Perjanjian
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Jun 2017
Dua orang sahabat yang membuat perjanjian. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan perjanjian itu terpaksa diputuskan dan digantikan dengan sebuah perjanjian yang baharu. Apakah yang akan berlaku kepada perjanjian yang mereka buat. Adakah dapat mereka mengekalkan perjanjian tersebut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
211

Bacaan






9

            Sudah hampir sebulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Tingkatan Enam. Rasanya memang berlainan walaupun aku masih di sekolah yang sama. Banyak juga surat tawaran yang aku dapat tetapi sedikitpun perasaan aku tak terdetik ingin pergi interview.

Aku,Syaff dan Lika mengambil haluan masing – masing. Yang lebih malang adalah Lika sebab seminggu sebelum pendaftaran Lika kehilangan Ayahnya. Aku faham bagaimana perasaan kehilangan Ayah tercinta. Lika juga memutuskan untuk tidak meneruskan pelajaran sebab dia ingin membantu ibunya untuk menyara hidup. Ibunya berniaga nasi lemak Lika mengurus  kebun sayur –sayuran.

            “ Anie. Kenapa kau ni? Memang kuat day dreaming ke?” Ina menegur aku. Ina kawan baru aku. Dia dari sekolah lain kirakan masih baru di sekolah ni.

“Tak Ina. Aku cuma teringatkan kawan aku sorang tu. Dia tak dapat nak sambung belajar.”

            “ Ye ke. Kasihan dia.” Jawap Ina.

“Anie, jom pergi kantin.” Kelihatan Syaff melambai – lambai dari pintu depan kelas. Aku dan Syaff dah kembali seperti dahulu selalu ke sana sini bersama –sama bahkan ada yang salah faham dengan menganggap kami couple. “ Anie,sebenarnya aku nak minta tolong kau.” Syaff sebenarnya nak mengajak aku kekelasnya kerana ada sesuatu yang terjadi.

            “ Minta tolong aku kenapa? Apa masalahnya ni?” Aku bertanya sebab rasa tidak tenang hati pula sekarang. “ Kau tahukan kelas kami ada loker peribadi sendiri. Aku nak minta tolong kau tolong aku kemas sikit boleh?” Aku terpaku sebentar sebab aku ingat ada hal serious tetapi sebenarnya cuma minta tolong kemaskan loker saja.

“Apalah awak ni. Ingatkan apa sangat tadi.” Aku memandang muka Syaff yang tersengih – sengih memandang aku sebelum aku membuka loker. Mata ku terbuka besar melihat apa yang berada dalam loker Syaff sampaikan aku tak tahu nak cakap apa.

            “ Ni lah sebabnya aku minta tolong kau. Kau nampak sendirikan?” Syaff ketawa melihat aku yang masih terkebil –kebil lagi melihat loker dia. “ Cepat tolong aku kemas sebelum waktu rehat kita habis.” Syaff cepat mengambil begnya.

“Seronoklah awak dapat surat sebanyak ni. Masih kekal popularity kau sekarang sama macam dulu ataupun lebih lagi tak?” Aku mengejek Syaff sebab memang dari dulu lagi dia sering menerima surat macam ni. Maklumlah budak hots katakan.

            “ Awak terima surat macam ni, awak baca tak? Ke awak tak baca sebab tu masih tak ada yang sangkut lagi.” Aku bertanya kepada Syaff sebab dia selalu bawa balik surat yang dia terima tetapi entah baca ke tidak.

“Aku bacalah juga. Tetapi kalau macam surat yang minggu lepas aku baca sikit je sebab banyak surat dari junior kita. Takut pula nanti mereka mengharap kan?”Jawapan Syaff memberikan aku gambaran bahawa mungkin dia menerima surat dalam kuantiti yang banyak dalam maa satu hari.

“’’’’’Kring’’’’” Loceng menandakan waktu rehat habis.

 “ Cepalah kau balik kelas. Takut terserempak dengan pengetua nanti. Tak pasal – pasal kena rotan nanti. Lagipun ni tinggal sikit saja ni.” Syaff menyuruh aku balik ke kelas aku dalam keadaan segera.Tetapi semasa aku melangkah keluar dari kelas Syaff aku terserempak dengan Adam.

            Ada sesuatu yang lain tentang Adam. Dia nampak macam tak perasankan aku yang meluru keluar dari kelas itu. Aku juga tak menyangka yang Adam juga satu kelas dengan Syaff.

“ Itu Adam, kenapa dia nampak lain? Eh, peduli apa. Baik aku cepat sebelum pengetua tengok aku masih di luar kelas.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku