PLEASE!! I NEED SOMEBODY
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Jun 2017
Cinta akan datang dengan sendiri bila dia tahu kitalah jodohnya. Jadi tak kisahlah walau kemana dia menghilang atau pergi kerana dia pasti akan datang pada kita bila dia tahu kita adalah destinasi cintanya.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
663

Bacaan






          “Awak, Love you tau. Janji, jangan lupakan saya!!” Ucap Ji-De pada Elisha, seraya memeluk gadis itu dan belum sempat Elisha membalas pelukan Ji-De. Tiba-tiba....

          “Kringg!!!”

          Pengera jam loceng telefon bimbitnya berdering dengan kuat, melenyapkan terus bayangan Ji-De yang semakin jauh tenggelam di alam mimpi. Menyedarkan Elisha dari terus hanyut mimpikan jejaka itu. Lalu, kelopak matanya yang tertutup rapat tadi dibukanya perlahan-lahan.Meninjau kalau-kalau Ji-De lelaki yang dimimpinya ada di situ untuk menafikan dia sekadar bermimpi saja bertemu dengan jejaka itu.

           Namun, sebaik matanya terbuka luas.Biliknya kosong dan sunyi sepi tanpa penghuni dan cuma ada langsir berwarna biru laut yang berterbangan di tiup sang angin dek kerana jendela yang terbuka luas tanpa ditutupnya malam tadi sebelum tidur. Patutlah dia rasa sejuk sangat,rupanya dia lupa tutup tingkap dan bukannya sedang berada di pantai pada tengah-tengah malam.

         Setelah kebenaran yang dia sekadar bermimpi bertemu jejaka itu, Elisha menarik selimut corak kotaknya ke tepikatil untuk memudahkan dia bangun dan menutup tingkap yang ternganga luas itu.Tapi sebelum dia mahu pergi menutup tingkap berkenaan. Elisha terlebih dahulu mematikan penggera jam loceng telefon bimbit nya kerana tak tahan mendengar bunyi bising yang penggera itu buat.

        Setelah selesai, barulah dia menuju kearah jendelanya yang terbuka luas itu. Belum sempat dia nak tutup jendelanya.Terpampang wajah tampan ala-ala comel milik Ji-De di papan iklan elektronik yang betul-betul menghadap jendelanya membuatkan Elisha terpana seketika melihat senyuman yang sangat manis dari jejaka itu.

       Jejaka itulah yang dia jumpa sebentar tadi. Jejaka itu jugalah yang memeluknya seketika tadi serta yang palingpenting, jejaka itulah yang meluahkan rasa sayangnya pada dia tadi. Tapi mengapa sekadar dalam mimpi? Mengapa tidak di alam realiti? Ahh!! Bencinya dia melihat senyuman itu kerana akan membuatkan dia lebih galau lagi.

       Lalu, Elisha menutup tingkapnya setelahsakit menahan rindu yang teramat sangat yang jejaka itu tinggalkan padanya.Dalam banyak-banyak lelaki, mengapalah dia boleh ‘tangkap cinta’ pada selebritiitu. Padahal, selebriti terkenal itu lansung tak mengenali dirinya yang umpamasebutir pasir halus yang melekat di celah-celah timbunan batu dan lansung tidak dihiraukan.

         Sebenarnya sudah berkali-kali dia cuba melupakan jejaka itu. Tapi semakin kuat dia mencuba untuk melupakan jejaka itu,semakin kuat pula angin rindu yang berhembus padanya. Memaksa dia terbang dan tengelam bersama dengan angin rindu itu. Lagipun, kalau sehari dia tak mendengar suara jejaka itu, dia tak keruan. Hilang arah dia seketika.

       Sebenarnya juga, sudah berbuih-buihrakan-rakan satu rumah dengannya menasihati dirinya agar tak terlalu taksubpada bayangan cinta Ji-De yang lansung tak wujud untuk dirinya. Tapi, bukansalah dia untuk jatuh cinta pada jejaka itu kerana setiap kali dia melihatwajah jejaka itu. Jantung dia berkocak-kocak kuat, membungakan rasa cinta yangamat sangat.

      Kalau nak ikutkan, bukannya tiada jejakalain yang cuba untuk mendekati dirinya. Tapi sekadar dia balas sepi akanperasaan mereka kerana dia lansung tak berminat untuk berhubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini dan baginya biarlah dia hidup dalam angan-angan bodohnya yang entahkan bila ada penyudahnya.

       “Dahlah tu berangannya Sha... dia bukannya tahu pun kau suka dia!” Tegur Erika, teman serumahnya yang juga rakan sekerjanya yang sudah bosan sangat melihat Elisha hari-hari menghadap papan iklan elektronik tersebut. Kadang-kadang kesian juga dia pada gadis lurus itu kerana jatuh cinta pada lelaki yang lansung tak tahu kewujudan Elisha ‘kipas susah matinya’.

          “Ehh!! Eka, bila kau masuk bilik aku?Tiba-tiba je terjah dari belakang.” Jawab Elisha dengan nada terkejut setelah disergah tiba-tiba oleh Erika dari arah belakang.

           “Itulah... kuat sangat berangannya,sampai aku datang pun kau tak sedar.” Marah Erika lagi pada temannya yang masihtercegat depan tingkap bilik walaupun tingkap berkenaan sudah tertutup rapat.

            “Aina mana?” Soal Elisha lagi untukmengalihkan bebelan Erika yang sering marah bila melihat dia tercogok depanpapan iklan elektronik berkenaan.

          “Hai... kau nie, aku cakap dah kan,jangan hidup dalam dunia tipu helah kau tu. Sampaikan Aina teman sebilik kaupun kau tak tahu kemana.” Erika tak henti-henti marah temannya itu. Sudah jauh sangat rakannya hanyut dalam dunianya sendiri. Sampaikan Aina tak balik semalaman pun dia tak tahu.

         “Hurrmmm... dahlah aku nak mandi,malaslah nak dengar bebel kau nie.” Rengus Elisha. Lalu, capai tualanya yangtersangkut kemas di penyidai pakaian dan berlalu pergi. Malas dia nak lama-lamadi situ, nanti bertambah panjang pula bebelan rakannya yang sudah mengalahkan bebelan ibunya di kampung.

        “Yelah...” sahut Erika sambil merenung wajah Ji-De yang terpampang di papan iklan elektronik tersebut dengan wajahnyayang bekerut.

         “Entah apa yang ada pada kau pun entah, aku tak tahu. Sampai Elisha tu tergila-gila sangat kat kau.” Marah Erikapula pada papan iklan berkenaan sebelum dia keluar dari bilik rakannya membiarkanElisha mandi sendirian di bilik air berkenaan.

           Setelah selesai bersiap untuk memulakan kerjanya di pasaraya yang berhampiran dengan pangsapuri yang dia sewa sekarang bersama dengan tiga orang rakan-rakannya yang lain. Elisha menuju ke dapur untuk membuat minumannya. Tapi sebaik sahaja kakinya melangkah ke dapur.Kelihatan Erika dan Aina tengah tegang bergaduh, entah apa yang mereka gaduhkan pun. Dia tak tahu. Alih-alih saja sudah berperang besar di dapur dengan disaksikan oleh Amira, gadis berpewatakan ala-ala tomboy yang sebilik dengan Erika.

          “Kenapa diorang gaduh tu?” Tanya Elisha pada Amira yang buat selamba saja menghirup milo panasnya tanpa mempedulikan pergaduhan mereka berdua.

           “Entah!? Dengar-dengar tadi, Aina tidur kat rumah balak mat rempit dia. Sebab tu Erika bising-bising.” Jawab Amira acuh tak acuh akan pertanyaan Elisha yang turut buat selamba akan pergaduhan mereka sambil membancuh minuman coklatnya.

            “Ohh!! Yeke?? Hurmmm... pagi-pagi lagi dah bising.” Keluh Elisha lagi. Lalu menarik kerusi yang ada di sebelah Amira dan memasang alat pendengar telinga di telefon bimbitnya untuk mendengar lagu Untitled, 2014 dari Ji-Dellon setelah selesai membancuh minumannya tadi.Sambil-sambil dia menunggu air milonya sejuk, sambil dia dengar lagu dan membiarkan mereka berdua bertekak di situ. Malas dia nak masuk campur mereka berdua itu kerana selalu sangat bergaduh.

           Manakala, Amira yang duduk disebelah Elisha sekadar menggeleng-geleng kepala melihat semua telatah rakan-rakan sama pangsapuri dengannya. Yang sorang dengan kuat berleternya, yang seorang lagi dengan kuat berpelesaran dengan mat rempitnya dan yang seorang lagi dengan kuat berangan-angannya dengan selebriti. Haru sungguh kehidupannya di pangsapuri berkenaan. Nasiblah sesiapa yang dapat teman serumah yang sebergini kerana perlu hadap perangai mereka hari-hari.

         “Dahlah korang, aku nak gerak dulu.”Kata Amira yang bingkas bangun dari kerusinya setelah minuman panas habis diteguknya. Tapi kata-katanya itu lansung tak diendahkan semua orang yang sibuk dengan hal masing-masing. Jadi dia sekadar menggeleng kepalanya dan keluar dari dapur yang sudah seperti di zon peperangan saja.

         Sebaik sahaja Amira menghilangkan dirinya dari dapur berkenaan, Elisha pula bingkas bangun dari tempat duduknya setelah jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul sembilan pagi dan lagi setengah jam dia akan masuk kerja.

          “Eka, dahlah tu gaduhnya. Jom gerak ke tempat kerja kita. Nanti lambat pula.” Kata Elisha pula sebaik menanggalkan alat pendengar telinganya dan mereka masih lagi bertekak membuatkan Elisha rimas dengan pertelingkahan yang tak sudah-sudah itu.

          “Yelah... jomlah gerak, dari akumelayan perempuan tak sayang aset tu buat apa.” Marah Erika lagi yang membontoti Elisha dari belakang setelah selesai membasuh mug di singki.

            Manakala, Aina yang kepenatan barupulang setelah semalaman di rumah teman lelaki masuk ke biliknya untuk melelapkan matanya yang semakin memberat dek kerana semalaman dia tak tidur dan apa yang paling memenatkannya ialah menapak saja dia di pangsapuri ini. Erika terus meleterinya kerana bermalam di rumah teman lelakinya. Bising betullah temannya itu. Lantak dialah nak buat apa yang dia suka kerana yang tanggung dosa dirinya sendiri bukannya orang lain. Fikir Aina lagi dan terus menghempaskan tubuhnya ke katil.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku