SAHABAT
SAHABAT
Genre: Umum
Kategori: Puisi
Paparan sejak 22 Jun 2017
Penilaian Purata:
211

Bacaan






SAHABAT


Kawan

Masih ingatkah engkau suatu ketika dulu

Dulu

Kita tidak saling mengenali

Kita tidak pernah bertegur sapa

Kita tidak bersua muka


Tapi

Apabila engkau merapati aku

Aku mula rasakan engkau sungguh istimewa

Istimewa yang tiada tandingannya

Engkau lain daripada yang lain


Aku dan engkau

Kita sama sahaja

Perangai kita tiada yang berbeza

Adakala

Kerja jahat dan baik

Kita lakukan bersama

Tidak pernah aku kenal erti sesal bersama engkau


Kini

Tapi mengapa kini

Mengapa kini engkau berubah hati

Mengapa engkau berpaling tadah

Mengapa engkau berubah


Cuba katakan kepada aku

Apa yang membuat engkau begitu

Adakah ini salah diri aku

Adakah ini salah perangai aku

Adakah ini salah telatah aku

Engkau katakanlah wahai kawan


Jika

Jika dulu engkau sekadar kawan

Tapi kini menjadi sahabat

Aku harapkan engkau sahabat dunia dan akhirat

Ternyata harapan aku musnah

Musnah berkecai tidak pernah bercamtum kembali


Akhirnya

Aku sedari

Aku tahu

Aku percaya

Ini semua hanyalah mimpi semata-mata

Ini bukan realiti


Tapi bagaimana

Sekarang engkau sudah berbeza

Engkau tidak lagi seperti dahulu

Engkau bukan yang aku kenali

Engkau bagaikan bertopeng sahaja


Ternyata aku salah

Aku salah mentafsir

Ini bukan mimpi tetapi realiti

Realiti yang perlu aku hadapi sendiri


Andai engkau berubah hati

Pergilah usah kembali

Andai engkau telah sedari

Baliklah kembali

Aku setia menunggu

Kerana

Aku tahu erti nilai persahabatan

Walaupun duka dan lara aku terima

Engkau tetap sahabat




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku