Perjanjian
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Jun 2017
Dua orang sahabat yang membuat perjanjian. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan perjanjian itu terpaksa diputuskan dan digantikan dengan sebuah perjanjian yang baharu. Apakah yang akan berlaku kepada perjanjian yang mereka buat. Adakah dapat mereka mengekalkan perjanjian tersebut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
138

Bacaan






8

            “Apa reaksi Anie sekarang ni ya? Sudah lama aku ingin meluahkan perasaan aku kapada dia tetapi aku tak berkesempatan. Aku harap Anie dapat terima aku tak pun aku kena sedia terima kenyataan yang sebaliknya. Lebih baik aku buat morning call untuk Anie.”

 “ Anie! Phone kau berbunyi dalam bilik tu.”

            “ Kejap mak. Anie tengah ikat plastik sampah ni.” Aku mengikat plastik sampah dengan tergesa – gesa kerana aku dengar bunyi phone aku macam ada orang call. Siapa entah yang call time pagi – pagi macam ni. Aku bergegaske dalam bilik aku dan terpapar di screen aku tiga miscall dari Mr.Bunny iaituAdam. Aku cuba call dia balik dan call aku terus diangkat seolah – olah dia sedang menunggu call dari aku.

“Hai, Anie. Sorry lah call awak pagi – pagi macam ni. Dah lama bangun?”  Belum sempat aku memulakan perbualan Adam sudah memulakan dulu. “ Oh, tak apa. Awak ada apa call saya pagi macam ni?” Aku masih tertanya kenapa dia sanggup membuat call awal pagi macam ni.

            “ Oh, tak ada. Saja ja nak dengar suara awak.” Dari apa jawapan yang Adam berikan kepada aku, aku rasa Adam menganggap aku sudah menerimanya tentang hal semalam. Apa yang harus aku buat? Adakah aku harus berbuat seperti tiada apa yang berlaku ataupun aku harus berlaku jujur kepadaAdam?

“ Em Adam. Saya tengah sibuk ni. Sorry ya tak boleh lama – lama.” Aku cuba mengelak dari Adam kerana akumasih tak tahu nak berbuat apa.

            “ Okey, bye awak.”

“ Bye Adam.” Aku terus meletakkan phone aku. “ Adam? Siapa tu? Kekasih baru? Kesian akak dengan Pak Kassin sebab Anie curang dengan dia.” Akak yang tiba – tiba muncul dari belakang terus mengusik aku. “ Akak ni sbuk je. Ya Anie curang pada Pak Kassin supaya akak boleh couple dengan dia.” Aku terus belari keluar dari bilik takut kena marah oleh mak.

            “ Kamu ni Alia, tak habis – habis nak kacau adik kamu tu.Ni satu lagi tak habis – habis juga sebut nama Pak Kassin. Kasihan mak dengan Pak Kassin tu. Mentang – mentang dia duda. Kamu permainkan nama dia dengan adik kamu.” Nasib baik aku sempat cabut keluar kalau tak dengan aku sekali keceramah dengan mak.

Semasa aku ingin melangkah keluar untuk buang plastik sampah yang aku ikat tadi, aku ternampak Syaff dihadapan rumah seperti sedang menunggu aku. Dia menoleh dan memberikan senyuman yang manis. “ Hai Anie. Jom keluar di tempat biasa. Boleh? Aaa. Kau ajak Likasekali.” Hari ini Syaff bukan Syaff yang semalam sebab hari ini dia adalah Syaff yang aku kenal dulu

“ Okey. Tetapi sebelum tu aku nak buang sampah ni kejap.”

            “ Jomlah, aku teman kau. Sambil tu kita borak sikit sebab rasanya agak lama tak jumpakan.”

“ Awak tunggu sini kejap aku nak ambil basikal aku dulu. Okey jom.” Aku dan Syaff pergi bersama – sama. Aku happy semua sangkaan aku tentang Syaff yang semalam semuanya salah.

            “ Anie, kau dah sedia nak daftar sekolah tak lama lagi.Sebab aku rasa aku nak daftar kat sekolah kita dulu. Kalau – kalau ada rezeki lain mungkin aku akan pindah.” Intonasi percakapan Syaff agak berlainan berbanding tadi sebab tadi dia macam happy tetapi sekarang lain.

“ Aku rancang memang nak daftar di situ juga dan mungkin aku akan kekal disini walaupun ada tawaran yang lain.”

            “ Ooo, macam tu.”

Keadaan menjadi agak tegang tiba – tiba seperti ada yang tak kena. Lika pula dari tadi tak munculkan diri.Entah kemana pula dia pergi tak sampai dari tadi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku