Perjanjian
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Jun 2017
Dua orang sahabat yang membuat perjanjian. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan perjanjian itu terpaksa diputuskan dan digantikan dengan sebuah perjanjian yang baharu. Apakah yang akan berlaku kepada perjanjian yang mereka buat. Adakah dapat mereka mengekalkan perjanjian tersebut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
170

Bacaan






22

            Lagu pengantin berkumandang di rumah Anie di kampung. Tak sangka pula Anie akan menjadi isteri orang selepas ni.  “ Mak kenapa mak menangis ni?” Anie sedih memandang wajah maknya. “ Mak nangis bukan sedih tapi ni air mata gembira seorang ibu.” Mak Anie menyapu air matanya.

“ Berhenti! Perkahwinan ini tidak voleh diteruskan! Syaff kau kena bertanggungjawap. Kau tak boleh biarkan aku jadi macam ni.” Syeera yang datang tiba – tiba dan mahu membatalkan perkahwinan antara Syaff dan Anie. “ Apa semua ni? Siapa dia tu Syaff?” Abah bertanya kepada Syaff disebabkan terkejut dengan situasi itu.

“ Kejap Abah, biar Syaff yang handle. Hei Syeera kau dengar sini. Kalau niat kau nak batalkan pernikahan aku dan Anie kau jangan haraplah. Kami berdua dah sah sebagai suami isteri.”Syaff memegang tangan Anie dengan erat.

“ Syaff, selepas apa yang aku bagi. Aku sanggup bagi tubuh aku pada kau sebab kau yang memaksa. Sanggup kau buat semua ni pada aku Syaff.” Syeera mengaku yang dia pernah bersetubuh dengan Syaff.

“ Apa semua ni Syaff? Betul ke apa yang perempuan tu cakap?” Anie melepaskan tanggannya daripada tanggan Syaff. “ No you, dengar sini. I tak pernah sekali pun sentuh dia walaupun sedikit. Langsung tak pernah.” Syaff memegang bahu Anie sambal menjelaskan semua pada Anie. “ Oi perempuan. Benda apa yang kau merepek ni? Kau jangan nak reka cerita sebab apa aku tak suruh kau reka cerita sebab tak ada yang akan percaya dengan dongeng kau tu.” Syaff seperti sangat marah dengan Syeera. “Okay fine tak lama lagi aku akan bawa bukti untuk tunjukkan semua yang aku cakapkan tadi adalah benar. Korang tunggu.” Syeera terus pergi dari situ.

            “ Anie, wa gembira akak. Selamat penganti baru.” Kak Ros memegang tangan Anie lalu melompat – lompat. “ Akak, Akak sabar. Jangan buat macam ni malu Anie orang pandang nanti.” Kak Ros berhenti melompat lalu menutup mulutnya. “ Alamak boss sampai. Em aa okay akak pergi buat kerja by the way sekali lagi selamat pengantin baru.” Akak mencubit pipi Anie. Anie terus duduk.

“ Pagi boss.” Anie menjeling ke arah Adam untuk memastikan moodnya. Adam melimpas saja kemudian patah balik dan Anie jadi panik sebab dia ingat Adam akan memarahinya. “ Ya morning. Ow yea congrats for your weeding and sorry for not coming to your weeding.” Adam memandang ke arah Anie dengan senyuman terpaksa. “ Thank you.” Jawap Anie.

Setelah Adam masuk ke dalam ruang pejabatnya kemudian di susul oleh Anie. “ Em Adam. saya masuk ni sebagai kawan. Jadi sekarang ni saya nak pastikan awak okay tak? Sebab saya tengok awak dah lain sangat dengan saya. Boleh saya tahu sebabnya tak?” Anie masuk terusduduk di hadapan  Adam.

“ I’m okay. Kenapa you takut I frust menongeng? Tak lah. Jangan risau.” Adam cuba sebaik mungkin untuk menutup kekecewaannya walaupun sebenarnya dia terluka. “ Okay kalau macam tu saya nak ajak awak lunch nanti bersama dengan Syaff. Boleh?” Anie memegang tangan Adam. Adam terkejut dan hampir terkelu. “ Aaa. Aanie.” Adam tersekat –sekat.

“ Jangan risau Syaff tak makan orang. Bolehlah please?” Anie merayu pada Adam dan masih tidak melepaskan tangan Adam. “No bukan tu. Ni tangan you.” Adam menunjukkan tangan mereka menggunakan mulutnya. “ Sorry.” Anie melepaskan tangan Adam. “ Soooooooooo?”Anie masih lagi memujuk Adam untuk ikut dia lunch dengan suaminya.

“ Okay fine. I ikut.” Adam mengangkat tangannya seperti surrender. “ Yes, jumpa nanti.” Anie keluar dengan happy. Apa yang Anie buat adalah untuk mengembirakan Adam yang berkemungkinan masih bersedih dengan apa yang terjadi padanya sebelum ini.

Selepas Anie keluar Adam menutup mukanya dengan tangan dan mengeluh panjang.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku