Masih ada cinta
BAB 1
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Jun 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
337

Bacaan






“Sampai bila nak hidup macam ini? Tak nak balik jumpa umi denganabah?” Soal Tengku Hafizul kepada adik perempuannya itu. Tengku Nurul berhentimenyuapkan makanan ke dalam mulutnya mendengarkan soalan itu.

“Sampai masanya nanti, Nurul baliklah jumpa umi dengan abah.”Balasnya seraya menyedut minuman yang dipesannya. Tengku Hafizul mengeluh.

It has been two years. Come on. Move on. Lupakan semuabenda yang dah jadi. Umi dengan abah itu terlalukan rindukan adik. Adik tak rindudekat diaorang ke? Ikut abang long balik okay?” Tengku Hafizul cuba memujuk. TengkuNurul terus meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan. Seleranya tiba-tibaterbantut.

“Setiap kali kita jumpa, abang long asyik nak cakap benda yangsama. Abang long tahu tak hati adik ini terlalu sakit dengan apa yang diaorangbuat. Especially umi. Dia buat Nurul ini macam bukan anak dia. Walhal Nurulini anak dia tau. Dah, Nurul nak balik dulu.” Tengku Nurul terus mengambil begtangannya berura-ura mahu berlalu pergi. Tengku Hafizul mendepakan tangannyasebelah menahan adiknya.

“Okay, adik duduk dulu. Kita bincang okay?” Tengku Hafizul memujuk.Tengku Nurul menghembuskan nafasnya kasar menahan amarah yang tersimpan didalam hati. Terasa bagaikan semalam peristiwa itu berlaku. Tidak pernah hilangrasa sakitnya.

“Nak bincang apa lagi? Adik dah lambat nak pergi kelas, adik pergidulu.” Pamit Tengku Nurul sebelum berlalu pergi. Tengku Hafizul mengeluh berat.

 

 

Zulaikha menatang dulang berisi makanan naik ke atas untuk TengkuKhadijah. Anak bongsu kepada pemerintah tertinggi Darul Syukur, Tengku AbdulRahman dan Tengku Aminah. Anak bongsu ini sangat manja perangainya dan semuakehendaknya harus dituruti. Kadang-kala pekerja-pekerja di istana ini peninghendak melayan karenahnya.

“Nak bawa makanan ini pergi mana?” Soal Tengku Amar di perjalanan.Zulaikha tunduk hormat.

“Ini saya nak bawakan untuk Tengku Khadijah. Kenapa? Tengku ada nakapa-apa ke?” Tengku Amar menggeleng seraya berlalu pergi. Zulaikha terusmemanjat tangga ke bilik Tengku Khadijah. Dia mengetuk pintu perlahan sebelumdibenarkan masuk.

“Tengku, ini saya ada bawakan makanan untuk Tengku. Nak saya letakdekat mana?” Soal Zulaikha sopan. Tengku Khadijah yang sedang menontontelevisyen menghembuskan nafasnya kasar.

“Letaklah dekat meja itu! Dah cepat keluar!” Tengking TengkuKhadijah. Zulaikha segera menyelesaikan tugasnya sebelum melangkah keluar. Dia menghembuskannafas lega. Takut rasanya hendak berhadapan dengan Tengku Khadijah itu. Tersalahlangkah sedikit, mahu terbalik istana ini dibuatnya.

“Zulaikha. Puas saya cari awak, dekat sini rupanya.” Sapa Tengku Amir.Kembar kepada Tengku Amar. Wajah mereka sangat seiras, yang membezakan hanyaTengku Amar memakai cermin mata.

“Ada apa Tengku Amir cari saya? Ada nak apa-apa ke?” Soal Zulaikhaingin tahu. Dia kurang selesa dan berkenan sedikit dengan sikap Tengku Amirini. Suka berjoli dan keluar dengan perempuan atau pendek kata seorang playboy.

“Saya nak awak temankan saya makan boleh?” Soal Tengku Amir.Zulaikha tersenyum kelat.

“Maaf Tengku. Tapi, saya ada kerja lain nak buat. Saya minta diridulu.” Pamit Zulaikha.

“Alah, saya makan bukannya lama pun. Sekejap aja. Please…”Tengku Amir merayu. Zulaikha menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Beratsungguh rasanya hendak menunaikan permintaan anak raja yang seorang ini.

“Saya minta maaf sangat-sangat Tengku. Tapi, saya memang tak boleh.Ada kerja yang saya nak buat.” Zulaikha cuba memberi alasan.

“Zulaikha, umi saya cari awak. Pergilah. She’s at the garden.”Zulaikha sempat tunduk hormat kepada Tengku Amar dan Tengku Amir sebelumberlalu pergi mendapatkan Tengku Aminah.

Stop disturbing her, Amir.” Tengku Amar bersuara setelahZulaikha berlalu pergi.

I bukannya usik dia pun. I cuma nak ajak dia teman Imakan. Salah ke?” Soal Tengku Amir seraya bercekak pinggang.

“Tak salah tapi perbuatan you itu tak betul. Just tolongberhenti ganggu dia.” Pesan Tengku Amar sebelum berlalu pergi. Tengku Amirmencebik.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku