Lelaki Tak Suci Itu
Bab 13
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Julai 2017
Kadangkala cinta dan takdir bersahabat baik. Kadangkala cinta dan takdir bagai bermusuh. Namun, aku akan beranikan diri, kerana cinta ini bagaikan hujan. Ia telah membuatkan aku lebih hidup dan tumbuh.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
90

Bacaan






Bos ni buang tabiat sebab suhu kawasan hutan yang dingin ke apa? Nasib baik aku tak campak bayi yang tak bersalah. Dan nasibku baik untuk kali yang entah ke berapa, ketika itu juga Mr. Koyok, Mr. Lan dan 2 orang yang tidak kukenali masuk ke bawah bangsal. Apa yang boleh aku ramalkan kalau lelaki 4 orang itu tidak muncul, tak mustahil aku terkam bos, tarik rambut dia, gomol puas-puas lepas tu lempang sebiji dua. Biar dia tahu aku dah stress tahap tenuk, tapir, kongkang dan sebagainya. Dahlah cuaca dingin sejuk, sampai hati bos nak menempek dekat aku. Krisis jantina ke apa bos ni? Atau selama ni bos dikelilingi oleh perempuan-perempuan yang kuat iman? Iman setinggi puncak Kinabalu?

Arghhh, bos. Setebal mana pun iman, kalau dah sejuk-sejuk macam ni bos datang nak gesel-gesel, memang keji namanya tu. Kalau dah suka, gesel kuku pun rasa macam tak tahan, apa lagi kalau gesel badan. Selama kat pejabat, bos sopan santun saja. Apakah sekarang ni bos dah anggap aku ni macam kawan-kawan lelaki dia? Atau, memang bos tak tahu nak bezakan jantina aku? Atau memang sah, aku sedang mengalami krisis otak?

Bos terus mengambil tempat duduk di kerusi paling tengah. Selepas itu bos memberi isyarat supaya aku duduk di sebelahnya.

“Apa yang kami boleh buat untuk membantu ialah, pertama kita akan buat pemetaan GPS untuk kawasan tanah adat dan beberapa compartment VJR. Kami akan tugaskan seorang pakar untuk membantu, selebihnya perlu tenaga kerja orang tempatan untuk mengesahkan sempadan. Kedua, kita akan guna dron untuk servei kawasan yang terancam atau yang sudah diceroboh. Kelengkapan kami akan sediakan, tetapi tetap memerlukan bantuan orang tempatan. Ketiga, kami akan gunakan data satelit untuk melihat keseluruhan kawasan  Kompleks Hutan Gala. Apabila data-data ini lengkap dianalisis, pihak SBK yang perlu usahakan sama ada untuk dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar atau nak melibatkan media antarabangsa, itu terpulang, kami tidak akan melibatkan diri lagi. Maksudnya, keputusan analisis akan diterbitkan di bawah tanggungjawab SBK. Dan nama kami tidak boleh disebut kepada mana-mana pihak selain daripada pihak yang ada berbincang dengan saya pada malam ini. Maksudnya, kita enam orang sahaja. Tak boleh pecah kepada orang luar. Orang luar ini merujuk kepada orang yang tidak mengikuti perbincangan pada malam ini.” Bos terus pergi kepada inti perbincangan. Jelas dan tersusun. 

“Saya ada menerima ancaman. Beberapa kali. Ada Orang Asli yang membantu memberi jalan mudah kepada pembalak masuk ke dalam hutan. Ia adalah pengkhianat yang paling berdosa terhadap bumi. Hanya untuk dua tiga ratus, mereka sanggup bekerjasama dengan perosak hutan. Situasi sekarang ialah, tidak semua Orang Asli menentang pembalakan. Tetapi yang boleh saya katakan, orang yang tidak menentang ini, mereka tiada niat untuk terus hidup di dalam hutan. Jadi mereka tidak kisah apa yang berlaku. Perkara pertama yang ingin saya beritahu Tuan Marcus, tak semua Orang Asli boleh dipercayai. Tetapi saya sebagai wakil SBK, ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan membantu kami. Sebab itu, saya ingin berikan syarat untuk pastikan keselamatan Tuan Marcus.” Wajah Mr. Koyok kelihatan sangat serius. Ada api geram dan angin kecewa di wajahnya. Tetapi, ada juga api semangat menyala-nyala dari tajam pandangan sepasang matanya. 

“Syaratnya, jika Tuan ada menerima apa-apa ugutan atau amaran atau tanda-tanda tuan diperhatikan, segera beritahu kami. Jangan berahsia. Tiga tahun lepas, ada seorang penyelidik dari sebuah universiti didapati hilang selepas dia menulis artikel ke dalam sebuah akhbar negara jiran tentang ancaman terhadap Hutan Gala. Banyak data yang dia perolehi selepas 3 tahun menjalankan penyelidikan di dalam Hutan Gala ini, semua lenyap bersama. Jadi, apa-apa urusan atau aktiviti pihak tuan di dalam hutan ini, maklumkan kepada kami terus. Orang Asli sangat peka dengan kehadiran orang luar. Tak semua Orang Asli menentang pemusnahan hutan. Jadi, keselamatan Tuan sangat penting kepada kami. Sekarang, saya anggap nyawa Tuan adalah nyawa kami, nyawa hutan ini.” Kata-kata Mr. Koyok itu membuatkan bulu romaku tegak. Apakah nyawa bos akan benar-benar terancam dengan termeterainya persetujuan ini? Bos!!! 

Aku menoleh ke arah bos disebelahku. Wajahnya tenang. 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku