Cuit-cuit Cinta
1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 Jun 2017
Penilaian Purata:
351

Bacaan






“CUIT!”


“Cuit apa, sayang?”


“Cuit-cuit cinta!”


“Cinta pada siapa?”


“Pada abanglah!”


Tapi... semua perbualan tu hanya mimpi. Tiada lagi kata-kata itu akan kedengaran buat sekian kalinya. Jika dulu, cuit-cuit cinta. Tapi kini, cuit-cuit derita! Gembira? Hahaha... merepek apa lagi laaa? Sedih, pilu, derita dan yang kena tau... merana!


Dulu, dia ingat, bila dah berkahwin... rasa bahagia saja hidup ni. Rupanya sama saja, derita!


Ini kisah hidup...


Hidup siapa... hidup Qira Darina. Seorang gadis bandar berasal dari bandar metropolitan Kuala Lumpur. Jika terdengar namanya, wah! Menarik sekali namanya. Tapi ramai tertipu! Disebalik nama yang indah itu, tersimpan duka dan lara. Fikir senang ka?


Tau dak apa yang derita tu?


Jangan percaya semua ayat tu, mukadimah saja. Derita yang dimaksudkan tu, derita sebab kena dengan hidup dengan mak mentua. Susah beb... Bukan semudah a, b, c, tapi yang ini... berani buat berani mati!


Dalam kisah Qira Darina, dia bukan menantu pilihan. Ulang sekali lagi... bukan menantu pilihan! Ingat dia hairan? Untuk mak mentua dia tu, sorry... do I care? Janji sekarang ni, dia sudah sah jadi isteri kepada Qassim Aluwi, anak Cik Senah a.k.a mulut murai! Apa salahnya... minta maaf dan terima saja menantu ni, senang kan?


Kenangan terimbas... part paling best!


“Hang tu bukan menantu aku! Hang tu anak hantu!”


“Kalau cheq anak hantu... anak mak tu apa pula? Abang Qassim anak hantu, laki mak tu bapak hantu. Mak pulaaa, mak hantu!”


“Kuqang ajaq hang noh! Aku malu laaa ada menantu macam hang ni! Malu tau dak malu?”


“Laaa, pasaipa? Mak pakai baju dok elok dah, tutup sana-sini. Dok tak dok, malu? Meroyan ka macam mana?”


“Aku cabai mulut hang baru hang ada akai.”


“Amboi, ada hati nak cabai mulut orang! Saya cabai mulut mak baru tau!”


Lihatlah telatah kami anak menantu. Kalau orang lain tahu, mesti terkejut besar. Tapi, dalam kampung ni, semua orang tahu tentang kami berdua. Pantang bersua muka, pasti ada yang tak kena. Kalau ikutkan hati Qira, dah melayang nyawa Cik Senah tu. Apakan daya, dia perlu bertahan demi menjaga maruahnya.


Kami berdua memang tak hairan dengan bualan mulut orang. Ada kami kesah? Jaranglah kalau nak dengar otang kutuk dan mengata kami. Semuanya dah kenal hati budi Qira dan Cik Senah. Don’t worry be happy.


Ops!


Masih ada... dia tu! Dia ialah Cik Kiah propa. Mulut dia tu boleh tahanlah juga. Tak habis-habis asyik mengata kami. Apa yang dia tak puas hati pun... tak tau laaa!


Cukuplah sekadar info...


QIRA DARINA duduk bersantai di sofa empuk. Mata tertancap ke arah skrin Tv yang menyala. Mulut tidak habis mengunyah semangkuk popcorn yang dibeli di Tesco berapa hati yang lepas. Rasa tidak puas. Mangkuk popcorn awalnya berada di atas meja segi empat kecil di hadapannya, kini mangkuk itu diletakkan di atas riba.


Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta.


Sah! Itu bunyi enjin kereta suaminya Qassim Aluwi.


Biarkan...


Qassim melangkah masuk dengan ucapan assalamualaikum. Dia hanya perlu menolak pintu saja kerana pintu tu takkan berkunci. Selalu terbuka sebab dalam runah ni rasa macam bekuap sangat.


“Waalaikumussalam...” sayup-sayup Qira menjawab.


“Qira!”


“Apa? Kacaulah Qira tengah tengok Tv ni.”


Qasim duduk di sebelah Qira. Dia memandang dengan riak wajah yang hampa. Tiada senyuman. Inilah yang menaikkan darahnya, sebab Qira!


“Tau dak sekarang ni kita dalam bulan apa?”


“Bulan... puasa?”


“Hari ni kan hari pertama puasa, kenapa boleh dok ngap-ngap popcorn ni? Abang dah bagitau kan Qira kena puasa? Tapi, awat ketegaq tak mau dengar kata ni?”


Qira tahu apa yang perlu dibuat, taktik perlu ada!


Dia membuat memek muka sedih seraya berkata, “Alaaa, sorry laa ish! Qira kan tak bangun sahur tadi? Kalau tak sahur macam mana nak berpuasa? Perut ni asyik berbunyi aje dari tadi. Esoklah Qira puasa okey?"


“Banyak cantik muka Qira! Tak bangun sahur konon, macam mana nak bangun sahur kalau tidoq tu, jenis tidoq mampoih. Sampai bila pun tak bangun! Abang kejut Qira awal-awal tau dak? Tapi Qira tetap tak bangun. Lepas tu, nak suruh abang buat apa? Nak suruh kendong sampai dapuq nak makan nasi?”


“Ye laaa, tak payahlah nak bebel panjang. Esok Qira puasalah  okey?”


“Dah laaa tak puasa, lepas tu bagi alasan esok nak puasa pula? Ingat abang tak tau perangai Qira macam mana? Esok pula tak puasa, alasan sebab lapar sangat atau datang bulan. Padahal tak datang bulan pun.”


“Betullah kalau datang bulan tu...”


“Buhong! Mana ada orang datang bulan banyak kali? Qira tu normal, bukan ada penyakit pun!”


“What ever...”


“Sebagai denda, pergi masak untuk buka puasa! Jangan nak mengada tengok Tv bagai. Sebelum abang hempuk Tv tu atas kepala Qira, lebih baik pegi masak sekarang! Tak ada alasan, pergi!”


“Sampailah hati kekanda, nak hempuk Tv atas kepala dinda...”


“Ni mai nak habaq, abang bukan setakat sampai hati saja. Memang sampai pun! Kalau ikutkan hati ni, nak hempuk Tv atas kepala tu biasa laaa. Tau dak apa paling teruk?”


“Apa?”


“Kutip semua barang makeup Qira tu, naked laaa apalah. Lepas tu buat ungun api besar-besar, semua barang tadi letak dalam api, dannnn tinggal kenangan. Hahaha."


“Jangan laaa, mahal semua tu. Dah laaa mahal, kalau bakar seumpama bakar duit juga tau tak?”


“Lantak abang laaa! Aikkk, setahu abang kan... beli barang makeup pun buang duit juga. Bika abang kata nak bakar, pandai noh buat ayat. Tapi Qira sendiri beli alat solek sampai berlambak dalam bilik tu, tak buang duit?”


“Qira pakai makeup sebab ustaz kata bersiaplah cantik-cantik di depan suami. Nampak tak yang Qira ni sweet?”


“Puihhh! Sweet laaa sangat! Qira kalau tak pakai solekan pun, tetap cantik di hati abang. Ayatmacam tu baru sweet. Amacam?”


“Sweet tahap gaban!”


“Abang naik atas dulu, nak mandi, rehat kejap. Sat lagi abang turun, abang nak tengok, ada nasi, lauk untuk berbuka. Kalau tak ada juga... wait and see! Say goodbye to your makeup.”


Anak mata Qira mengekori jejak langkah Qassim yang sedang pergi naik ke bilik di atas.  Tajam mata memandang menikam ke arah susuk tubuh yang sasa itu. Bikin panas hatinya!


“Apa yang aku nak masak? Aku bukan reti masak?”


“Termenung apa tu oi? Pegilah siapkan bahan nak masak!”


Automatik dia menoleh, susuk tubuh itu masih ada di situ. Bukan main lagi perli aku laaa tu, siap tersnyum sinis! Sebab denda dialah aku kena masak untuk berbuka. Macam laaa tak kenal isteri sendiri! Aku ni dah laaa masak pun tak reti.


Ha’ah, kedai mamak!


“Oi cik kak! Jangan dok mimpi nak pi beli lauk kat kedai mamak nah?”


Aduhai mambang ni! Macam tahu-tahu aje aku nak kona pergi kedai mamak. Haih, kalau kedai mamak, Qassim dah pangkah, mana ada ada jalan lain dah. Apalah nasib aku dapat suami yang pandai baca isi hati ni eh? Desis hatinya.


“Mengumpat abang lah tu?”


“Abang! Pergi naik atas, lepas tu kunci pintu! Pergi mandi dan rehat! Jangan nak memekak dekat sini, boleh? Bulan puasa ni tak ada hantu, jangan sampai Qira pula naik hantu.”


“Amboi, marah abang ke tu?”


“Masa bila Qira marah? Tadi tu bukan marah, nasihat!”


“Ingat tau, bulan puasa ni, tak baik mengumpat orang. Tambah pula mengumpat dalam hati tu. Lagi teruk kalau mengumpat suami sendiri. Bahaya dan berdosa tau dak? Nak cium bau syurga dak?”


“Qira tau laaa!”


“Tau la sangat, lepas tu buat tak tau!”


“Okeylah, Qira nak pegi kedai beli barang jap ye?”


Qira bingkas bangun dengan mulut yang terukir segaris senyuman menyimpan satu makna. Kedai mamak laaa jawabnya, ingat besya-besya? Langkah di atur ke garaj kereta di hadapan rumah. Dia akan naik kereta Qassim.


Setiba di kereta, pintu dibuka.


“Aik? Pintu kereta tak kunci, tapi kunci kereta tak ada?” Qira berdialog sendirian. Kebiasaannya, setelah Qassim pulang dari kerja, kunci kereta masih ada dalam kereta kerana kunci kereta digabungkan dengan kunci pintu pagar rumah dan tugasnya ialah mengunci pintu pagar. Tapi sekarang tak ada?

“Abang...”


“Apa abang-abang?”


Qira terkedu sebentar. Masa bila Si Qassim tak berapa selamat tu duduk tercegat dekat pintu rumah? Bukan dah pergi melingkup dalam bilik ke? It’s okay... cover Qira!


“Mana kunci kereta? Tak ada pun, selalunya ada.

“Hari ni memang tak ada sebab abang tau... isteri abang ni pemalas, baloq liat! Abang tau laaa, bagi alasan nak pergi kedai konon, padahal nak melencong ke lain. Kedai mamak laaa tu kan?”


“Abang ni pakai ilmu apa hah? Semua benda abang tau! Bela hantu raya agaknya?”

“Ilmu suami mithali.”


Hergh! Mithali laaa sangat! Habis jahanam rancangan aku! 


“Abang!!!”


Qassim bergegas mendapatkan isterinya.


“Awat?” soalnya ketika bersemuka bersama.


“Semut ni gigit kaki Qira laaa, jahat punya semut!”


“Alololo... semut gigit ya? Sat nah abang bagi ubat...” serta-merta memijak kaki Qira sekuatnya.


“Argh! Abang dah gila ke pijak kaki Qira. Kata nak bagi ubat?”


“Tu laaa ubat.”

“Ubat apa macam tu!?”


“Ubat sebab menipu suami. Hahaha...”


“Itu tak lawak okey?”



“Siapa kata lawak?”


Qira memandang suaminya. Sengaja dibesarlan mata, seperti mahu makan orang. Macam-macam karenah mambang ni! Sejak dari awal kenal sampai sekarang, perangai tu masoh tak berubah. Tak ada kerja lain selain sakitkan hati aku, denda aku, bagi darah aku naik. Nasib baikpah aku masih sayang suami sendiri. Kalau tak, dah lama kiokkk!


“Marah abang laaa tu?”


“Tak marah haihhh, lagi sayang ada laaa!”


“Macam tulah isteri mithali, baru dapat bau syurga. Kan bagus kalau selalu macam ni, sweet aje kan?"


Do I care?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku