Perjanjian
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Jun 2017
Dua orang sahabat yang membuat perjanjian. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan perjanjian itu terpaksa diputuskan dan digantikan dengan sebuah perjanjian yang baharu. Apakah yang akan berlaku kepada perjanjian yang mereka buat. Adakah dapat mereka mengekalkan perjanjian tersebut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
165

Bacaan






5

Setelah aku melangkah keluar dari ruang tamu kedengaran suara Ummi Najwa. “ Syaff, tunggu apa lagi tu. Pergilah bersama – sama dengan Anie dan Lika tu. Kamu bertigakan kawan baik?”

“ Tak apa lah Ummi. Syaff boleh check online. Anie awak pergilah dengan Lika. Tak payah tunggu saya. Walaupun Syaff cakap begitu pada aku tetapi dia lansung tak pandang aku. Makin lama aku perhatikan Syaff ni makin hairan aku dibuatnya.

“ Hanna, bagi kunci kereta kamu pada adik kamu ni. Syaff jangan bantah Ummi. Cepat! Tumpangkan Anie dan Lika sekali.” Wajah Ummi Najwa berubah menjadi serious. Agak takut tengok wajah Ummi Najwa sebab kalau dulu Ummi marah sampai berminggu lamanya.

“ Okey, Syaff pergi.” Syaff meminta diri lalu mengajak aku dan Lika untuk tumpang kerata kakaknya. “ Wow, Syaff. Pandai drive ke sekarang?” Lika yang tiba – tiba macam kerang busuk terus menegur Syaff tanpa memberi salam.

“ Boleh juga lah Lika. Jom cepat takut tak sempat jumpa yang lain nanti.” Syaff kembali seperti dulu dimana dia seorang yang ceria dan mudah tersenyum. Sekali lagi aku hairan dengan perangai Syaff ni.

“ Lebih baik aku buat seperti biasa. Anie nampak macam tak selesa dengan aku. Lebih baik aku buat seperti dulu. Ya aku boleh!” “ Em, Anie awak tak nervous ke?” Aku terkejut dengan soalan Syaff sambil – sambil dia drive. Sedangkan sikap dia dingin dengan aku sebentar tadi.

“ Tak juga. Awak?” aku menjawap Syaff dengan muka hairan. “ Ye ke? macam nervous je. Ye lah kan awak budak top ranking dulu. Takkan tak nervous.” Tiba – tiba rasa sejuk hati apabila tengok senyuman Syaff. “ Okey kita dah sampai. Korang pergi dulu nanti aku susul. Aku nak cari tempat letak kereta dulu.”

“ Okey. Jangan lama tau Syaff. Kita tengok result sama – sama. Aku dan Anie tunggu kau depan pejabat guru. Jom Anie.”

“ Jom. Kami pergi dulu ya Syaff?” Syaff terus pergi mencari tempat letak kereta dan aku dan Lika teru menuju ke arah pejabat guru. Rasa seronok sangat tengok rakan – rakan sekolah banyak yang turun nak tengok result masing - masing.

“ Anie, kau perasan tak ada seseorang hilang?”

“ Siapa? Syaff? Kan dia pergi cari parking tadi.”

“ Kau ni kan. Kenapa otak kau cuma ada Syaff je? Ye lah korang kan kawan baik.” Entah kenapa Lika macam cemburu. Em apa – apa je lah.

Kami semua dikumpulkan di dewan untuk penyerahan slip keputusan kami. Syaff duduk dengan kawan – kawannya. Semasa aku menjenguk ke arah tempat duduk Syaff. Aku terpandang seseorang yang seakan – akan memandang kearah aku.

Tetapi dia memang memandang ke arah aku. “ Lika, awak perasan tak ada orang yang asyik pandang ke arah kita?” Menunjukkan Lika ke arah tempat duduk Syaff.

“Pedulikanlah. Pengetua dah nak umum keputusan terbaik tu. Pandang depan saja lah.” Lika tak memperdulikan aku. Apa pun aku terus pandang ke arah depan tanpa memperdulikan apa yang aku nampak tadi.

“ Sebelum saya mengumumkan nama pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar.” Pengetua sekolah mula mengumumkan nama pelajar yang mendapat cemerlang.

“ Anie! Nama kita berdua tersenarai!” Semua memandang ke arah aku dan Lika akibat terdengar suara Lika yang tiba – tiba memecah keadaan di dalam dewan.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku