati mengecap bahagia jika masih dihantui kisah yang lalu? Luka lama masih berdarah, apakah rela membiarkan hati tercalar lagi? Namun mampukah hati memendam rasa cinta yang telah lama berputik? Tiada erti kata bahagia sebelum melalui jalan derita, begitulah kisah Aminuddin dan Farisha.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
140

Bacaan






           "Babe, kau betul ke taknak ikut aku ni?Kau ok ke tinggal sorang?" Soal Najiha sambil menceduk mee goreng ke dalam pinggan untuknya dan Farisha. 

         "Don't worry la babe aku okay, lagipun family aku nak datang sini, mungkin petang ni kot diaorang sampai. " Farisha tersenyum pada Najiha. Semalam Zafriel memberitahu mereka akan datang ke Perak kerana kebetulan Zafriel ada urusan dengan pelanggan di sana jadi mereka membuat keputusan untuk singgah dirumah Farisha dan menghabiskan masa di sana hujung minggu ini. 

       "Okay lah tu tak la aku risau kau tinggal sorang-sorang." Najiha menarik nafas lega. Farisha memang agak penakut jika tinggal bersendirian. Tambahan pula gadis itu anak dara dan tinggal bersendirian pula nanti, macam-macam  boleh berlaku. Jadi persedian dan peringatan awal sentiasa harus ada untuk keselamatan mereka. Jiran di sebelah itu juga boleh tahan gatalnya, walaupun sudah beristeri. Selesai makan mereka berangkat kerja dan seperti selalu Najiha akan membonceng bersama Farisha mengguna motosikal gadis itu. 

        "Hi isha how are you?" Sapa Khairol sebaik gadis itu masuk ke dalam kabinnya. 

         "Im fine thank you. And you?" Farisha sekadar berbasa-basi, dia duduk dimejanya untuk melakukan tugas harian. 

        "I'm great, even more great after i've seen you. " Khairol mengenyitkan matanya pada Farisha, gadis itu menahan rasa mual ingin muntah. Terasa seperti mahu terkeluar semula mee gorang yang di makan pagi tadi. 

        "Amboi, kau punya pick up line, tak boleh blah kan? Geli geleman la aku dengar, dah kenapa jiwang pagi-pagi, tak makan ubat ek? Ke kau terlebih makan ubat pagi tadi?" Farisha berkata sambil ketawa kerana tidak mahu kelihatan kejam dengan terlalu berterus terang walau dia tidak suka akan cara Khairol itu. 

      "Sampai hati Isha cakap Khai macam tu. " Khairol bernada sedih cuba meraih simpati tetapi langsung tidak terkesan pada Farisha. Gadis itu sibuk membelek fail di hadapan mata tanpa menoleh sedikit pun pada Khairol. 

       "Isha jom kita pergi lunch hari ni nak? Khai belanja. " Pelawa Khairol penuh pengharapan gadis itu akan bersetuju dengan pelawaannya. 

         "Sorry aku dah masak la, aku jarang makan luar ajak la orang lain. " Farisha bangun lalu menggalas begnya keluar dari kabin untuk pergi ke tapak projek, makin lama dia di situ makin tidak tenteram jiwanya. Meremang bulu bukan setakat diroma malahan habis satu tubuh badan yang ada bulu semua meremang, seram dia dengan sikap terlebih manis Khairol itu. Khairol hanya memandang hampa melihat Farisha berlalu pergi. 

       "Eh Din, hang buat apa kat sini?" Farisha terkejut melihat lelaki itu sebaik dia keluar dari kabin. Aminuddin yang sedari tadi menguping perbualan mereka terkejut. Dia tersengih-sengih lalu berjalan pergi tanpa sebarang jawapan. Farisha memanggil lelaki itu sambil dipercepatkan langkahnya mengejar Aminuddin. Khairol hanya memerhati dari jauh. Hatinya panas melihat kemesraan mereka berdua. 

        "Jadi betui la apa yang aku dengaq selama ni?" Soal Aminuddin tiba-tiba membuatkan Farisha binggung dan pelik. Apa yang lelaki itu dengar? Dan apakah maksud pertanyaan lelaki itu. 

      "Maksudnya?" Soal Farisha kembali meminta kepastian di atas maksud pertanyaan Aminuddin. 

       "Khairol tu suka kat hang dan aku dengaq hangpa ni bercinta betui ka?" Rasa ingin tahu terlalu menebal. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus bertanya soalan begitu, jika mereka bercinta apa kena mengena dengan dirinya? Kenapa dia terlalu mengharapkan jawapan tidak dari gadis itu. Farisha ketawa mengekek mendengar jawapan dari lelaki itu. Aminuddin merasa pelik apakah yang lucu dengan jawapan yang diberi kan. 

      "Mana la hang dengaq gosip Mak Jemah ni Din oi? Aku?bercinta? Dengan Khairol tu? Memang sampai kiamat pun takkan jadi la." Farisha masih dengan tawa yang berbaki. Keras perutnya mendengar perkara itu. Aminuddin termalu sendiri dengan pertanyaannya, tapi jauh dari sudut hatinya dia merasa lega, entah kenapa, tetapi memang itu lah jawapan yang diharapkan. 

       "Malam ni kita pi makan steamboat nak? Malam ni gaji kan? Aku belanja hang mau dak?" Soal lelaki itu kerana tidak mahu terus berasa malu dengan kelancangannya sebentar tadi. 

        "Boleh juga, aku pun dah lama tak makan steamboat. " Farisha terus bersetuju tanda dia sedar yang dia terlupa petang ini keluarganya akan datang ke sini. Farisha meninggalkan Aminuddin di situ dan berjalan menuju ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugas. 

        "Bukan main mesra lagi Khai tengok Isha dengan budak welder tu?" Khairol menyapa Farisha yang sedang sibuk membuat fotokopi. Gadis itu terperanjat apabila tiba-tiba ada satu suara muncul dari belakangnya, mujur tidak dibuka langkah silat gayungnya. 

       "Apa benda kau ni? Terkejut aku la! Mesra apa pula ni? Apa yang kau merepek ni?" Farisha mengurut dadanya berulang kali. Soalan Khairol tidak berjawap, dia pula melontarkan soalan bertubi-tubi. 

       "Jangan ingat Khai tak nampak dan tak dengar la Isha, is there anything going on between you and him?" Soal Khairol lagi, kali ini nadanya agak keras sedikit dan ada bau rasa cemburu di dalam ayatnya. 

       "Why do you need to care? Kalau ada kenapa? Are you jealous?" Farisha sengaja menyimbah minyak ke bara api dan mencabar kemarahan lelaki itu, ingin melihat apa reaksi Khairol. 

      "Of course i do! You know how i feel on you? And you are mine! Just me! not others!" Khairol merapatkan tubuhnya dengan Farisha dilemparkan senyuman penuh makna pada Farisha membuat gadis itu ketakutan,dia tidak dapat mengawal perasaan cemburu dan marah yang meluap di dada. Kebetulan tiada siapa di pejabat sekarang yang ada cuma mereka berdua sahaja ketika itu. 

       "Behave Khairol! Kau ni memang gila la!" Farisha menolak tubuh Khairol agar menjauh darinya. Terketar tubuhnya menahan marah dan takut dalam waktu yang sama, mahu saja dilayangkan sebuah penampar ke muka Khairol itu. Memandangkan Khairol itu lelaki dan tenaganya melebihi dari taraf kemampuannya, diambil semua kertas-kertas yang sudah siap di fotokopi itu kemudian beredar pergi dari sana tanpa menoleh kebelakang. Peluh memercik di sekitar dahinya, sungguh dia tidak menyangka yang Khairol akan bertindak sejauh itu. Khairol semakin berani dalam menunjukkan perasaannya. Jika ada orang melihat kejadian itu tadi pasti mereka akan mengira yang dia dan Khairol sedang melakukan perkara tidak senonoh di pejabat. 
   
       "No matter what you will be mine Isha! Mine! Aku akan pastikan itu."Khairul tersenyum sendiri. Jika hendak dibandingkan dia dengan Aminuddin, kelebihan memihak padanya kerana dia seorang yang berkerjaya dan kacak jauh beza dengan Aminuddin yang hanya seorang kuli bawahan. Antara dia dan Aminuddin ibarat langit dan bumi. Khairol menghempaskan punggungnya di bangku dilepaskan nafas berat yang menyesakkan dada itu. Tidak habis memikir kenapa Farisha tidak faham akan perasaannya? Apa yang kurang pada dirinya? Banyak gadis cuba mendekati dirinya tetapi semua ditolak mentah-mentah kerana hatinya sudah terpaut pada Farisha. Tidak mungkin dia boleh menerima orang lain lagi. Dia perlu memikirkan sesuatu dan dia perlu memberi peringatan pada Aminuddin supaya jauhi Farisha. Dia cuba memikirkan jalan untuk mengenakan lelaki itu dan mencari jalan supaya boleh bercakap bertentang mata dengan pesaingnya. 

        "Bro, sini kejap!" Khairol menggamit tangannya pada Aminuddin. Lelaki itu melenggang datang menghampiri Khairol yang sedang bercekak pinggang. 

        "Beam ni dengan depan sana tu kau yang welding ke?" Tanya Khairol sebaik Aminuddin berdiri di hadapannya. Lelaki itu mengangguk memberikan jawapan di atas pertanyaan Khairul. 

       "Apesal teruk sangat? Macam mana kau welding ni? Macam budak darjah satu je! Repair balik line sini dengan depan sana! And i want it done by today faham!" Khairul meninggi suara sedikit pada Aminuddin membuat lelaki itu terkulat biji matanya mendengar jerkahan itu. Semua orang memandang ke arah Aminuddin, Khairul sudah tersenyum puas kerana dia sudah membuatkan berjaya mengenakan pesaingnya. 

       "Tapi bang line ni dah accept kan? Kawan abang yang sorang tu dia mai pagi tadi dia kata ok dah nak repair lagumana lagi bang?" Aminuddin memberanikan diri untuk bertanya kerana pagi tadi semuanya okay sahaja kenapa sekarang pula menjadi masalah? Dia merasa hairan. 

       "Kau nak cakap aku salah? Aku tak reti buat kerja? Siapa yang inspector sekarang? Kau ke aku?" Soal Khairul tidak berpuas hati disangka lelaki itu akan senyap dan menurut perintahnya tetapi sangkaannya meleset. Aminuddin seorang yang agak berani menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Aminuddin tertunduk memandang kasutnya tidak berani memandang wajah Khairul yang sudah mula menyinga itu. 
  
       "This is just a begining, kalau kau tak nak aku buat lagi teruk pada kau stay away from Farisha! She's mine!" Khairul merapatkan tubuhnya dengan Aminuddin lalu dibisikkan kata-kata amaran di telinga lelaki itu kemudian berlalu pergi dari situ. Sekarang Aminuddin sudah mengerti yang kerjanya tiada masalah dan beam yang dikimpal itu juga tiada masalah, ini hanya satu tunjuk perasaan tidak berpuas hati padanya. Aminuddin sedikit tertawa dan tidak menyangka lelaki hebat seperti Khairol itu tidak mempunyai otak sebenarnya. 

      'Isha Isha, dasyat jugak hang na? Dalam diam ada juga orang suka kat hang?' Aminuddin bermonolog sendiri, berkerut dahi lelaki itu teringatkan kata-kata Khairul yang berulang seperti pita rakaman terngiang-ngiang di telinganya, hanya kerana tidak berpuas hati dia dimarahi sebegitu rupa dan hanya kerana rasa cemburu dia di malukan seperti itu. 

        "Alhamdulillah sampai juga cucu nenek ni, lama nenek tunggu kauorang berdua. " Nek Wan berdiri di tangga dan tersengih apabila melihat Mukhlis keluar dari perut kereta. Lelaki itu terus mendapatkan neneknya untuk bersalaman dan di peluk tubuh tua itu erat melepaskan kerinduan. Selepas pelukan di leraikan Najiha pula tunduk menyalami Nek Wan, seperti Mukhlis, Najiha juga ditarik ke dalam pelukannya. 

        "Sorry nek jalan sesak tadi, kesian nenek tunggu kat luar ni. " Mukhlis membuka bonet belakang keretanya untuk mengeluarkan beg milik Najiha dan dirinya. 

       "Tak apalah janji sampai, jadi ni lah bidadari yang dah berjaya buat cucu nenek jatuh cinta ye? Lawanya, masyaallah. " Puji Nek Wan kepada Najiha, membuatkan gadis itu tersipu malu. Pipinya sudah mula kemerahan dan membahang. 

       "Eh tak la sampai bidadari nek, Jiha ni biasa je orang nya. Nenek sihat? Lama Jiha tak jumpa nenek kan? " Najiha merendah diri, dibetulkan sedikit tudung yang terasa senget kerana berpelukan dengan Nek Wan sebentar tadi. 

      "Itulah, lama sangat. Dulu masih berhingus tapi sekarang ni dah makin bergetah. " Usik Nek Wan, membuatkan Mukhlis terkedu matanya saling memandang dengan Najiha, sebelum hilaian ketawa terburai sesama mereka kerana usikan gurauan Nek Wan. Pandai pula Nek Wan berlawak. 

        "Nek? Ada tak benda yang angah nak tu? " Tanya Mukhlis pada Nek Wan, dia sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkannya. 

       "Mestilah ada, ni kan Nek Wan. " Nek Wan membangga diri sedikit, awal pagi lagi dia sudah menyediakan apa yang dipinta oleh cucu kesayangannya itu. Mukhlis sudah teruja, cepat langkahnya naik menuju ke atas rumah meninggalkan Najiha dan Nek Wan di situ. Mereka berdua hanya ketawa melihat tingkah Mukhlis yang berlari seperti lipas kudung. 

      "Urm sedapnya nek, the best pengat pisang in town. " Mukhlis tersandar kekenyangan di bangku meja makan, di usap perutnya yang terasa senak dek kerana kebanyakan makan. Tiga mangkuk dia mengulang tambah pengat itu. Tiada siapa mampu menandingi kesesapan pengat pisang buatan Nek Wan, sehinggakan ramai penduduk kampung di situ membuat tempahan jika ada kenduri-kendara yang dijalankan, tidak kurang juga yang menempah untuk buat minuman petang. 

       "Uish, tiga mangkuk B makan, lapar sangat ke B?" Soal Najiha terkejut, mahu ketawa pun ada juga apabila dia melihat perut Mukhlis yang sedikit membuncit kerana kekenyangan. Sempat dia membayangkan, mungkin begitulah keadaan perut Mukhlis apabila sudah berkahwin dan berumur kerana setahu dirinya kebanyakan lelaki akan buncit di perut selepas kahwin. Dia tergelak sendiri, pasti comel kalau di usap perut yang buncit itu. 

       Petang itu selepas berehat sebentar, Najiha turun ke dapur dan sudah bersedia untuk berperang membantu Nek Wan menyediakan makan malam, sesekali datang ke rumah bakal nenek mertua kena juga tunjukkan kepandaian dia dalam menguruskan rumah tangga. Mukhlis hanya tersenyum melihat gelagat Najiha dan Nek Wan, sungguh mesra dan akrab. Nek Wan orang yang paling gembira bila mendapat khabar yang Mukhlis akan berkahwin, apatah lagi apabila dia mendapat tahu calon pilihannya adalah Najiha anak Tan Sri Jalil, anak angkat Nek Wan yang sudah lama menyepikan diri. 

        "Din hang dah siap ka?" Tanya Farisha dihujung talian. Suaranya agak cemas dan tidak tenang. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan situasinya sekarang. 

        "Siap dah tunggu hang mai ja ni, hang da mana? Lambat lagi ka? Lapaq dah ni. " Jawab lelaki itu sambil merapikan rambutnya di hadapan cermin. 
 
       "Err camna ek?  Takpa, hang tunggu sat satgi aku sampai. " Farisha mematikan talian tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Aminuddin yang keluarganya ada di sini. Dia benar-benar terlupa yang keluarganya akan datang petang ini, mahu dibatalkan kesian pula lelaki itu seharian menahan lapar semata ingin menikmati steambot sepeti yang dijanjikannya, tapi jika diteruskan mahukah lelaki itu makan bersama keluarganya? Ketika Zafriel menelefon memberitahu mereka akan sampai selepas maghrib baru dia teringat yang keluarga mahu bertandang. Farisha terus membuat tempahan meja di restoran steambot Shabu-Shabu, sebuah restoran steamboat yang terkenal dan sedap di kawasan Sri Manjung. Sekarang dia perlu fikirkan alasan yang hendak diberikan jika ditanya siapa Aminuddin dan bersedia untuk menghadapi kemarahan Aminuddin kerana membawa lelaki itu berjumpa keluarganya tanpa persetujuan dari lelaki itu. Diharapkan lelaki itu tidak berfikir yang bukan-bukan  tentang dirinya. 

           "Okay dah sampai jom kita masuk. " Farisha bergegas menanggalkan tali pinggang keledarnya dan mencapai beg galas di kerusi bahagian belakang. Aminuddin masih termenung di hadapan stering kereta itu. Hatinya merasa berat hendak keluar dari kereta. 

       "Isha, kita pi makan tempat lain nak?" Pinta Aminuddin membuatkan Farisha kembali duduk di bangku tidak jadi untuk keluar dari kereta. Dipandang wajah lelaki itu mencari kepastian atas ajakannya. 

       "La hang kata nak makan steamboat? Aku dah tempah meja dah petang tadi, lagipun... " Farisha teragak-agak untuk memberitahu sekarang takut pula lelaki itu minta dihantar pulang. Keluarganya pasti sudah menunggu di dalam. 

       "Takpalah kalau lagutu, jom lah. " Lelaki itu mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Farisha mengikut lemah mengatur langkah. Sesampai di pintu restoran mereka disambut oleh seorang pelayan dengan senyuman yang manis, pelayan itu bertanya beberapa soalan dan kemudian mereka dibawa ke arah meja paling hujung. Kelihatan ada beberapa orang dewasa dan dua kanak-kanak berada di meja tempat mereka tuju. Aminuddin sudah merasa pelik. Apakah pelayan itu salah menunjukkan arah meja atau Farisha ada mengajak orang lain bersama mereka untuk makan malam? Dengan tenang dia berjalan menghampiri meja sekeluarga itu. 

        "Finally you here, lama betul nak tunggu tuan puteri ni tau dah meletup-letup perut ni kelaparan. " Zafriel menyakat sebaik melihat susuk tubuh Farisha berdiri di belakang Puan Sri Aishah. Farisha hanya tersengih mendengar gurauan abangnya itu. Puan Sri Aishah lantas bangun dan berpelukan dengan anak perempuan yang sangat di rindunya itu. Lama mereka berpelukan barulah dilepaskan. 

       "Mama, rindunya Isha kat mama. " Farisha membalas pelukan Puan Sri Aishah dengan erat melepaskan rindu yang tersimpan. Sudah berapa bulan dia tidak bersua muka dengan ibunya, hanya suara yang didengari sekali sekala apabila dia menelefon wanita itu untuk bertanya khabar. 

      'Mama? Abang? Alamak, dia ni buat pasai sungguh la! Awat la hang tak habaq dari awai Isha oi? Ish dia ni la!' Aminuddin sudah menelan air liur. Rupanya dia akan makan malam bersama keluarga gadis itu patutlah sedari tadi dia merasa berasa dan tidak tenang rupanya ini sebabnya. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan keluarga gadis itu? Mereka semua kelihatan seperti orang kenamaan sedangkan dia hanya berpakaian biasa dan sederhana. 

       "Well since when you have a bodyguard? " Tanya Maya membuatkan mereka semua beralih pandang pada Aminuddin yang berdiri di belakang Farisha. Aminuddin sudah menunduk ke lantai, tidak berani mengangkat muka, sebolehnya dia mahu melarikan diri dari situ, kalau lah dia punyai kuasa untuk berubah, mahu sahaja dia berubah menjadi semut dan menyusup di bawah meja. 

       "Opss sorry Isha lupa nak kenalkan. His not my bodyguard Kak Maya his my friend Aminuddin. " Farisha terlupa akan lelaki itu kerana terlalu gembira dapat berjumpa dengan ibunya. 
 
       "Din, ni family aku, that my brother Abang Zafriel and that Kak Maya wife Abang Zafriel yang itu Mak kiah dan yang budak kecil dua orang tu anak diaorang Sasha and Haziq, and the most beautiful person ni mama aku. " Farisha memperkenalkan seorang demi seorang ahli keluarganya pada Aminuddin. Lelaki itu bersalaman dengan Zafriel, dan hanya menghulurkan senyuman pada Maya Mak Kiah dan Puan Sri Aishah. 

       "Kids, bangun salam pakngah kamu tu. " Zafriel sengaja menekan keras suaranya pada ayat pakngah  pada anak-anaknya kerana ingin menyakat Farisha. Kanak-kanak itu bangun lalu bersalaman dengan Aminuddin. Lelaki itu tersengih sumbing  tersipu malu, Farisha mencebik. Bukan main suka Zafriel dapat kenakan dirinya. 

       "Pakngah la sangat! Jangan nak mengarut, his just a friend." Farisha mengambil tempat untuk duduk yang masih kosong dan Aminuddin duduk disebelah Farisha. Mereka ketawa serentak apabila melihat Farisha yang sudah berubah wajah mungkin malu dengan usikan Zafriel. Malam itu mereka makan dengan begitu gembira sekali. Aminuddin sudah tidak lagi kekok untuk berbual mesra dengan Zafriel. Tidak seperti sewaktu mula-mula mereka tiba di sini sebentar tadi. Gaya mereka seperti orang sudah lama berkenalan walau hanya baru beberapa jam sahaja berjumpa. Dari satu cerita ke satu cerita mereka bertukar pendapat dan idea. Farisha tersenyum melihat kemesraan yang terjalin itu. Habis makan mereka menuju ke dataran Lumut untuk bersiar-siar dan menghirup udara malam di tepi pantai. Masing-masing sibuk bergambar dan bermain buih belon. Malam itu ramai keluarga yang beriadah di situ. Kebiasaannya malam minggu memang dataran Lumut akan di penuhi dengan pengunjung. 

      "So, Din memang dari dulu minat nak jadi seorang welder ke? Atau ada cita-cita lain? " Tanya Zafriel pada lelaki itu, ketika yang lain sedang sibuk bergembira. 

      "Memang minat bang, tapi saya dulu ada la cita-cita lain, saya nak jadi arkitek tapi saya ni orang susah, tak mampu nak sekolah tinggi-tinggi. Jadi saya pilih bidang ni dan kalau buleh nak jadi orang besaq dalam bidang kimpalan. " Bersungguh lelaki itu menyuarakan impiannya. Apabila dia mula melibatkan diri dalam bidang kimpalan selepas di pujuk Yasin dulu. Pada mulanya dia hanya sekadar minat tetapi kini dia sudah mula memasang impian untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi kerana dia melihat potensi untuk hidup senang dalam bidang ini. 

      "Bagus tu, masa muda ni la kena simpan azam dan impian lepas tu usaha tu kena ada juga jangan setakat angan-angan je, tak ke mana pun kita nanti. Kalau ada duit pergi ambil semua sijil dan kursus yang perlu untuk majukan diri kita. " Zafriel kagum dengan semangat anak muda itu. Mukanya penuh kesungguhan membuatkan dia terimbas kembali zaman mudanya sewaktu dia seumuran dengan lelaki itu. Bersungguh dia belajar selok belok perniagaan dengan arwah ayahnya itu. Hasilnya sekarang dia mampu menguruskan Garuda emas Holding dengan baik dan berjaya. Aminuddin hanya mengangguk mendengar nasihat dari Zafriel. Mereka terus berborak dari satu cerita ke satu cerita, berselang seli mereka ketawa dan mengekek tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang asyik memerhatikan gelagat mereka berdua. Farisha tersenyum sendiri melihat kemesraan yang terjalin antara Aminuddin dan abangnya itu. 

       "Amboi, sampai naik juling dan mata tu duk jeling menjeling orang di belakang sana tu, risau hilang kena culik ke si buah hati tu?" Tegur Maya membuatkan Farisha termalu sendiri, jelas kelihatan wajahnya merona kemerahan kerana menahan malu. 

       "Apa akak ni, buah hati apa pula? Suka bergurau tau. " Farisha menafikan usikan Maya itu, dia sambung melayan Sasha dan Haziq yang sedang leka bermain belon buih bersama nenek mereka. 

       "Urm tak nak mengaku pula, dengan akak pun berahsia?" Soal Maya lagi cuba untuk mengorek rahsia. Dia perasan cara pandangan Farisha kepada Aminuddin amata berbeza, tidak seperti pandangan biasa. Farisha hanya tersenyum tanpa menjawab apa-apa. 

       "Ini kad abang, kalau Din perlu apa-apa bantuan atau nasihat just give me a call okay, i'll do my best to help you out. " Zafriel menyerahkan sekeping kad nama pada Aminuddin. Lelaki itu menyambut baik kad itu namun saat melihat nama di atas kad itu dia tergamam. Zafriel Tan Sri Aziz? Bermakna Farisha anak Tan Sri? Betulkah apa yang dilihatnya? Atau sekadar permainan mata. Digosok berkali matanya cuba mencari kepastian kerana mungkin sahaja dia bermimpi atau sekadar permainan perasaan hanya kerana dia melihat cara pemakaian mereka. 

      "Tan Sri Aziz?"Laju perkataan itu keluar dari mulut Aminuddin. 

        "Yup, nama papa kami, Din tak tahu ke? Kenapa nampak macam terkejut sangat ni?" Zafriel pelik melihat reaksi Aminuddin yang kelihatan terkejut besar. Aminuddin hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan. Zafriel mengeluh kecil seraya dia menggelengkan kepala, lalu pandangan dihalakan pada Farisha yang masih leka bermain bersama Sasha dan Haziq itu. 

      "Farisha tu memang macam tu Din, dia seorang yang sangat merendah diri, kalau dilihatkan gayanya memang orang takkan percaya yang dia tu anak orang kenamaan. Bagi dia semua orang sama dan dia memilih untuk tidak menunjuk supaya dia kerana dari situlah dia kata dia boleh kenal siapa kawan dan siapa sahabat, pelik adik abang sorang tu. " Zafriel tidak hairan jika Aminuddin terkejut apabila mengetahui tentang status Farisha. Kerana memang semua kawan-kawan Farisha mengalami nasib yang sama dan ada yang sampai sekarang pun masih tidak tahu Farisha itu anak Tan Sri Aziz, orang yang banyak memberi sumbangan di universiti tempat dia belajar dahulu. Hanya pihak atasan universiti sahaja yang tahu, itupun atas kemahuan Farisha sendiri. 

          "Maaf saya tak tau pulak bang, tadi pun saya panggil mak abang dengan panggilan makcik ja. Saya betui-betui mintak maaf bang. " Aminuddin merasa bersalah kerana tidak menggunakan panggilan yang sepatutnya pada Puan Sri Aishah. 

        "Eh, it's okay. Kita ni sama je Din, sama-sama hamba Allah. Harta kedudukan dan pangkat tu cuma penghargaan yang diberikan oleh manusia bukan Allah, jadi tak perlu nak bermegah. even mama kami pun lebih selesa orang tak panggil dia Puan Sri tau. " Zafriel ketawa kecil mihat wajah cuak Aminuddin. Pasti dia merasa rendah diri dan tidak layak untuk terus berkawan dengan Farisha jika kasta dan pangkat menjadi keutamaan bagi mereka. Aminuddin menarik nafas lega mendengar kata-kata Zafriel. 

          "Abang, jom balik. Semua dah penat ni. " Farisha menghempas punggungnya di sebelah Zafriel. Aminuddin hanya tersenyum melihat wajah ceria Farisha. Pertama kali dia melihat wajah teruja gadis itu. Sungguh comel dan menawan hati. Keperibadian seorang ibu yang baik terlihat jelas dari cara dia melayan kerenah anak buahnya itu. Zafriel mengangguk dan berdiri membetulkan urat setelah lama duduk berbual dengan Aminuddin. 

         "Din, kamu drive kereta Isha balik rumah kamu, Isha balik dengan kami je sebab dah lewat sangat ni kan,tak elok pula dia memandu seorang diri." Zafriel menyerahkan kunci kereta Farisha pada Aminuddin. Farisha mencebik. Jika Zafriel sudah membuat keputusan maknanya dia tidak boleh membantah. Farisha sangat patuh dengan kehendak dan keputusan abangnya itu sejak dari kecil, kerana sudah terzahir didikannya seperti itu dari dulu. Aminuddin mengambil kunci dengan perasaan berbelah bahagi. Mahu di tolak apa pula kata Zafriel, sudahnya dia menurut sahaja. Mereka pulang ke rumah masing-masing setelah penat beriadah malam itu. 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku