Perjanjian
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Jun 2017
Dua orang sahabat yang membuat perjanjian. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan perjanjian itu terpaksa diputuskan dan digantikan dengan sebuah perjanjian yang baharu. Apakah yang akan berlaku kepada perjanjian yang mereka buat. Adakah dapat mereka mengekalkan perjanjian tersebut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
188

Bacaan






14

            “ Mana pula Anie ni. Kenapa tak angkat call. Aduh.” Adam mundar mandir sambil mengigit kuku. “ Tuan Adam ni kopinya. Mak Mah letak atas meja ya.” Mak Mah meletakkan kopi di atas meja kerja Adam. Mak Mah hairan dengan Tuannya itu yang dari tadi ke hulu ke hilir.“ Kenapa dengan Tuan ni? Macam tak senang duduk Mak Mah tengok. Ada apa Tuan?”Mak Mah bertanya melihat keadaan Adam begitu.

“Ni Mak Mah. Kawan saya tak jawap call.” Adam membaling phonenya ke atas katil.

“Tak apalah Tuan. Mungkin kawan Tuan tu sudah tidur.” Mak Mah cuba menenangkan Adam. Tuan pun perlu tidur. Esok balik rumah sebab Daddy Tuan mengadakan pertemuan keluarga.” Adam terkejut mendengar apa yang diberitahu oleh Mak Mah.

“Tak boleh Mak Mah Adam sibuk esok. Aow panas! Kenapa kopi ni panas sangat Mak Mah.” Adam mengipas – ngipas lidahnya. Adam memandang ke arah Mak Mah dia melihat muka Mak Mah hampir menangis. “ Ya lah Mak Mah, Adam balik esok tapi selepas kerja.”

“Baiklah Tuan. Mak Mah keluar dulu. Selamat malam Tuan.” Mak Mah keluar dari bilik Adam. Adam melihat ke phonenya tetapi masih tiada tanda Anie call dia balik.

Anie mengeliat di atas katil. Selepas dia menggosok mata Anie memandang ke arah jam dinding. Jam menunjukkan pukul  9 pagi. “ Arhhh! Aku terlambat!” Mata Anie terbeliak lalu bergegas nak bersiap untuk kerja.

Sesampai saja di tempat kerja, aku memulakan kerja aku seperti biasa. Pada masa aku sampai keadaan pejabat agak sunyi entah kemana semua staff yang lain agaknya.Apa pun ini petanda baik sebab aku tak akan ditangkap terlambat masuk.

 “ Ehemm, kenapa tersenyum seorang diri?” Anie terkejut dengan Adam yang tiba – tiba muncul di belakangnya. “ Tak ada Boss,saya tengah melakukan senaman muka Boss.” Anie menipu Adam tetapi Adam percaya begitu saja.Adam belalu pergi ke pejabatnya. Aku ingatkan aku tertangkap masuk lambat tetapi syukurlah tak tertangkap.

            “ Ummi, Hanna nak keluar ni!” Hanna meminta keluar dari Umminya. “ Baiklah Hanna. Jangan lupa salam Abah di depan tu.” Sambil memasak Ummi Najwa menjawap Hanna. “ Salam Bah.” Hanna menghulurkan tangannya kepada Abahnya. “ Hati – hati jalan tu.

Semasa menunggu di dalam kereta Hanna menerima Whastapp daripada Syaff.

“ Akak. Syaff dah keluar dari kapal terbang. Akak tunggu di depan pintu masuk airport. Kejap lagi Syaff keluar.”

Hanna menghidupkan enjin kereta. Semasa dia sampai di depan pintu masuk airport Hanna terkejut melihat kelibat adiknya. Syaff masuk ke dalam kereta.

“Amboi adik akak ni. Selama 5 tahun di London tu. Dah nak berubah jadi mat salleh sekarang dah?” Hanna terkejut melihat rambut Syaff yang berwarna blonde.“ Jalan sajalah kak. Syaff penat ni.” Syaff menutup matanya lalu merendahkan kerusi untuk lebih selesa baring. Syaff seakan – akan tidur tetapi sebenarnaydia sedang berfikir. Dia cuma tidak mahu diganggu oleh kakaknya.

Aku kembali untuk mengubah perjanjian yang aku pernah lafazkan dulu. Aku tidak mahu terlambat dan menyesal sekiranya aku tidak lakukan sekarang.

            Aku memberanikan diri masuk ke ruang pejabat Adam. “ Boss, boleh saya masuk.” Aku membuka lalu mengetuk pintu. Anie tersenyum melihat Adam yang sedang gigih membaca laporan yang di atas mejanya sampaikan dia tak memandang ke arahaku. “ Adam!” aku cuba mengejutkan Adam tetapi dia masih serious kerja.

“Ya Anie. Ada apa?” Adam menjawap tetapi masih tak memandang muka Anie.

“Saya nak minta cuti boleh?”

“Apa? Kenapa? Sebab hal hari tu ke? Anie kan I dah minta maaf. You masih merajuk lagi ke.” Adam yang tiba – tiba saja bangun seperti nak marah Anie.

“Bukan. Tak macam ni, saya nak balik kampung sebab akak saya nak kahwin. Awak bagi saya cuti boleh?” Anie memujuk Adam.

“Oh, macam tu. Okay tapi ada satu syarat.” Adam duduk di kerusinya semula.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku