Perjanjian
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Jun 2017
Dua orang sahabat yang membuat perjanjian. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan perjanjian itu terpaksa diputuskan dan digantikan dengan sebuah perjanjian yang baharu. Apakah yang akan berlaku kepada perjanjian yang mereka buat. Adakah dapat mereka mengekalkan perjanjian tersebut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
300

Bacaan






1

   ‘Anie, tengok phone tu, kenapa dari tadi asyik berbunyi je?’ Mak mengejutkan aku yang terlelap sebab terlalukepenatan selepas menolong Akak Alia di kebun bunganya tadi. ‘Kejap mak, nanti Anie tengok. Penat masih belum hilang lagi ni mak.’ Aku masih berbaring malas di atas sofa yang entah kenapa rasa empuknya berlainan sampai terasa macam di dodoi untuk tidur pila rasanya. ‘Amboi dia ni, macamlah umur tu muda sangat.Ingat kau tu sudah tua, jangan nak buat perangai ya?’ Akak pula menyampuk semasa aku nak melelapkan mata semula. ‘Akak, tua-tua jangan cakap adik tahun ni baru nak masuk 18 tahun ya. Jangan lupa tu. Yang Akak tu 25 tahun muda sangat?’ Aku berjaya mengenakan Akak Alia balik selepas dia kata aku tua. Padan muka Akak, sebab sebenarnya Akak pun sensitive kalau melibatkan hal umur ni.Maklumlah.

‘Dah selesai gaduhnya? Anie cepat tengok phone tu. Rasa macam nak pekak telinga mak ni dibuatnya tak berhenti dari tadi berbunyi. Dahlah lagu Korea pula tu. Lainlah kalau lagu Melayu, sedap sikitlah telinga mak ni mendengarnya.’ Apa pula yang mak merapuni, apapun dengar sajalah. Aku terus bangun dan mengambil phone yang di atas meja. Rupa-rupanya ada miscall dari Lika. Entah apa yang hendak diberitahunya.‘Hello, Lika?’ Aku menelefon Lika balik sebab agak kerap dia sudah call aku tadi. ‘Oh, Anie. Kejap Mak Cik panggil Lika kejap. Tunggu dulu ya.’ Ibu Likayang mengangkat panggilan aku. Ibu Lika ataupun orang kampung panggil Mak Tah.Ibu Lika mendapat nama Mak Tah sebab selalu melatah dan perangainya amat disukai penduduk kampung. Boleh dikatakan agak menghiburkan apabila melihat Mak Tah melatah apabila terkejut.

 

   ‘Anie! Dari tadi aku call kau tapi kau tak jawap. Kau pergi mana?’ Sakit telinga apabila mendengar Lika yang tiba-tiba menjerit tanpa memberi salam. ‘Amboi bahasa, cantik betul. Dah tak tahu beri salam ke? Tiba-tiba menjerit.’ Seperti biasa aku harus menasihati Lika. Lika kelihatan agak kurang ajar tetapi dia mempunyai hati yang baik. Dia begitu disebabkan sikapnya yang masih lagi agak kebudak-budakan. ‘Anie, kau tahu takesok hari apa?’ Lika meninggalkan aku tanda soal yang entah apa yang dimaksudkannya. ‘Ada apa pula ni yang kau macam cemas je?’ Aku kehairanan entah apa hari yang dikatakan oleh Lika. Kalau hari lahirnya, bulan ni masih bulantiga. ‘Cuba cakap. Apa sebenarnya? Aku tak fahamlah kau ni.’ Aku masih tak faham apa yang Lika hendak cakapkan. ‘Ala kau ni Anie. Kau masih tak tahu ke yang esok result SPM kita keluar? Tak tahu ke?’ Aku terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Lika. Aku tak sedar sedikitpun yang esok result SPM yang akan menentukan arah selepas ini keluar.

   ‘Hello? Hello? Oi Anie! Kau dengar tak aku cakap ni!’ Anie menjerit sebab aku masih terkaku selepas mendengarnya.Sebenarnya aku agak risau sebab keluarga aku menaruh harapan yang agak tinggi untuk aku. Mereka juga mengharapkan yang aku mendapat keputusan yang cemerlang.‘Ya aku dengar kau. Kau tak risau ke?’ Aku bertanya kepada Lika sekiranya diapun risau juga. Mungkin keluarganya juga menaruh harapan terhadap keputusanLika nanti. ‘Taklah, aku tak risau apa-apa pun. Apa yang nak dirisaukan.Bukannya family aku mengharapkan yang aku ni lulus ke tak.’ Lika macam nakmenenangkan hati aku saja ataupun keluarganya memang berbuat begitu padanya.“Maafkan aku Anie. Aku bukan nak berbohong pada kau.” Hati kecil Lika berbisik.‘Kalau kau lulus kau nak masuk university ke tingkatan 6?’ Lika bertanya haluanaku hendak kemana.

   Namun pertanyaan Lika masih menjadi pertanyaan. Entah apa yang harus aku jawap untuk soalan itu. Aku juga tidak mempunyai confident kalau-kalau keputusan aku nanti memberansangkan. ‘Erm Lika,apa-apa nanti aku beritahu kau. Okey?’ Aku terpaksa mengakhiri perbualan kami.‘Oh, Okey. Bye.’ Aku terus tutup phone aku dan cuba utuk menenangkan diri.Tetapi pekara ini membuatkan aku teringatkan Syaff lagi. Entah apa khabar dia sekarang. Sejak hari terakhir enam tahun lepas aku sudah tidak tahu apa khabardia dan dia tidak pernah sekalipun call dan mesej aku. Apapun dia mungkin bahagia dengan keluarganya. Yelah dia kan anak orang kaya. Lepas habis exam tahun lepas mereka sekeluarga terus balik KL. Tetapi kau berharap dapat jumpa dengan dia esok. Lama sangat rasanya sudah tak bergurau dengannya.

     Apapun Anie kau harus terima apa pun keputusan SPM kau esok. Yes Anie boleh! ‘Hai habis je bercakap dengan phone sekarang melompat pula? Apa pula masalah adik aku sorang ni. Dah tak betul agaknya. Adik sihat?’ Akak tiba-tiba saja muncul dan terus potong mood yang tengah bersemangat ni. ‘Ah Akak ni. Potong mood betul la.’ Yelah tu. Cuba tolong mak kat dapur tu. Lebih bermanfaat. Ni terlompat-lompat. Runtuh bilik baru tahu.’ Gurau Akak yang agak kuno kedengaran. Apapun tolong mak dulu lah.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku