Masih ada cinta
Bab 2
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Jun 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
567

Bacaan






Sebuah kereta BMW 3 Series meluncur masuk ke dalam perkaranganistana. Tengku Hafizul melangkah keluar daripada kereta. Dia sempat menyerahkankunci keretanya kepada pekerja istana sebelum melangkah laju masuk ke dalamistana hampir-hampir terlanggar Zulaikha.

“Maaf Tengku, saya tidak sengaja.” Ucap Zulaikha ikhlas. TengkuHafizul menggeleng.

It’s okay. Salah saya sebenarnya. Jalan tidak pandang kirikanan. Awak nak pergi mana?” Soal Tengku Hafizul ingin tahu.

“Saya nak pergi taman. Tengku Aminah cari saya. Tengku ada nakapa-apa ke?” Soal Zulaikha prihatin.

“Lepas jumpa umi saya, tolong hantarkan hot chocolate dekatbilik saya? Thanks.” Ucap Tengku Hafizul sebelum berlalu pergi. Zulaikhamengangguk tanda akur.

 

 

Tengku Aminah sedang asyik melihat skrin telefon bimbitnya. Diasedang mencari idea untuk sambutan hari jadi anak bongsunya, Tengku Khadijah.Dahinya berkerut-kerut melihat rekabentuk kek yang ada di internet.

“Ada apa Tengku Aminah cari saya?” Soal Zulaikha. Tengku Aminahmendongak memandang Zulaikha. Dia tersenyum.

Have a seat, Zulaikha.” Tengku Aminah menepuk kerusi disebelahnya. Zulaikha mengambil tempat.

“Saya nak bincang dengan awak tentang sambutan hari jadi anakbongsu saya itu, Khadijah. Saya ingat nak buat tema ala-ala fairytale macamitu. Awak rasa macam mana?” Soal Tengku Aminah meminta pendapat.

“Saya tak kisah Tengku. Saya ikut sahaja cadangan Tengku.”

“Kalau macam itu, awak dah boleh persiapan sikit-sikit darisekarang. Saya nak awak jemput kerabat dan kenalan rapat sahaja. Nanti, awaktanya sekali dekat anak-anak saya kalau-kalau diaorang ada nak jemputkawan-kawan mereka ke nanti. Lepas itu, saya nak awak tempah kek macam dalamgambar ini boleh?” Tengku Aminah menyerahkan telefon bimbitnya kepada Zulaikhauntuk dilihat oleh gadis itu.

“Baiklah, nanti saya uruskan Tengku.” Balas Zulaikha sambaltersenyum.

“Nanti, saya whatsapp gambar ini dekat awak. Nanti apa-apaawak boleh bagitahu saya. Itu sahaja. Awak boleh sambung kerja awak semula.”Zulaikha lantas bangkit daripada duduknya dan berlalu masuk ke dalam dapur.

“Abang Ghani, tolong buatkan hot chocolate satu. TengkuHafizul minta.” Pinta Zulaikha lembut. Ghani mengangguk dan terus membancuhair. Usai membancuh, dia menyerahkan minuman tersebut kepada Zulaikha sebelummenyambung kerjanya semula.

“Terima kasih, Abang Ghani.” Ucap Zulaikha sebelum berlalu pergi.

“Eh, Zulaikha nanti dulu. Abang nak tanya sikitlah.” Tahan Ghanitiba-tiba. Zulaikha berpaling semula.

“Ada apa abang Ghani?” Soal Zulaikha ingin tahu.

“Abang kan baru aja berapa bulan kerja dekat sini, tapi abanghairanlah.”

“Apa yang hairannya?”

“Abang ada nampak gambar anak-anak Tengku Abdul Rahman denganTengku Aminah. Gambar potret keluarga. Tapi, ada seorang dalam gambar itu abangtak pernah nampak pun dalam istana ini. Mana dia pergi?” Soal Ghani ingin tahu.

“Oh, itu Tengku Nurul Hamzah. Dia sekarang ini sambung belajar. Ituyang abang tak nampak dia itu.”

“Tapi, kalau dia sambung belajar pun tak akan tak pernah baliksekali pun dekat istana ini. Anak abang Ghani pun ada yang sambung belajarjuga. Sekali-sekali itu adalah juga balik rumah. Dengar-dengar kata orang dekatistana ini, dah dekat dua tahun dia tak balik istana ini. Betul ke?” Soal Ghanilagi mendesak.

“Abang Ghani, saya naik dululah. Takut sejuk pula nanti air TengkuHafizul ini.” Zulaikha terus berlalu pergi.

“Kenapa semua orang dalam istana ini berahsia sangat?” MonologGhani sebelum menyambung kerjanya semula di dapur.

Zulaikha mengetuk perlahan pintu bilik Tengku Hafizul. Dia berdiritegak dihadapan pintu bilik Tengku Hafizul. Tiada jawapan. Dia mengetuk lagi.Kali ini kuat sedikit.

“Siapa?” Soal Tengku Hafizul dari dalam.

“Zulaikha.”

“Masuk.” Zulaikha terus memulas pintu bilik Tengku Hafizul sebelummelangkah masuk. Dia menghulurkan minuman kepada Tengku Hafizul.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu Tengku.” Zulaikhameminta izin.

“Nanti dulu Zulaikha. Ada apa umi saya nak jumpa awak tadi?” SoalTengku Hafizul ingin tahu.

“Oh, Tengku Aminah suruh saya uruskan sambutan hari lahir TengkuKhadijah.” Jelas Zulaikha seraya tersenyum.

“Sambutan hari jadi?” Zulaikha mengangguk.

“Oh, Tengku Aminah suruh saya tanya kalau-kalau Tengku Hafizul naksuruh saya jemput sesiapa ke nanti?” Soal Zulaikha. Tengku Hafizul hanyamenggeleng.

“Kalau macam itu saya keluar dulu, Tengku.” Pamit Zulaikha sebelumberlalu pergi. Tengku Hafizul hanya memerhatikan Zulaikha yang sedang berlalupergi. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia tersenyum. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku