ATURAN HIDUP
ATURAN HIDUP
Genre: Alternatif
Kategori: Puisi
Paparan sejak 14 Jun 2017
Fikirkan tentang hakikat hidup
Penilaian Purata:
242

Bacaan






Alif, Baa, Taa

di hujungnya pasti Yaa

A, B, C dan akhirnya tetap X,Y, Z

Satu, dua, tiga, billion, trillion

Tik, tok, tik, tok

Ready 3…2…1 actions!

 

Mestikah tetap begitu?

Mengapa tidak berubah?

Tidakkah ianya terbalik?

atau mungkin ianya songsang?

si pintar mana yang menyusunnya begitu?

 

Hakikat yang nyata

Tidaklah bundar, tapi tidak selalu lurus

banyak yang bengkok perlu diturut

Boleh dipatuh, tidaklah salah

Boleh berkembang menjadi tamadun

Pemangkin hidup…bahagia atau derita

 

Tapi ingat

Segalanya bukan betul-betul benar

Kerana yang haq tetap benar

begitu pun kadangkala

hanyalah mainan fantasi


Yang kecil bukan bererti lemah

Gagal bukanlah satu titik penamat

Superb bijak tidak bermaksud hidup beruntung

Billionaire belum tentu diselubungi sejahtera

Berkasih sayang bukan bermakna cinta

Tidak tahu? Bisa saja diajar

 

Hukum teori dan logik,

Formula fizik, dominos atau falsafah si yunani Socrates

geometri, arithmatik atau formula E=mc2 Albert Einstein  

segalanya mesti berlandaskan kebenaran

hitungan yang tidak terjangkau

hanya dari setitik air di lautan

 

namun sedarlah,

hukum alam sudah termaktub

galilah ilmu yang tidak tertutup

sebiji epal tetap gugur ke bumi

anak tunas dan rambutkan tumbuh

Dari kecil, dewasa dan mati akhirnya

Pasti tiada yang kekal

Pasti !


Maka, siapakah kita di kalangan kita?

Buah bidak, pahlawan hebat atau sang pemerintah?

Siapa pula kita di sisi Tuhan?

 

Begitulah hakikat sebenar

hukum dunia telah diatur

hukum Allah tidak perlu dicatur

patuhlah saja dengan akur.


 

Mohdfauziabdul 140617

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku