Perjanjian
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Jun 2017
Dua orang sahabat yang membuat perjanjian. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan perjanjian itu terpaksa diputuskan dan digantikan dengan sebuah perjanjian yang baharu. Apakah yang akan berlaku kepada perjanjian yang mereka buat. Adakah dapat mereka mengekalkan perjanjian tersebut.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
73

Bacaan






25

Selepas selesai makan malam Anie membantu Ummi membasuh pinggan. “ Kenapa kamu yang cuci semua ni?” Ummi datang ke dapur. “ Ummi, tekejut Anie. Tak apa Ummi, sikit je ni. Ummi duduklah rehat.” Sambil Anie mencuci pinggan. “ Tak apalah, biarkan.Mak kamu dah rindu sangat dengan kamu tu. Cepat. Mak Mun siapkan kerja ni.” Ummi memanggil pembantu rumahnya. “ Baik Puan.” Ummi dan Anie ke ruang tamu dimana semua sudah duduk bersama.

“You sini.” Syaff memanggil Anie. “ Nampaknya semua dah disini. Bolehlah Abah mulakan permintaan Ummi dan Mak kamu ni. Syaff, Anie, kamu berdua dah sedia nak dengar?” Abah buat Anie dan Syaff confuse. “ Abah, apa yang serious sangat ni?Permintaan apa Ummi? Mak?” Syaff memegang tangan Anie. “ Abang, cepatlah bagitahu budak berdua tu.” Ummi mencubit Abah supaya Abah beritahu cepat. “ Ni dengar sini. Tiket flight dah dibeli cuti kamu pun dah lulus begitu juga Anie.Ummi dan Mak kamu nak kamu berdua honeymoon.” Anie dan Syaff terkejut dengan apa yang Abah cakap.

””””” RINGTONE IPHONE ”””””

            “ Em, hello. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.” Adam menjawap phonenya dalam keadaan separuh tidur.Phone Adam sekali lagi berbunyi. “ Tak saya tak jadi beli. Maaf.” Adam pun sekali lagi menjawap separuh tidur.

“No no no no, wait wait. It’s me. Qisha.” Adam terbangun sebaik saja mendengar nama itu. “ Qisha? Buat apa you call I? Bukan ke you tinggal di overseas ke?”Adam menggosok matanya. “ Sebab tu lah I call you ni. Pick me up now?” Qisha macam dalam keadaan emergency. “ What? Pick you up? You dimana ni? You gila ke i kan di Malaysia ni.” Adam menguap. “ No, I di KLIA ni.” Mata Adam terbeliak.

Adam memakai baju dengan terpaksa. “ Tak tahu aku mengantuk ke? Kenapa nak minta ambik sekarang pula. Menyusahkan.” Adam keluar dengan marah sebab tidur diaterganggu. “ Sampai pun, I ingatkan you tak sudi ambik i.” Qisha terus masuk ke dalam kereta Adam. “ Pak cik Guard tolong hantar dia ni balik.” Adam membuka cermin. “ Hey apa you ni?” Qisha menepuk bahu Adam. “ Jomlah balik. Tidur aku terganggu sebab you tau. I sepatutnya tidur 6 jam. Barulah handsome pagi esok.Ni dah terganggu, entah – entah macam panda tak esoknya.” Adam masih merungut tentang tidurnya. “ Dahlah.” Qisha ketawa.

“Okay dah sampai. You pergi masuklah.” Adam tidak menoleh pada Qisha. “ You tak nak masuk ke? alang – alang dah sampai ni?” Qisha mengajak Adam masuk ke dalam rumah. “ No, no need. Tak ada kuasa I nak masuk ke dalam neraka tu.” Adam seperti benci melihat rumah agam itu. Selepas Qisha keluar, Adam terus pergi dari tempat itu.

            “ You, you rasakan kenapa Mak dan Ummi nak kita pergi honeymoon ek? Tak tiba – tiba ke semua ni?” Anie bertanya kepada Syaff sambil menghidangkan sarapan pada Syaff. “ Mestilah, I tahu. You nak tahu?” Anie mengangguk. “ Nanti I bagitahu. Sarapan dulu I lapar.” Syaff membuat muka terdesak pada Anie. Mereka kelihatan sangat sayang pada satu sama lain.

Selepas selesai sarapan, Syaff duduk di ruang tamu lalu menonton tv. “ You cepatlah bagitahu i. apa yang Ummi dan Mak nak?” Anie memegang tangan suaminya itu untuk merayu supaya memberitahunya pekara tersebut. “ Okay, dengar sini. Tapi jangan terkejut pula. Sebenarnya.” Syaff terhenti mendengar loceng pintu mereka berbunyi. “ Nanti you sambung. I buka pintu dulu.” Anie bangun untuk membuka pintu. Apa yang dilihat oleh Anie selepas dia membuka pintu menyebabkan dia menjerit.

“You! Kenapa ni?” Syaff bangun selepas mendengar jeritan Anie. Selepas Syaff sampai di hadapan pintu, Syaff juga turut terkejut dengan apa yang dilihatnya.“ Oh my god! Who do this?” Syaff memeluk Anie yang kelihatan trauma.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku