Mr Kedekut Miss Kembar
Bab 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Jun 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
678

Bacaan






DERINGANtelefonmematikan perbualan Fadiya dan Encik Haikal. Telefon bimbit yang memang di atasmeja ditenung. Terbit nama Puan Laila di layar skrin.

            Fadiyamendengus geram tatkala menyedari Puan Laila yang menghubungi Encik Haikal.

            “Takpayah jawab, B!” bentak Fadiya.

            EncikHaikal tersentak. Dia angkat muka memandang Fadiya.

            “Sayang,I kena jawab panggilan ni. Kalau I tak jawab, Laila akan syak yang bukan-bukan.I tak nak dia hidu hubungan kita. I belum bersedia untuk beritahu perkarasebenar pada dia,” balas Encik Haikal.

            “Youasyik fikirkan dia saja. Habis I ni siapa? Oh, I kan tak penting bagi you. I nicuma kekasih gelap you. Bila-bila masa you boleh tendang I!” marah Fadiya.

            EncikHaikal berdecit.

            “Apayang you merepek ni, sayang?” herdik Fadiya.

            Deringantelefon itu mati.

            Fadiyatersenyum puas.

            EncikHaikal menggeleng melihat tingkah Fadiya yang mencemburui Puan Laila.

            “Puashati you kan?” marah Encik Haikal.

            Fadiyabuat tak tahu.

            Telefonberdering semula. Nama Puan Laila muncul di skrin lagi. Buntang mata Fadiya.Apa yang nenek tua itu mahu daripada Encik Haikal hah? Sebelum Fadiya melarang,cepat-cepat dia menjawab panggilan daripada isterinya itu.

            “Kenapa,Lai?” soal Encik Haikal.

            Fadiyadi hadapannya sudah menarik muncung panjang. Tayang muka tidak puas hati.

            “Abanglupa ke yang Haidhar akan mula bekerja di syarikat abang hari ni?” soal PuanLaila.

            EncikHaikal terdiam. Baru teringat akan janjinya.

            “Abang?”panggil Puan Laila.

            “Maaf,Lai. Abang terlupa. Haidhar dah sampai di pejabat ke?” soal Encik Haikal.

            “Dahhampir sejam, bang,” beritahu Puan Laila.

            “Okey,abang pergi jumpa dia sekarang.” Encik Haikal terus matikan talian.

            EncikHaikal angkat muka memandang Fadiya.

            “Sayang,I kena pergi pejabat. Haidhar tengah tunggu I di sana,” beritahu Encik Haikal.

            Fadiyaberdecit.

            “B,kitakan baru saja luangkan masa bersama. You ni memang pentingkan keluarga youberbanding I kan?” Fadiya cuba menghalang. Mahu Encik Haikal meluangkan masabersamanya. Dia juga berhak berada di sisi Encik Haikal. Bukan Puan Laila danHaidhar sahaja.

            “Sayang,Haidhar akan mula bekerja di syarikat I. Jadi, I kena beri briefing sebelum dia mulakan tugas. I kena kenalkan dia pada stafdi bahagian administration. I takboleh biarkan dia buat kerja terkontang-kanting,” pujuk Encik Haikal.

            “Youtak sayangkan I ke, B?” rajuk Fadiya.

            “Isayangkan you,” balas Encik Haikal.

            Fadiyapamer senyuman manja. Dia merenung segenap wajah kacak Encik Haikal.

            “Kalaumacam tu, you arahkan staf lain untuk briefingdia. You mesti ada staf kepercayaan kan?” balas Fadiya. Bersungguh-sungguhtidak mahu Encik Haikal ke pejabat.

            “No. It is him’s first day,” tegas EncikHaikal.

            “Tapi…”

            EncikHaikal bangun.

            “Jomkita balik,” ajak Encik Haikal.

            TerpaksaFadiya menuruti permintaan Encik Haikal.


HABIS meniaga, Fasha tergesa-gesa kerestoran. Itulah pekerjaan yang dilakukan Fasha. Pagi meniaga nasi lemak.Petang pula bekerja di restoran. Ketika waktu malam pula, dia akan bekerjasebagai seorang juruwang di Kedai 7Eleven. Nak cari duit punya fasal. Diasanggup mengorbankan masa rehat dan tidurnya.

            “Bos,maaf sebab saya terlewat.” Dia merapatkan kedua-dua belah tangannya lalumemohon maaf. Wajah Fasha serba salah.

            EncikKhairul mengukirkan senyuman.

            “Takapa, Fasha. Walaupun awak lambat, tapi saya tahu yang awak akan datang bekerja.Lagipun, saya perlukan pekerja macam awak di restoran saya. Awak seorangpekerja yang rajin,” puji Encik Khairul.

            Fashahanya tersenyum.

            “Terimakasih, Encik Khairul. Err… saya ke belakang dulu ya? Nak tukar pakaian.” Fashamemohon untuk beredar ke tempat persalinan pakaian.

            EncikKhairul angguk.

            Tanpamenunggu lama, Fasha terus beredar.

 

“HAUSNYA!” Haidhar usap tekaknya yangterasa kering. Baru setengah hari dia menghadap komputer dan segala jenis faildi pejabat. Belum satu hari lagi. Aduh, bosannya kerja! Malas sungguh dia.

            Daunpintu restoran itu ditolak. Kaki dihayun lemah menuju ke meja di bahagianhujung. Port biasa dia. Munculseorang pelayan wanita di mejanya. Baru dia angkat muka. Dia terkesima bilamelihat gadis penjual nasi lemak yang bertekak dengannya pagi tadi.

            Fashapula sudah membuntang mata. Kecilnya dunia!

            “Kau?”Mereka sama-sama melontarkan kata itu. Bersama riak muka terkejut.

            Haidharmendengus.

            “Apakau buat di restoran ni hah?” herdik Haidhar.

            Fashajongket kening.

            “Akukerjalah. Takkanlah aku menari pula? Apa punya soalanlah,” sindir Fasha.

            Haidhartepuk dahi. Kau ni yang tanya soalan bodoh tu, kenapa? Namun dia tetap berlagakego di hadapan Fasha.

            “Ohkalau kau menari depan aku. Aku nak bertepuk tangan. Sebab aku boleh bayangyang kau macam panda bila berjoget,” kutuk Haidhar.

            Fashamendengus.

            “Pandacomel. Bukan macam kau. Hati busuk. Kedekut tahi hidung masin.” Giliran Fashapula yang mengutuk Haidhar.

            Haidharberdecit. Eh, dia nilah…

            “Kau…”

            “Apa?”potong Fasha. “Cepat, kau nak pesan apa? Kaki aku dah naik kematu tercegatdepan kau ni,” sambung Fasha.

            “Emm…”Haidhar ketuk meja.

            “Hisy,cepatlah!” desak Fasha.

            “Akunak air yang paling murah sekali,” pesan Haidhar.

            Jatuhrahang Fasha. Dia ternganga.

            “Airyang paling murah? Hmm… ada. Air kosong. 20 sen saja. Nak?” perli Fasha.

            “Perlinampak.” Haidhar sentap.

            Fashalempar senyum sinis.

            “Terasahati ke?” sindir Fasha lagi.

            Haidharmenjeling.

            “Akunak sirap ais.” Malas Haidhar hendak bertegang urat dengan Fasha.

            Fashacatat pesanan Haidhar di sebuah buku nota.

            “Makan?”soal Fasha.

            “Taknak,” balas Haidhar.

            “Okey.”Fasha bersedia untuk memulakan langkah.

            “Kejap!”halang Haidhar.

            “Kaunak apa lagi?” Langkah Fasha mati.

            “Berapaharga segelas sirap ais?” soal Haidhar ingin tahu.

            “RM1.20.”Fasha geleng kepala bila mendengar soalan Haidhar. Memang kedekut tahi hidung masinsungguh! Berkira sangat.

            “Okey,”balas Haidhar.

            “Adaapa-apa lagi ke?” tanya Fasha lagi.

            “Takada,” jawab Haidhar.

            LekasFasha beredar meninggalkan meja Haidhar.

 

“NAH. Sirap ais untuk kau.” Fasha letak gelasberisi minuman sejuk itu kepada Haidhar.

            “Terimakasih.” Haidhar tarik gelas itu lalu sedut sedikit minuman itu.

            “Sama-sama.”Fasha senyum penuh makna.

            “Pruhh…”Haidhar terus tersembur. Pahit. Dia memandang Fasha. “Kau tak letak air gula keapa?” marah Haidhar.

            Fashajongket kening.

            “Eh,tak sedap ke? Air tu sepadan dengan harga RM1.20. Kurang air gula dan ais,” ejekFasha,

            Haidharmendengus.

            “Akubayar okey?” bentak Haidhar.

            Fashaketawa sinis.

            “Adaaku peduli? Kau yang nak air paling murah kan? Aku bagi sajalah.” Dia terus menyindirHaidhar.

            “Kau…”Haidhar tuding jari di muka Fasha.

            “Akuapa?” Lekas Fasha tepis tangan Haidhar.

            “Annoying!” bebel Haidhar.

            “You can say whatever you want it,” balasFasha. Lalu beredar ke dapur.

            Haidharmengeluh geram. Kecil besar, kecil besar, saja aku tengok dia ni. Hilang seleranyahendak menikmati air sirap ais itu.

                        



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku